Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UPSR BM Penilaian 1

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Muthu: ___________ awam di negara itu masih belum memuaskan.

a)

Perkhidmatan

b)

Pemuliharaan

c)

Pencarian

d)

Penawaran

2.

Beberapa _____________ sawah telah dimusnahkan oleh haiwan liar.

a)

genggam

b)

butir

c)

bidang

d)

kajang

3.

Semua penonton ____________ apabila melihat gelagat pelawak itu.

a)

pantas

b)

ketawa

c)

sayang

d)

tegak

4.

Perlawanan ____________ Pasukan Hijau dan Biru dijadualkan pada malam esok.

a)

antara

b)

sejak

c)

dengan

d)

bagi

5.

Pokok bunga di hadapan rumah itu ____________ kerana tidak disiram.

a)

layu

b)

segar

c)

subur

d)

nyaman

6.

Balan dibenarkan keluar dari hospital setelah ____________ daripada demam panas.

a)

bebas

b)

segar

c)

habis

d)

pulih

7.

Hanya ____________ belia kampung yang telah menyertai program gotong-royong membersihkan sungai.

a)

tiap-tiap

b)

sekalian

c)

segelintir

d)

masing-masing

8.

Banyak penagih dadah berkeliaran di lorong yang ____________ itu.

a)

cetek

b)

kuat

c)

lebar

d)

gelap

9.

Angkat kotak itu. ____________ letakkan kotak itu di atas almari.

a)

Oleh itu

b)

Akhirnya

c)

Kemudian

d)

Sebelum itu

10.

Arjun berasa ____________ apabila melalui lorong yang gelap itu.

a)

sugul

b)

haru

c)

gerun

d)

sayu

11.

Pilih ayat yang betul.

a)

Abang menanam sampah sarap itu di dalam lubang.

b)

Hakim berucap terima kasih kepada sahabatnya.

c)

Joseph menerima sekeping poskad kepada kawannya.

d)

Wei Jun memain badminton di halaman rumahnya.

12.

.................. mestilah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu kebangsaan.

a)

Kami

b)

Kita

c)

Mereka

d)

Engkau

13.

....................... mahu bersiar – siar di taman bunga.” titah Tuan Puteri Gunung Keriang kepada dayang – dayangnya.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Saya

d)

Hamba

14.

.................. yang cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran mereka ke Australia.

a)

Budak - budak

b)

Kanak- kanak

c)

Lelaki - lelaki

d)

Pelajar - pelajar

15.

Shamimi dinaikkan pangkat oleh majikannya _____________ dia seorang pekerja yang rajin dan gigih.

a)

agar

b)

kerana

c)

apabila

d)

meskipun

16.

Jangan ganggu gadis yang sedang berjalan seorang diri itu.

a)

Ayat nafi

b)

Ayat larangan

c)

Ayat perintah

17.

Nama murid yang menerima anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan itu siapa?

a)

Ayat seruan

b)

Ayat penegas

c)

Ayat tanya

18.

Kisah seorang tua yang meninggal akibat jangkitan wabak Covid 19 adalah benar

a)

Ayat penyata

b)

Ayat perintah

c)

Ayat penegas

19.

Jagalah kebersihan diri dan persekitaran selalu.

a)

Ayat seru

b)

Ayat perintah

c)

Ayat penyata

20.

Wah, kelakarnya pelawak dari negeri Kelantan itu!

a)

Ayat penyata

b)

Ayat perintah

c)

Ayat seruan

21.

bagai aur dengan tebing

a)

saling memerlukan

b)

saling membantu

c)

saling menyayangi

d)

saling memahami

22.

Ketua Kampung Temasik berusaha untuk ______ masalah kecurian yang berlaku di kampungnya semenjak akhir-akhir ini.

a)

penyelesaian

b)

diselesaikan

c)

menyelesaikan

d)

keselesaian

23.

Suraya cuba menyelesaikan masalah Matematik itu_____ soalan itu agak sukar baginya.

a)

walaupun

b)

justeru

c)

apabila

d)

agar

24.

Kakak menghiris ___ sup itu lalu memasukkanya ke dalam sup daging yang telah masak.

a)

dedaun

b)

pepohon

c)

reranting

d)

rerambut

25.

Sampah sarap itu terapung di ____ air menyebabkan air sungai semakin tercemar.

a)

dasar

b)

dalam

c)

permukaaan

d)

celah

26.

"Suria, tolong ambilkan buku ___ di rak sana." Pinta Johan kepada sahabatnya.

a)

kamu

b)

saya

c)

anda

d)

patik

27.

Apabila sampai di Pantai Batu Ferringhi, Atirah berkata, " ____________, cantiknya pemandangan di pantai ini! "

a)

Oh

b)

Hai

c)

Wah

d)

Aduhai

28.

Puan Wan Shing terharu apabila _________ dengan saudaranya yang sudah lama _________.

a)

bertemu ... terpisah

b)

menemui ... berpisah

c)

menemukan ... perpisahan

d)

pertemuan ... memisahkan

29.

Pak Cik Daud ________ kebun sayurnya itu supaya tidak dicerobohi oleh haiwan liar.

a)

dipagari

b)

berpagar

c)

memagar

d)

dipagarkan

30.

Dalam majlis itu, baginda _________ bahawa semua penduduk harus bekerjasama dalam menjaga kebersihan kampung.

a)

bertitah

b)

bersiram

c)

berkenan

d)

berangkat

31.

Cikgu Farah melatih murid-murid bermain bola jaring menggunakan __________ yang betul.

a)

tatacara

b)

tatakerja

c)

tatatertib

d)

tatabahasa

32.

Rumah Mak Cik Rosnah __________ dengan suara cucu-cucunya yang baru tiba dari Kuala Lumpur.

a)

calar-balar

b)

riuh-rendah

c)

kacau-bilau

d)

porak-peranda

33.

Setelah bermesyuarat, penduduk Kampung Pulai bersepakat untuk mengadakan gotong-royong pada hari Sabtu ini.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas.

a)

bulat hati

b)

bulat kata

c)

buah mulut

d)

buah tangan

34.

Banyak pelanggan berkunjung ke restoran itu kerana masakan yang disediakan sungguh lazat.

Pilih perkataan sinonim bagi lazat.

a)

laris

b)

laku

c)

enak

d)

laju

35.

Pilih ayat yang betul.

a)

Nenek Julia baru sahaja tiba daripada kampung.

b)

Banyak murid-murid menghadiri Kursus Kesihatan Mental.

c)

Li Li dan keluarganya akan ke Sarawak pada minggu depan.

d)

Ceramah tentang amalan gaya hidup sihat itu diadakan pada dewan sekolah.

36.

Pilih ayat yang betul.

a)

Wah, ambil wang ini !

b)

Amboi, sakitnya kakiku !

c)

Eh, besarnya rumah kamu !

d)

Oh, rupa-rupanya kamu yang mengirimkan surat itu !

37.

Memasak sesuatu di dalam air yang mendidih.

a)

mengukus

b)

merendam

c)

menyimbah

d)

merebus

38.

Memasak atau memanaskan sesuatu dengan wap air.

a)

mengukus

b)

merendam

c)

merebus

d)

menyimbah

39.

Vincent _ buku itu lalu menyusunnya di rak.

a)

merampas

b)

menggigit

c)

mengambil

d)

mengelap

40.

Ibu menuruh pembantu rumah _ pakaiannya dengan seterika.

a)

mengelap

b)

menghisap

c)

menggosok

d)

menghirup