wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz BM Tahun 5

Total questions: 16

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Para peserta begitu __________ mendengar ceramah yang disampaikan oleh pakar motivasi.

a)

bersungguh-sungguh

b)

berhati-hati

c)

beria-ia

2.

Baju batik adik agak _________ kerana membantu ayah membina landskap di halaman rumah.

a)

corat-coret

b)

serbah-serbih

c)

comot-momot

3.

Guru besar _______ ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberikan kerjasama yang baik.

a)

menyempurnakan

b)

merakamkan

c)

menghargai

4.

Kakak yang akan _________ kedai kek cawan milik ibu.

a)

mengelolakan

b)

mengusahakan

c)

menyeliakan

5.

Para pelatih sedang ________ cara seseorang juruterbang mengendalikan pesawat.

a)

meneliti

b)

menonton

c)

melihat

6.

Doktor sedang _________ tahap kesihatan ayah selepas menjalani pembedahan jantung.

a)

memerhati

b)

memeriksa

c)

mengkaji

7.

Tangan hendaklah _______ dengan air yang bersih selepas membasuhnya dengan sabun.

a)

disiram

b)

dijirus

c)

diblias

8.

Banyak kesan negatif terdapat pada murid ______ mengalami kemurungan.

a)

apabila

b)

untuk

c)

yang

9.

Cikgu Azman menegur Amir yang berpakaian __________ dan tidak kemas untuk kawad hormat semasa Kejohanan Balapan Sekolah.

a)

kusut-masai

b)

serbah-serbih

c)

porak-peranda

10.

Encik Balan berjalan ______ di luar bilik kecemasan ketika menunggu anaknya mendapat rawatan akibat kemalangan jalan raya.

a)

bolak-balik

b)

mundar-mandir

c)

ulang-alik

11.

Raja Abdullah yang diiringi pembesar akan masuk ke balairung untuk dihadap oleh rakyatnya yang ingin mendapatkan bantuan.


Apakah yang akan dilakukan oleh sultan selepas ini?

a)

bersantap

b)

bersemayam

c)

beradu

12.

Ahli jawatankuasa kecil ditubuhkan untuk melancarkan pengurusan program Sekolah Penyayang.


Pilih perkataan sinonim bagi perkataan pengurusan.

a)

pengawalan

b)

pemantauan

c)

pentadbiran

d)

pengendalian

13.

Program Masyarakat Penyayang yang diadakan ini merupakan ___________________ untuk program kemasyarakatan pada masa hadapan.

a)

penanda aras

b)

takat aras

c)

penanda awal

14.

Guru besar turut _________ untuk membantu dalam program Jualan Amal bagi mengumpulkan dana.

a)

berganding bahu

b)

turun padang

c)

turun naik

15.

Kami berasa sayu apabila mendengar kisah kehidupan Faridah dan keluarganya yang agak ___________.

a)

menyentuh hati

b)

mencuit hati

c)

menarik hati

16.

Bulu ___________ yang putih warnanya boleh diproses menjadi pakaian seperti baju sejuk.

a)

jejentik

b)

bebiri

c)

lelabah