wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TRIAL TI MELAKA 1

Total questions: 20

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Ciri-ciri orang yang beragama ialah

a)

sentiasa reda dengan ketentuan Allah SWT

b)

mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif

c)

menggunakan nikmat Allah SWT untuk kepentingan diri

d)

melakukan sesuatu bertujuan menunjuk-nunjuk

2.

Membuktikan kebenaran rasul, menunjukkan kekuasaan Allah SWT dan menambahkan keyakinan terhadap Allah SWT. Pernyataan ini tentang

a)

maksum

b)

maunah

c)

makrifat

d)

mukjizat

3.

Perjanjian yang dipersetujui manusia ketika Allah SWT meniupkan roh di alam rahim ialah

a)

memakmurkan alam

b)

belajar bersungguh-sungguh mencari ilmu

c)

mengaku bahawa Allah SWT sebagai tuhan

d)

mengakui kesempurnaan ajaran Islam

4.

Apakah sebab Allah SWT merahsiakan kewujudan alam ghaib (pilih 3 sahaja)

a)

menguji keimanan hamba-Nya

b)

dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan manusia

c)

alam ghaib adalah tempat seksaan orang yang mengingkari perintah Allah SWT

d)

menunjukkan kekuasaan Allah SWT yang menjadikan seluruh alam

5.

Perkara berikut perlu dilakukan untuk menjaga akal KECUALI

a)

mengkaji tentang kejadian alam

b)

makan makanan berzat

c)

berfikir tentang perkara positif

d)

berfikir tentang zat Allah SWT

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan ulul al-Bab

a)

orang yang selalu mengutamakan akal

b)

orang yang kurang menggunakan akal untuk berfikir

c)

orang yang celik akal

d)

orang yang berfikiran waras

7.

Sekularisme, Sosialisme, Materialisme dan Komunisme. Pernyataan ini berkaitan

a)

perkara yang mendekatkan diri kepada Allah SWT

b)

perkara yang mencemarkan kesucian Islam

c)

perkara yang membatalkan Islam

d)

perlakuan mempersendakan agama

8.

Al-Quran ialah kalam Allah SWT yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW dalam bahasa arab dan disampaikan secara mutawatir serta mendapat pahala jika membacanya

a)

Betul

b)

Salah

9.

Pilih pernyataan yang BENAR mengenai ajaran sesat (pilih 2 sahaja)

a)

memuliakan seorang ahli agama

b)

mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi

c)

mentafsir al-Quran dan hadis mengikut logik akal

d)

meyakini tidak ada kitab lain yang boleh menandingi al-Quran

10.

Berikut adalah ciri-ciri agama langit KECUALI

a)

ajarannya bersifat kekal dan lengkap

b)

mempunyai kitab suci yang menjadi himpunan wahyu Allah SWT

c)

konsep ketuhanan yang jelas bukan rekaan manusia

d)

diturunkan secara berterusan hingga hari kiamat

11.

Konsep Syumuliyyah dalam bidang ibadat ialah sistem ibadat Islam mengatur semua aspek kehidupan manusia melalui ibadat khusus dan umum

a)

Betul

b)

Salah

12.

Memberi sesuatu kepada pegawai penemuduga supaya diterima bekerja sedangkan kelayakannya tidak mencukupi. situasi ini tentang

a)

riba

b)

rasuah

c)

monopoli

d)

manipulasi

13.

Syarat-syarat untuk menjatuhkan hukuman terhadap pesalah ialah (pilih 3 sahaja)

a)

melalui pengakuan

b)

melalui kesaksian

c)

melalui pembuktian

d)

melalui kenyataan penafian

14.

Bahawasanya Rasulullah SAW melarang menjual atau membeli anak binatang ternakan yang masih dalam kandungan ibunya. Muamalah ini dilarang kerana

a)

tidak melaksanakan akad jual beli

b)

menjual barangan yang belum pasti

c)

mengandungi unsur manipulasi

d)

mengamalkan unsur riba

15.

Matlamat bekerja ialah

a)

mencari rezeki yang halal untuk menyara diri dan keluarga

b)

melancong ke negara asing untuk melihat kesan-kesan sejarah

c)

memberi sedekah dan derma kepada orang susah

d)

membeli rumah dan kereta

16.

Semua amalan kebaikan yang disyariatkan oleh Allah SWT bagi menghubungkan sesama manusia dalam masyarakat. Pernyataan ini tentang

a)

cara beribadat

b)

ibadat khusus

c)

ibadat umum

d)

pengertian ibadat

17.

Apakah maksud mentaati suami

a)

mengikut perintah suami selagi tidak bertentangan syarak

b)

bersama-sama mencari nafkah untuk menyara keluarga

c)

tunduk dan sujud terhadap suami

d)

mengikut segala perintah suami

18.

Berikut manakah TIDAK BENAR mengenai kesalahan bagi hukuman takzir

a)

membunuh dengan sengaja

b)

kesalahan hudud dan qisas yang tidak cukup bukti

c)

kesalahan khalwat dan mencuri yang tidak cukup nisab

d)

perbuatan mengganggu ketenteraman awam seperti kesalahan jalan raya

19.

Mewajibkan bagi yang mampu mengeluarkan zakat, menuntut umatnya bekerja bersungguh-sungguh, mewujudkan peluang pekerjaan. Penyelesaian masalah....

a)

rasuah

b)

kejahilan

c)

kemiskinan

d)

sosial remaja

20.

Berikut merupakan matlamat penyelesaian masalah bagi individu

a)

melahirkan semangat bekerjasama

b)

menegakkan keadilan dalam masyarakat

c)

menghapuskan gejala sosial dalam negara

d)

menambah keyakinan dan keimanan kepada Allah SWT