WorksheetsSains Tahun 2 - Campuran
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Apakah cara yang perlu dilakukan oleh Ali untuk mengasingkan pasir dan serbuk besi?
mengayak
menggunakan magnet
mengapung
menyisih
Apakah kaedah yang sesuai digunakan bagi gambarajah di atas?
Menyusun
Menyisih
Menuras
Mengapung
Bagaimana cara untuk memastikan tepung dan kismis diasingkan?
Mengasingkan dengan menyisih
Menggunakan kaedah menuras
Mengasingkan dengan menggunakan penapis
Mengasingkan dengan menggunakan magnet
Campuran ialah satu bahan yang mengandungi
dua atau lebih bahan yang dicampurkan
satu bahan sahaja
3 atau lebih bahan yang dicampurkan
4 atau lebih bahan yang dicampurkan
Antara campuran berikut, yang manakah boleh diasingkan dengan menggunakan alat ini ?
Campuran garam dan pasir
Campuran pasir dan jarum
Campuran tepung dan batu-batu kecil
Campuran kacang hijau dan kacang merah
Apakah yang dimaksudkan dengan menyisih?
mengasingkan bahan yang boleh ditarik oleh magnet
mengasingkan dua bahan yang bersaiz besar
mengasingkan bahan yang boleh terapung daripada bahan yang tenggelam
Bagaimanakah campuran batu dan serpihan kayu reput ini boleh diasingkan?
mengayak
menyisih
mengapung
Apakah kaedah yang digunakan oleh Aminah untuk mendapatkan cecair berwarna merah daripada kelopak bunga raya?
menuras
mengayak
menyisih
Campuran muruku dan kekacang boleh diasingkan dengan cara......
menuras
menyisih
menggunakan magnet
mengayak
mengapung
Paku yang terjatuh di dalam timbunan pasir dapat diasingkan dengan kaedah.....
menuras
menyisih
menggunakan magnet
mengayak
mengapung
Cecair berwarna yang dihasilkan daripada bunga raya yang ditumbuk boleh diasingkan dengan kaedah.....
menuras
menyisih
menggunakan magnet
mengayak
mengapung
Garam halus boleh larut di dalam air dengan cepat.
betul
salah
Bahan larut lebih cepat jika kita ____________
menggunakan bahan bersaiz kecil
tidak mengaduk
menggunakan air sejuk
menggunakan bahan bersaiz besar
Garam halus boleh larut di dalam air dengan cepat.
betul
salah
Gula lebih cepat larut di dalam air jika menggunakan ...
air panas
air suam
air sejuk
Gula ________ lebih cepat larut di dalam air.
pasir
kiub
halus
Adakah bahan ini boleh larut dalam air
Ya
Tidak
Bahan ini tidak boleh larut
Ya
Tidak
Bahan boleh dilarutkan dengan lebih cepat apabila diaduk ________________.
cepat
perlahan
perlahan dan cepat
Klip kertas yang telah bercampur dalam pasir sesuai diasingkan dengan cara menggunakan magnet. Mengapa?
kerana klip kertas bersaiz besar
kerana klip kertas tenggelam di dalam air
kerana klip kertas diperbuat daripada besi
Kaedah mengapung sesuai digunakan untuk objek yang mempunyai jisim yang berat dan ringan. Mengapa?
kerana objek ringan jelas dilihat di dalam air berbanding dengan objek yang berat
kerana objek yang ringan akan terapung manakala objek yang berat akan tenggelam di dalam air
Sesuatu bahan boleh larut lebih cepat apabila
dibiarkan dalam cecair yang panas
diaduk dalam cecair yang panas
Luqman ingin mengeluarkan serpihan kayu dan daun kering daripada campuran tanah kebun. Cadangkan kaedah yang sesuai.
menuras
mengapung
menggunakan magnet
menyisih
Di antara berikut, coklat manakah paling cepat larut?
Dalam air suam yang diaduk
Dalam air sejuk yang diaduk
Dalam air panas yang diaduk
Apakah bahan campuran yang digunakan untuk membuat jus oren?
buah limau, gula dan air
buah lemon, gula dan air
buah oren, gula dan air
Apakah objek yang sesuai untuk mengaduk/mengacau bahan di dalam cawan?
Senduk
Sudu
Pisau
Di antara berikut, yang manakah paling lambat larut?
Bahan yang bersaiz besar
Bahan yang bersai sederhana
Bahan yang bersaiz kecil
Berapakah kaedah mengasing campuran?
2
3
5
Bahan manakah larut dalam air apabila diaduk?
1 sudu garam
1 sudu kacang hijau
1 sudu beras
Mengapakah bahan-bahan di dalam suatu campuran perlu diasingkan?
untuk mengambil bahan yang diperlukan dan membuang bahan yang tidak dikehendaki
supaya campuran lebih sebati dalam suatu minuman
supaya makanan lebih bersih
