WorksheetsPSV TINGKATAN 3 - REKA BENTUK
Total questions: 30
Worksheet time: 17mins
Reka Bentuk Landskap merupakan seni dalam menghias dan menyusun bahagian pandangan yang boleh dilihat secara buatan manusia melalui proses kerja kreatif atau secara semula jadi.
Betul
Salah
Hasil reka bentuk landskap bertujuan untuk .................. .
( pilih lebih dari 1 jawapan ).
menyesakkan pemandangan
mengindahkan suasana ruang
meningkatkan kualiti ruang
mewujudkan suasana harmoni
Berikut merupakan Peranan Pereka Bentuk Landskap , kecuali ................. .
Merancang menghias ruang landskap dengan menitikberatkan aspek dan fungsi berdasarkan elemen dan prinsip-prinsip rekaan dalam reka bentuk landskap.
Mendapatkan maklumat yang diingini oleh pelanggan mengikut peruntukan projek dan fungsi ruang tersebut hendak digunakan.
Memastikan setiap reka bentuk yang dihasilkan memenuhi standard dan mendapat kelulusan daripada pihak berwajib.
Memastikan ruang menjadi sempit dan sesak dengan pokok untuk keindahan alam semesta.
Berikut merupakan Ciri-ciri Seorang Pereka Landskap kecuali ................ .
Kreatif dan inovatif.
Mengutamakan idea kendiri berbanding pelanggan
Kemahiran menyelesaikan masalah.
Kefahaman dalam ilmu seni, fizik, sejarah, matematik dan sains.
Reka bentuk landskap yang berjaya merupakan rekaan yang memiliki konsep yang ...... .
sekata
jelas
Konsep Reka Bentuk Landskap berfungsi sebagai ..................... . ( pilih lebih dari 1 jawapan )
Panduan untuk mewujudkan persaingan dan perpaduan kepada hasil rekaan landskap.
Lakaran sampingan yang dilukis secara suka-suka untuk kepentingan diri sendiri
Membantu membimbing pereka landskap dalam mereka bentuk sesuatu projek.
Menjelaskan fungsi bagi reka bentuk dengan baik melalui gambaran kegunaan dan pergerakan terhadap ruang yang dihasilkan.
Konsep ialah paradigma bagi penyatuan sesebuah projek reka bentuk dan selalunya dianggap sebagai ............ .
pengajaran
metafora
latar
tema
............................... ialah pendekatan popular yang memberi
acuan yang agak jelas dan ringkas untuk projek reka bentuk landskap.
Tema taman bersejarah
Tema serantau
......................... boleh berkisar dari taman Perancis yang tidak formal sehingga kebangkitan rasmi taman English Cottage.
Tema taman bersejarah
Tema serantau
Terdapat ............... Prinsip Asas Reka Bentuk Taman Mini .
2
4
6
8
Salah satu Konsep Reka Bentuk Landskap Jepun ialah ...
Jenis taman kering atau taman batu.
Dalam konsep ini biasanya terdapat tasik, halaman berumput yang bergulung, pokok-pokok, binaan klasik, binaan Gothik, jambatan dan seni bina yang menarik.
Berikut merupakan simbol untuk .....
Simbol Renek
Simbol Pokok
Simbol Binaan
Aspek yang penting dalam seni reka hiasan dalaman ialah?
pencahayaan, warna dan peredaran udara
saiz rumah, warna dan saiz tanah
keluasan tanah, pencahayaan dan warna
kewangan, saiz rumah dan warna
Apakah yang dimaksudkan dengan hiasan dalaman?
Merupakan seni dalam menghias dan menyusun bahagian pandangan yang boleh dilihat secara buatan manusia atau secara semula jadi.
Merupakan seni dalam menghias dan menyusun bahagian dalaman sesuatu ruang dan mereka bentuk ruang untuk lebih selesa.
Satu penghasilan idea kreatif dalam menghasilkan barangan yang bertujuan membantu manusia dalam aktiviti harian.
Merupakan kemahiran hasil kerja tangan warisan.
Berikut merupakan peranan pereka bentuk hiasan dalaman kecuali __________
Menentukan objektif reka bentuk melalui funding an bersama.
Merancang menghias reka bentuk ruang hiasan dalaman dengan menitikberatkan aspek dan fungsi berdasarkan elemen dan prinsip rekaan.
Memastikan reka bentuk selaras dengan struktur, mekanik dan elektrik.
Memastikan ruang reka bentuk berfungsi seperti yang dikehendaki dan bersesuaian dengan kehendak pelanggan.
Nyatakan ciri-ciri seorang pereka bentuk hiasan dalaman.
Kemahiran komunikasi dan pendengar yang baik.
Penggunaan barangan serta aksesori traditional.
Dapat menarik minat pelanggan.
Mampu menggabung kan elemen semula jadi dan elemen benda buat an manusia.
Sekiranya anda seorang pereka hiasan dalaman, adakah anda akan menggunakan tema rekaan anda sendiri walaupun pelanggan anda telah menetapkan tema yang dikehendakinya?
Ya
Tidak
Apakah peranan penting bagi seorang pereka hiasan dalaman bagi menentukan keluasan dan ketinggian sesebuah bilik untuk jenis hiasan, jenis perabot dan aturan yang akan digunakan?
Kegunaan bilik
Saiz bilik
Bentuk bilik
Lokasi bilik
Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pereka hiasan dalaman ialah __________
cita rasa warna yang baik dan teliti
berkebolehan menghasilkan sebuah rumah secara fizikal
mestilah seorang yang beremosi tinggi
sanggup menanggung kos pembiayaan pelanggan terlebih dahulu
Apakah prinsip reka bentuk hiasan dalaman apabila elemen dalam ruang dapat berfungsi bersama dan saling melengkapi?
Kontra
Kesatuan
Irama
Imbangan
DALAM SENI REKA BENTUK INDUSTRI PROTOTAIP BERMAKSUD
Model baharu
Satu siri awal pengeluaran produk yang dihasilkan
Hasil akhir yang diperoleh untuk diperbanyakkan
Bentuk benda sebenar yang dihasilkan untuk melihat kesesuaian sebelum reka bentuk sebenar dikeluarkan
Perabot konsep retro berlandaskan reka bentuk perabot tahun ...
1920-an sehingga 1990-an
2000-an sehingga 2010-an
1920-an sehingga 1970-an
1910-an sehingga 1970-an
"Konsep ini lebih kelihatan abstrak dengan penggunaan bahan dan warna yang pelbagai diterapkan dalam
reka bentuknya"
Merujuk kenyataan di atas, ia menjelaskan konsep ...
Retro
Klasik
Moden
Ultramoden
Reka bentuk industri ialah satu aktiviti atau proses kerja untuk menyelesaikan masalah, mengembangkan idea secara kreatif dan ...
Inovatif
Kemasan
Membina objek
Mencantumkan barangan
Apakah kepentingan kemahiran teknikal bagi peranan pereka bentuk industri?
Melakar idea
Membina idea baru
Memastikan produk berfungsi
Mampu menyelesaikan masalah
Berikut adalah kemahiran seorang pereka kecuali
Kebolehan berkomunikasi
Pengetahuan teknikal
Mengetengahkan idea
Menyelesaikan pendapat
Kontemporari bermaksud ?
Konsep ini memiliki pelbagai gaya dan reka bentuk perabot berasaskan abad ke-90
Konsep ini kelihatan lebih abstrak
Konsep ini berasaskan gaya reka bentuk zaman terdahulu.
Konsep ini merujuk gaya reka bentuk yang terhad usia penghasilannya
Antara kerjaya yang sesuai diceburi dalam bidang Reka Bentuk Industri ialah seperti berikut kecuali?
Usahawan dengan mereka cipta, menghasilkan produk dan memasarkan sendiri produk yang telah dihasilkan.
Tenaga pengajar sama ada di sekolah, Institut Kemahiran atau Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Pereka bentuk atau konsultan bagi syarikat pembuatan perabot
Operator pengeluaran produk
Konsep klasik bermaksud ?
Konsep ini direka bentuk berlandaskan reka bentuk perabot tahun 1920-an sehingga 1970-an. Walaupun konsep ini kelihatan seperti perabot berkonsepkan klasik, namun reka bentuknya dipengaruhi oleh gaya reka bentuk moden.
Konsep ini lebih kelihatan abstrak dengan penggunaan bahan dan warna yang pelbagai diterapkan dalam reka bentuknya. Konsep ini juga banyak dipengaruhi oleh gaya futuristik dan moden. Pereka bentuk perabot banyak menekankan idea-idea yang luar biasa dan fungsi yang canggih
Konsep ini merujuk kepada gaya reka bentuk yang terhad usia penghasilannya. Reka bentuknya agak ringkas dan menggunakan warna yang gelap sebagai identiti. Konsep ini dipengaruhi oleh gaya negara penghasilan perabot tersebut.
Konsep ini berasaskan gaya reka bentuk zaman terdahulu dan reka bentuknya tidak terbatas pada sesebuah negara. Ia dapat dikenali melalui gaya, reka bentuk dan juga bahan binaan. Konsep ini lebih dipengaruhi oleh reka bentuk perabot yang berusia lebih 100 tahun.
Semua kenyataan dibawah adalah benar tentang ciri-ciri pereka bentuk industri kecuali
Kreativiti, imaginasi dan bakat seni.
Kemahiran komunikasi dan pendengar yang baik.
Cita rasa warna yang baik dan teliti.
Fleksibiliti dalam mereka bentuk.
Seorang yang tepati janji
