Font size
WorksheetsBab 8.2 : Tindakan Raja Melayu Menangani Barat (m/s 204-211)
Total questions: 20
Worksheet time: 2hrs 40mins
Apakah antara tindakan Raja-raja Melayu melindungi kepentingan bangsa dan kedaulatan negeri dalam menghadapi cabaran peluasan kuasa Barat?
Menggunakan pelbagai strategi
Menandatangani perjanjian
Menjadi negeri naungan
Menjalin persahabatan
Durbar merupakan wadah pertemuan antara Raja-raja Melayu dengan pihak British bagi membangkitkan isu-isu masyarakat tempatan yang terjejas akibat dasar pentadbiran British.
Berikut merupakan persidangan Durbar yang pernah diadakan kecuali...
Durbar Di Kuala Lumpur 1903
Durbar Di Kedah 1932
Durbar Di Pekan , Pahang 1932
Durbar Di Klang, Selangor 1937
Semasa Persidangan Durbar di Kuala Lumpur 1909, perkara yang di bincangkan ialah
Sultan Perak iaitu Sultan Idris Murshidul Adzam Shah telah mengkritik pemusatan kuasa di tangan Residen Perak J.W.W Birch.
Sultan Perak iaitu Sultan Idris Murshidul Adzam Shah mencadangkan supaya bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan persekutuan ditambah
Sultan Selangor mencadangkan penubuhan Malay Girls College
Sultan Pahang mendesak British memberikan perhatian kepada masalah orang Melayu yang tiada pekerjaan
Durbar yang manakah yang menunjukkan Sultan Perak, Sultan Iskandar Shah bertitah dengan tegas mendesak agar semua kuasa pemerintahan dikembalikan kepada Raja-raja Melayu dan Majlis Negeri
Durbar di Kuala Lumpur 1903
Durbar di Pekan, Pahang 1932
Durbar di Klang, Selangor 1937
Durbar di Seri Menanti 1939
Strategi yang kedua bagi menghadapi cabaran Barat ialah diplomasi menangani tekanan British.
Pernyataan berikut merupakan diplomasi yang dilakukan oleh Sultan Abu Bakar di Johor kecuali...
Bijaksana dalam rundingan dan memodenkan pentabiran
Mengadakan hubungan baik dengan negeri- negeri Selat
Kunjungan ke England bertemu dengan Ratu Victoria
Menubuhkan Lembaga penasihat Johor di London
Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa yang berlaku di Kesultanan Terengganu.
Sultan Zainal Abidin III telah meletakkan syarat untuk bersetuju menandatangani Perjanjian British-Terengganu 1910.
Apakah syarat tersebut?
Menubuhkan Rejimen Askar Melayu Diraja
Mengakui Terengganu negeri yang merdeka
Mengiktiraf baginda sebagai sultan yang sah
Meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
Apakah kesan perjanjian Perlis-British 1930 terhadap bidang kuasa raja?
Dapat mengekalkan identiti sebagai negeri Melayu
Menjadikan negeri ini negeri Melayu terakhir menerima naungan British
Mendengar penasihat British dalam semua perkara
Menerima pelantikan wakil British
Apakah antara tindakan Penasihat British di Kedah, W.G.Maxwell yang dianggap mencabar identiti negeri Kedah?
Melantik pegawai British dalam pentadbiran
Mengetepikan nama Kedah dalam surat rasmi dan mengibarkan bendera British, Union Jack.
Melantik pegawai dan pembesar mengikut kelayakan
Meluluskan penggubalan undang-undang
Pernyataan berikut merupakan identiti negeri Kedah yang berjaya dikekalkan sebagai negeri Melayu kecuali...
Cuti umum pada hari Jumaat
Penggunaan kalendar hijrah
Penggunaan bahasa Arab dalam surat rasmi
Pengunaan Bahasa Melayu dalam pentadbiran
Siapakah yang telah dilantik sebagai Penasihat British di Kelantan?
J.S.Mason
Meadow Frost
John Crowford
J.L.Humphreys
Berdasarkan Perjanjian Terengganu-British 1919, berlaku perubahan kuasa di dalam negeri Terengganu yang membolehkan British campurtangan dalalam segala hal kecuali agama Islam dan adat Melayu.
Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan kuasa tersebut?
Wakil British menjadi Sultan Terengganu
Status Wakil British bertukar kepada Penasihat British
Penasihat British boleh campur tangan dalam hal adat resam Melayu
Penggunaan Kalendar HIjrah
Mengapakah Raja-raja Melayu menggubal undang-undang tubuh kerajaan negeri?
Membangunkan kawasan luar bandar
Mengeratkan hubungan antara negeri
Mempertahankan identiti setiap negeri
Memperkukuh kuasa pemerintahan negeri dan menghalang campur tangan kuasa asing
Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor mempunyai _________________fasal tentang tanggungjawab sultan untuk mempertahankan negeri Johor dari dikuasai oleh kuasa asing.
64
61
62
66
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor telah menjadikan negeri Johor sebagai
Memantapkan pentadbiran dan kedaulatan negeri
Asas perundangan negeri
Negeri Melayu pertama yang mengamalkan sistem raja berpelembagaan dan mempunyai unsur demokratik
Benteng campur tangan British ke atas pentadbiran
Pada 2 November 1911, Sultan Zainal Abdin III menggubal Undang-undang Tubuh bertulis pertama di Terengganu iaitu Itqan Al-Muluk Bi Ta' Dil Al-Suluk
Berikut merupakan kandungan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu kecuali....
Soal kuasa sultan
Tugas pembesar
Kesetiaan rakyat dan peraturan negeri
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
Apakah tindakan terhadap Sultan Terengganu sekiranya baginda menyerahkan negeri kepada kuasa asing?
Ditukarkan
Dipenjarakan
Diberi kemaafan
Diturunkan takhta
Sultan Abu Bakar telah berjaya meletakkan Johor sebagai negeri yang moden sehingga digelar sebagai
Ayah pemodenan Johor
Ketua pemodenan Johor
raja pemodenan Johor
Bapa pemodenan Johor
Apakah sumbangan tokoh-tokoh berikut terhadap kerajaan negeri Johor?
Dato' Jaafar bin Muhammad
Dato' Abdul Rahman bin Andak
Dato' Mohammad Salleh bin Perang
Mengatasi ancaman serangan Siam
Menggubal undang-undang negeri
Mengelakkan campur tangan Barat
Menjayakan pembangunan negeri dan rakyat sehingga British tidak mempunyai ruang untuk campur tangan
Sebelum campur tangan British, Kedah telah melakukan pembangunan dan pemodenan negeri serta mempunyai sistem politik yang tersusun.
Apakah faktor yang mendorong kemajuan tersebut?
Mempunyai modal yang banyak
Mendapat sokongan daripada penaja
Memperoleh sokongan daripada Siam
Memiliki pegawai yang berpengalaman dan memainkan peranan yang berkesan dalam pentadbiran
Sultan Terengganu, Sultan Zainal Abidin III telah menubuhkan jabatan yang biasanya akan dilakukan oleh British. Tindakan tersebut membuatkan British sukar untuk campur tangan di Terengganu.
Apakah antara institusi yang dimaksudkan?
Pejabat Perbendaharaan, Pejabat Agama dan Pelajaran, Pejabat Kerja Raya, Pejabat Pesuruhjaya Keadilan
Pejabat Ukur dan Tanah
Pejabat Zakat
Pejabat Kesihatan Negeri Terengganu
