wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM T6 (Penggolongan Kata 1)

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

"Saya tidak mahu __________ leka semasa pembelajaran berlangsung," kata Cikgu Faridah kepada murid-muridnya.

a)

awak

b)

kami

c)

kalian

d)

mereka

2.

Sebelum memasak, ibu telah __________ bawang merah terlebih dahulu.

a)

menghiris

b)

mengerat

c)

memotong

d)

membelah

3.

Baju yang baru dibeli itu tidak sesuai dipakai oleh adik kerana terlalu __________.

a)

ketat

b)

longgar

c)

lebar

d)

sarat

4.

Pemimpin negara itu akan meminta __________ baharu daripada rakyat.

a)

amanat

b)

mandat

c)

muslihat

d)

pendapat

5.

__________ itu sedang menyampaikan berita dalam siaran radio swasta di Kuala Lumpur.

a)

Jurusurat

b)

Juruvideo

c)

Jurucakap

d)

Juruhebah

6.

Inspektor Adam telah melaksanakan tugasnya dengan segera setelah menerima __________ daripada ketuanya.

a)

diarah

b)

arahan

c)

arahkan

d)

mengarah

7.

Pemuda itu sungguh kecewa apabila keluarga pengantin perempuan mengenakan __________ yang terlalu tinggi.

a)

akad nikah

b)

mas kahwin

c)

janji temu

d)

sijil nikah

8.

Gua Niah menjadi tumpuan pencari sarang burung __________ yang sangat mahal harganya di pasaran.

a)

kekura

b)

lelebah

c)

lelabah

d)

lelayang

9.

Pemain bola keranjang itu cuba memasukkan bola __________ tidak berjaya.

a)

sementara

b)

tetapi

c)

serta

d)

lalu

10.

Abang Sidi __________ berangkat ke Australia pada minggu lepas.

a)

akan

b)

telah

c)

sedang

d)

pernah