wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ASK TINGKATAN 1

Total questions: 15

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Seorang guru mengarahkan semua anak muridnya untuk mengira BMI masing-masing. Setiap murid dikehendaki mencatatkan berat dan ketinggian masing-masing di dalam jadual yang telah disediakan terlebih dahulu.

Apakah teknik yang digunakan dalam masalah itu?

a)

Leraian

b)

Pengitlakan

c)

Peniskalaan

d)

Pengecaman Corak

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran komputasional?

a)

Satu proses pemikiran seperti komputer

b)

Satu proses pemberian arahan atau tugasan untuk menyelesaikan masalah

c)

Satu proses pemikiran bertujuan untuk menyelesaikan masalah berbantukan mesin

d)

Satu proses pemikiran untuk membahagikan masalah kepada beberapa bahagian yang kecil

3.

Antara yang berikut, manakah nombor perpuluhan yang diwakili oleh nombor perduaan 1101110?

a)

5

b)

59

c)

110

d)

220

4.

Antara berikut, manakah hasil tolak yang betul bagi nombor perduaan 1110001-1000111?

a)

101010

b)

101110

c)

100110

d)

100010

5.

Antara berikut, yang manakah BUKAN ciri-ciri WAV?

a)

Audio tidak dimampatkan

b)

Saiz fail adalah besar

c)

Berkualiti tinggi

d)

Berkualiti rendah

6.

Kirakan jumlah piksel gambar foto yang mempunyai resolusi 287 dpi dan berukuran 5 inci x 2 inci.

a)

823690

b)

836290

c)

896203

d)

823695

7.

Antara berikut, struktur kawalan manakah yang sesuai digunakan bagi data yang mempunyai lebih daripada dua tindakan?

a)

Struktur kawalan dwipilihan

b)

Struktur kawalan tiga pilihan

c)

Struktur kawalan pilihan tunggal

d)

Struktur kawalan pelbagai pilihan

8.

Rajah berikut menunjukkan suatu langkah algoritma.

Apakah jenis algoritma tersebut?

a)

Carta alir

b)

Pseudokod

c)

Kod arahan

d)

Gambar rajah

9.

Antara berikut, ralat manakah boleh menyebabkan nahas sistem atau program tergantung?

a)

Ralat logik

b)

Ralat pepijat

c)

Ralak semantik

d)

Ralat masa larian

10.

Dalam fasa pengekodan, pengatur cara akan menukarkan pseudokod kepada kod yang difahami oleh komputer. Antara berikut, fasa manakah yang dilakukan sebelum fasa pengekodan?

a)

Dokumentasi

b)

Analisis masalah

c)

Reka bentuk atur cara

d)

Pengujian dan penyahpepijatan

11.

Susunan mengikut urutan yang BETUL proses pemikiran komputasional.

I. Masalah dipecahkan

II. Mengenalpasti corak yang sama

III. Meninggalkan perkara yang tidak penting

IV. Menyediakan model penyelesaian masalah

a)

I, II, III dan IV

b)

II, III, IV dan I

c)

III, IV, I dan II

d)

IV, III, II dan I

12.

Antara berikut, manakah yang menunjukkan contoh penggunaan teknik leraian?

a)

Menulis langkah-langkah membuat kek

b)

Menulis beberapa subtopik dalam menyiapkan kertas kerja lapangan

c)

Tidak mengambil kira bahan yang digunakan dalam membuat batu bata

d)

Menentukan ciri-ciri persamaan dalam menentukan urutan bilangan nombor

13.

"Hashim ditugaskan untuk menentukan bearing Klinik Kesihatan dari sekolahnya dengan menggunakan kompas."

Berdasarkan pernyataan di atas, manakah aspek yang boleh diabaikan?

a)

Jenis kompas yang digunakan

b)

Kompas mestilah diletakkan di tempat rata

c)

Jarum kompas mestilah berada pada arah utara

d)

Kedudukan kompas mestilah jauh dari objek besi atau magnet

14.

Antara berikut, manakah nilai nombor perpuluhan yang diwakili nombor 10010001?

a)

133

b)

144

c)

145

d)

290

15.

Antara pernyataan berikut, manakah kaedah penukaran nombor perpuluhan kepada nombor perduaan yang betul?

I. Kaedah tambah 2

II. Kaedah bahagi dengan 2

III. Kaedah ambil daripada baki

IV. Kaedah bahagi dengan 2 dan gunakan bakinya

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV