wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SK TINGKATAN 4

Total questions: 15

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Baca dengan teliti senarai aktiviti di bawah.


- Menyenaraikan setiap aktiviti projek

- Mencatatkan setiap aktiviti bermula dan berakhir

- Menganggarkan tempoh bagi setiap aktiviti

- Memaparkan aktiviti-aktiviti yang bertindih


Senarai aktiviti di atas merujuk kepada

a)

Carta Gantt

b)

Laporan Projek

c)

Senarai Semak

d)

Borang Soal Selidik

2.

Syarat yang digunakan dalam struktur kawalan pilihan ialah ungkapan logik. Ungkapan logik akan menilai data untuk menghasilkan keputusan "Benar" (True) atau "Palsu" (False).


Dalam pengaturcaraan, penggunaan ungkapan ini menggunakan data jenis ________________

a)

Integer

b)

Aksara

c)

Boolean

d)

Nombor Nyata

3.

Pilih pernyataan yang BENAR untuk menerangkan jenis-jenis data.

a)

Integer merangkumi semua nombor termasuk nombor pecahan dan nombor perpuluhan

b)

Nombor nyata (Float) ialah nombor yang terdiri daripada semua nombor yang tidak mempunyai perpuluhan

c)

Aksara (String) merupakan data dalam bentuk ruang kosong, teks, perkataan atau nilai yang mengandungi susunan aksara atau simbol

d)

Double adalah nombor integer positif yang melibatkan perpuluhan sahaja

4.

Antara kod aturcara berikut yang manakah terdapat dalam struktur kawalan ulangan?

I. For

II. While

III. If-Else

IV. Do-While

a)

I dan II sahaja

b)

I, II dan III sahaja

c)

I, II dan IV sahaja

d)

Semua di atas

5.

Antara faktor-faktor berikut, yang manakah boleh mempengaruhi kebolehbacaan kod aturcara?

I. Komen yang baik

II. Penggunaan jenis data yang betul

III. Pemboleh ubah yang bermakna

IV. Inden yang konsisten

a)

I dan II sahaja

b)

I, II dan III sahaja

c)

I, II dan IV sahaja

d)

Semua yang di atas

6.

Antara berikut, yang manakah BENAR untuk mengisytiharkan nilai pemalar pi. 

a)

final double pi = 3.142

b)

final float pi = 3.142

c)

final pi = 3.142

d)

final integer pi = 3.142

7.

Satu proses mengutip dan mengumpul data, mengumpul maklumat dan ringkasan seperti laporan pengujian yang dijalankan, carta alir, kod aturcara.

Pernyataan ini merujuk kepada fasa ___________

a)

Fasa Pelaksanaan

b)

Fasa Dokumentasi

c)

Fasa Pengujian

d)

Fasa Rekabentuk

8.

Pernyataan di bawah menyenaraikan ciri-ciri sesuatu kunci dalam sistem pangkalan data.


- Mempunyai nilai yang unik

- Tidak boleh dibiarkan kosong

- Tidak mempunyai nilai yang sama secara berulang

- Nilai yang tetap dan tidak berubah


Apakah kunci yang sesuai berdasarkan ciri-ciri di atas?

a)

Kunci primer

b)

Kunci asing

c)

Kunci hubungan

d)

Kunci pangkalan data

9.

Baca dan fahami ciri-ciri yang disenaraikan di bawah.


Himpunan fakta mentah mengenai sesuatu benda, kejadian, orang atau entiti yang boleh terdiri daripada perkataan, angka atau gambar. Sesuatu fakta yang bermakna atau tidak sehingga fakta-fakta tersebut diproses.


Ciri-ciri di atas merujuk kepada ___________________

a)

Data

b)

Maklumat

c)

Pangkalan data

d)

SIstem Pangkalan Data

10.

Antara berikut, yang manakah merupakan jenis-jenis integriti data?

I. Integriti entiti

II. Integriti rujukan

III. Integriti kawalan

IV. Integriti domain

a)

I dan II sahaja

b)

I, II dan III sahaja

c)

I, II dan IV sahaja

d)

Semua di atas

11.

Antara berikut yang manakah merupakan perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS)

I MySQL

II Oracle

III Microsoft Access

IV Microsoft Database

a)

I dan II sahaja

b)

I, II dan III sahaja

c)

I, II dan IV sahaja

d)

Semua di atas

12.

Antara berikut yang manakan BUKAN merupakan fungsi Gambarajah Hubungan Entiti (ERD)?

a)

Untuk merancang model hubungan dari struktur data serta hubungan dari setiap data tersebut

b)

Untuk mempermudahkan pengumpulan atribut kerana dalam ERD kita sudah menjelaskan hubungan dari data satu ke data lainnya

c)

Untuk mengawal sistem pangkalan data supaya mudah untuk dipertingkatkan

d)

Untuk mempermudah dalam pengembangan suatu sistem kerana dalam ERD sudah terdapat gambaran umum serta penerangan dari suatu sistem yang dirancang

13.

Ciri utama yang ditawarkan ialah ikon-ikon dan penunjuk-penunjuk yang bersifat visual. Pengguna boleh melakukan tindakan dengan memanipulasikan atau mengolah unsur-unsur grafik ini.


Pernyataan di atas merujuk kepada _________

a)

Antara muka grafik pengguna (GUI)

b)

Antara muka skrin komputer

c)

Muka depan laman web

d)

Aplikasi komputer terkini

14.

Antara berikut, yang manakan ciri-ciri produk interaktif yang mesra pengguna?

I. Mudah

II. Menyeronokkan

III. Menguntungkan

IV. Fleksibel

a)

I dan II sahaja

b)

I, II dan III sahaja

c)

I, II dan IV sahaja

d)

Semua yang di atas

15.

Model pangkalan data ialah penyusunan secara konseptual sesuatu pangkalan data. Antara berikut yang manakan BUKAN model pangkalan data?

a)

Model Pangkalan Data Hieraki

b)

Model Pangkalan Data Rangkaian

c)

Model Pangkalan Data Hubungan

d)

Model Pangkalan Data Struktur