wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Nama Terbitan

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kelunakan suara biduanita itu telah menarik _____________ beberapa orang komposer terkenal tanah air.

a)

perhati

b)

perhatian

c)

pemerhati

d)

pemerhatian

2.

Walaupun telah dibebaskan oleh mahkamah, pesalah juvana itu akan diletakkan di bawah ____________ pihak polis.

a)

perhati

b)

perhatian

c)

pemerhati

d)

pemerhatian

3.

Para penonton saling bertolakan ketika menyaksikan ____________ bunga api bersempena perasmian bangunan KLCC.

a)

pertunjukan

b)

persembahan

c)

permainan

d)

pementasan

4.

Profesor emeritus itu hanya menjadi _________ dalam persidangan yang dianjurkan oleh universiti itu.

a)

perhati

b)

perhatian

c)

pemerhati

d)

pemerhatian

5.

____________ tangan pencuri itu hampir putus kerana ditetak dengan parang oleh mangsanya ketika mempertahankan diri

a)

Pegelangan

b)

Pergelangan

c)

Pengelangan

d)

Penggelangan

6.

Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan akan mengadakan ___________ mengejut terhadap premis-premis makanan di sekitar Seremban.

a)

periksa

b)

peperiksaan

c)

pemeriksa

d)

Pemeriksaan

7.

Kawasan itu akan dimajukan menjadi kawasan ___________ yang baharu tidak lama lagi

a)

rumah

b)

berumah

c)

perumah

d)

perumahan

8.

Seorang _________ ternama sedang bermain golf sambil berbincang urusan perniagaan dengan rakan-rakannya.

a)

pekerja

b)

peniaga

c)

pegawai

d)

usahawan

9.

____________ rumah Syed kelihatan ceria apabila dihiaskan dengan pelbagai jenis bunga-bungaan

a)

Pekarangan

b)

Perkarangan

c)

Penkarangan

d)

Pengarangan

10.

Aktiviti __________ kuasa oleh Portugis telah meruntuhkan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka

a)

peluasan

b)

perluasan

c)

pemeluasan

d)

pengluasan

11.

Hartawan itu akan memberikan ___________ kepada pihak yang memberikan maklumat tentang orang yang menculik anaknya

a)

bayaran

b)

hadiah

c)

ganjaran

d)

komisen

12.

Beratus-ratus buah buku yang baru dibeli itu adalah untuk _____________ kanak-kanak prasekolah pada tahun hadapan.

a)

kegunaan

b)

kemudahan

c)

kesenangan

d)

kemenangan

13.

Pandulah kenderaan mengikut _____________ supaya kemalangan jalan raya dapat dielakkkan.

a)

atur

b)

aturan

c)

mengatur

d)

peraturan

14.

Kemahirannya dalam bidang teknologi maklumat telah saya _________ berdasarkan mutu kerja yang ditunjukkan.

a)

akui

b)

akukan

c)

perakui

d)

perakukan

15.

Para _________ hendaklah mengamalkan sikap berhati-hati ketika di jalan raya untuk mengelakkan kemalangan

a)

pengguna

b)

penunggang

c)

pembonceng

d)

pemandu

16.

Rawatan terapi medan elektrik statik menggunakan _________ elektrik bagi memecahkan lemak dalam kapilari darah

a)

getaran

b)

gegaran

c)

goyangan

d)

kejutan

17.

Guru menegur __________ pelajarnya yang agak kurang sopan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua

a)

akuan

b)

lakuan

c)

perakuan

d)

perlakuan

18.

John Terry telah dilayangkan kad kuning oleh _________ dalam perlawanan bola sepak persahabatan antara England dengan Perancis

a)

adilan

b)

jagaan

c)

pengadil

d)

penjaga

19.

Sikap tidak bertanggungjawab ________ lembu yang sering membiarkan ________ mereka berkeliaran di lebuh raya boleh mengundang bahaya kepada orang ramai yang menggunakan lebuh raya tersebut

a)

penternak / ternakan

b)

penternakan / ternak

c)

ternakan / penternak

d)

ternakan / penternakan

20.

____________ pendatang asing yang meningkat secara mendadak dari hari ke hari menjadi satu masalah kepada negara.

a)

Keadaan

b)

Kemalangan

c)

Kedatangan

d)

Kebanjiran