wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Penilaian Akhir Tahun RBT Ting. 1

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud reka bentuk?

a)

Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk.

b)

Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber alam untuk dijadikan alat atau sistem.

c)

Proses menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud.

d)

Proses pengubahsuaian produk sedia ada supaya menjadi lebih baik.

2.

Teknik _________________ dapat dilakukan dengan cara mengerat, menebuk, atau mencungkil keluar sesuatu objek atau bahan.

a)

pembenaman

b)

pembuangan

c)

penyatuan

d)

peleraian

3.

Antara yang berikut, etika manakah yang harus dipatuhi dalam penghasilan produk reka bentuk?

I. Bermanfaat

II. Menguntungkan

III. Selamat digunakan

IV. Menggunakan sumber terhad

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

4.

Antara berikut, yang manakah benar mengenai inovasi?

I. Pengubahsuaian terhadap produk sedia ada

II. Penghasilan produk dan perkhidmatan baharu

IIl. Pembangunan produk yang mempunyai unsur kreatif

IV. Berdaya saing di pasaran

a)

I, II, dan III

b)

I, II, dan IV

c)

I, III, dan IV

d)

II, III, dan IV

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan skop kerja dalam pengurusan projek reka bentuk?

a)

Terdiri daripada skop produk dan skop projek untuk mencapai objektif projek.

b)

Tempoh sesuatu projek itu disiapkan.

c)

Sumber kewangan sesuatu projek yang dijalankan.

d)

Aktiviti merancang projek yang dijalankan

6.

Antara berikut, yang manakah bukan tujuan penjadualan?

a)

Untuk menggelakkan kerugian masa dan kos.

b)

Untuk menggelakkan daripada pembaziran.

c)

Menguruskan bahan mentah secara sistematik.

d)

Menguji dan membuat penambahbaikan projek.

7.

Berikut adalah langkah pengurusan projek yang tidak mengikut urutan


I. Penjadualan

II. Pengawalan

III. Perancangan


Antara berikut yang manakah langkah pengurusan projek yang betul?

a)

II, I, III

b)

II, III, I

c)

III, II, I

d)

III, I, II

8.

Projek brief ialah satu proses perbincangan awal antara _____________ dengan _________ untuk memenuhi kehendak pelanggan dalam penghasilan produk.

a)

pengurus projek, pembangun mock-up

b)

setiausaha projek, pereka bentuk

c)

pengurus projek, pelanggan

d)

pelanggan, ahli pemasaran

9.

Pilih jenis ujian yang sesuai dijalankan bagi menilai model yang dihasilkan.


I. Ujian kekuatan cantuman

II. Ujian kestabilan

III. Ujian bahan

IV. Ujian beban

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

10.

Rajah 1 menunjukkan lakaran sebuah objek.


Apakah nama lakaran itu?

a)

Lakaran isometrik

b)

Lakaran oblik kavalier

c)

Lakaran perspektif dua titik

d)

Lakaran perspektif satu titik

11.

Rajah 2 menunjukkan paksi-paksi dalam lakaran isometrik.

Berapakah nilai sudut Q?

a)

30o

b)

45o

c)

60o

d)

90o

12.

Pernyataan berikut adalah maksud satu daripada sistem penanaman.


Sistem pengeluaran tanaman yang menggunakan sistem pengairan pembajaan yang rapi. Larutan baja dalam air dibekalkan ke zon pengakaran secara serentak dengan menggunakan sistem pengairan.


Pernyataan di atas merujuk kepada…….

a)

Sistem RAFT

b)

Sistem Fertigasi

c)

Sistem Akuaponik

d)

Sistem EBB & Flow

13.

Alatan manakah yang digunakan untuk mengukur kepekatan larutan baja?

a)

Pam air

b)

Pam udara

c)

EC meter

d)

pH meter

14.

Apakah yang dimaksudkan dengan fesyen?

a)

Gaya atau stail serta tingkah laku yang diterima dan menjadi popular pada satu-satu masa

b)

Proses menterjemah idea dan kreativiti bagi menghasilkan satu produk

c)

Proses yang mengaplikasikan idea pada sesuatu reka bentuk atau rekaan pereka atau aksesori

d)

Penghasilan reka bentuk yang melibatkan proses pengulangan, peniruan dan inovasi

15.

Rajah 3 menunjukkan carta alir langkah menghasilkan reka bentuk fesyen.


Apakah langkah X?

a)

Pembinaan mock-up

b)

Penghasilan jadual kerja

c)

Penilaian produk

d)

Pengiraan kos