Font size
WorksheetsGEOGRAFI TINGKATAN 2: ULANGKAJI (Bab 4-6)
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Apakah jenis iklim di Malaysia?
Iklim gurun panas
Iklim Siberia
Iklim Khatulistiwa
Iklim Monsun Tropika
Tandakan 2 jenis hujan yang berlaku di Malaysia?
Hujan batu
Hujan perolakan
Hujan rintik
Hujan bukit
Apakah yang dimaksudkan dengan proses pemeluwapan.
Awan bertukar menjadi hujan
Keadaan di mana awan stratus bertukar kepada awan kumolonimbus
Wap air daripada permukaan bumi naik ke udara dan berkumpul membentuk debu yang akhirnya terjadi awan
Kejadian hujan bukit turun di bahagian laut.
Apakah nama awan yang terbentuk sebelum menurunnya hujan perolakan?
awan cirrus
awan stratus
awan nimbus
awan kumolonimbus
Hujan perolakan kebiasaannya turun dengan ....
renyai dan pada awal pagi
lebat pada waktu petang beserta dengan kilat dan petir
lebat pada awal pagi diikuti kilat
renyai pada waktu tengahari
Hujan bukit turun di kawasan..
Pinggir laut
Tanah pamah
Tanah tinggi
Tanah tinggi yang menghadap udara lembap
Apakah yang dimaksudkan dengan Iklim Khatulistiwa?
Panas dan kering sepanjang tahun
Panas dan hujan sepanjang tahun
Panas dan lembap sepanjang tahun
Panas sederhana sepanjang tahun
Tandakan negeri yang mengalami musim tengkujuh semasa kejadian Angin Monsun Timur Laut.
Kelantan
Terengganu
Pahang
Perak
Sabah
Angin apakah yang membawa hujan lebat dan mengakibatkan kepada risiko terjadinya banjir di kawasan tertentu?
Angin Monsun Timur Laut
Angin Monsun Barat Daya
Namakan kawasan yang menerima hujan paling sedikit di Malaysia.
Bukit Larut, Taiping, Perak.
Shah Alam, Selangor.
Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Larkin, Johor.
terdapat berapa jeniskah pengangkutan di malaysia
1
2
3
4
Landasan kereta api pertama di malaysia telah dibina di
Ipoh
Taiping
Georgetown
Johor Bahru
Berikut merupakan faktor-faktor yang mempengaruh jaringan pengangkutan di Malaysia kecuali
dasar kerajaan
kegiatan ekonomi
bentuk muka bumi
ancaman dari luar
Projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) menghubungkan Lembah Klang dengan
Kuantan hingga Tumpat
Gemas hingga Johor Bahru
Mentakab hingga Pasir Mas
Merupakan pusat pengangkutan rel bersepadu Kuala Lumpur
Stesen Kelana Jaya
Stesen Sungai Buloh
Stesen Sentral Kuala Lumpur
Laluan bawah tanah bagi projek MRT dikaitkan dengan
faktor Bentuk muka bumi
faktor Kemajuan teknologi
faktor Dasar kerajaan
Mengapakah jaringan pengangkutan darat padat di Pantai Barat Semenanjung Malaysia
Bentuk muka bumi yang landai dan perkembangan kegiatan ekonomi
Terdapat banyak pantai yang cantik untuk dilawati
Bentuk muka bumi yang bergunung ganang
Kawasan paya yang sesuai untuk ditebus guna bagi tujuan pembangunan
Lebuhraya Pan Borneo merupakan salah satu projek infrastruktur terbesar negara yang menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar-bandar di Semenanjung Malaysia
Betul
Salah
Pelabuhan Klang
• Pelabuhan utama yang dikenali sebagai Pusat Muatan Negara untuk kontena tempatan dan serantau.
• Terdiri daripada dua terminal, iaitu Northport dan Westport.
Betul
Salah
Kepentingan pengangkutan air di Malaysia ialah
– Menghubungkan kawasan pedalaman
– Membawa penumpang dan barangan
– Mengendalikan urusan perdagangan
Betul
Salah
1. Telekomunikasi bermaksud
interaksi seorang diri
interaksi secara bersemuka (face to face)
interaksi secara dekat dan mudah
interaksi jarak yang jauh antara penyampai dengan penerima
2. Berikut adalah bukan antara kegunaan telefon pintar
menonton siaran luar negara
mengeluarkan wang tunai
mempromosikan produk
membayar bil telefon
3. Berikut adalah tujuan MSC (Koridor Raya Multimedia) ditubuhkan.
Menarik syarikat berteknologi tinggi untuk memajukan industri ICT Malaysia.
Meluaskan jalur lebar ke serata pelosok negara.
Menyediakan talian tetap dan memajukan industri telekomunikasi negara.
Memperkasakan capaian internet dan infrastruktur telekomunikasi di seluruh negara
4. Alat ini memaparkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik dan video
internet
komputer
satelit
televisyen
5. Berikut adalah penggunaan alat telekomunikasi secara beretika
Memasuki sistem informasi orang lain secara tidak sah
Memberikan kata laluan dan kata nama kepada orang lain untuk masuk ke dalam sistem
Mengenal pasti sumber maklumat dan kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya dalam media sosial.
Menggunakan alat telekomunikasi untuk melanggar hukum dan norma dalam masyarakat.
6. Perkhidmatan tele-kesihatan ialah pesakit boleh diperiksa
dari mana hendak ke mana
dari dekat tanpa perlu menggunakan teknologi komunikasi
dari jauh oleh bomoh dengan menggunakan teknologi sihir
dari jauh oleh doktor pakar menggunakan teknologi komunikasi
7. Telefon ini dikenali sebagai telefon selular atau telefon tanpa wayar mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1980-an.
Telefon Bimbit
Telefon
Telefon Android
Telefon Pintar
8. Contoh penggunaan telekomunikasi yang tidak beretika ialah
menyebarkan berita yang benar dan penting
menggunakan ayat sopan untuk bertanya atau memberi pendapat
mengemaskini status profil IG/ Facebook sekali-sekala.
menyebarkan mesej berantai kerana takut bernasib malang
9. Berikut adalah kesan telekomunikasi terhadap pembangunan negara kecuali
pembesaran anak-anak yang positif
mengesan bencana alam
memberi peluang pekerjaan
sistem pengangkutan yang cekap
10. Berikut adalah antara lokasi stesen satelit bumi di Malaysia
Wilayah Persekutuan
Putrajaya
Shah Alam
Kuantan, Pahang
