Font size
WorksheetsASAS SAINS KOMPUTER TING 3 (BAB 1 & 2)
Total questions: 25
Worksheet time: 17mins
1. Antara berikut, manakah proses pemikiran komputasional yang betul?
I. Masalah dipecahkan
II. Kenal pasti corak tertentu
III. Tinggalkan perkara yang penting
IV. Sediakan model penyelesaian masalah
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
2. Apakah kelebihan penggunaan teknik-teknik pemikiran komputasional dalam pembangunan atur cara?
I. Menyelesaikan masalah secara sistematik
II. Menghasilkan atur cara dengan cekap
III. Menghasilkan atur cara yang menepati kehendak pengguna
A. I sahaja
B. I dan II
C.II dan III
D.I, II dan III
3. Berapakah bilangan maksimum teknik pemikiran komputasional yang boleh digunakan dalam setiap fasa pembangunan atur cara?
A. 1
B. 2
C. 3
D. Tiada had
4. Pengatur cara akan mengenal pasti masalah, keperluan sistem, perisian serta sasaran pengguna. Apakah fasa yang terlibat?
A. Analisis masalah
B. Reka bentuk atur cara
C. Pengekodan
D. Dokumentasi
5. Atur cara yang dibina merupakan model yang dapat membantu menyelesaikan masalah yang serupa. Pembinaan model ini merujuk kepada teknik _______________.
A. leraian
B. pengitlakan
C.peniskalaan
D.pengecaman corak
6. Seorang pengatur cara telah mengalami masalah apabila paparan output yang terhasil adalah salah.
A. Ralat sintaks
B. Ralat masa larian
C.Ralat logik
D.Ralat pelaksanaan
7. Antara berikut yang manakah merupakan punca-punca ralat logik?
I. Kesalahan ungkapan boolean
II. Kesalahan melakukan pembahagian sifar
III. Kesalahan menggunakan inden
IV. Kesalahan menggunkan operator
A. I dan II
B. I dan IV
C.I, II dan III
D.I, III dan IV
print(“\n\nLuas padang bola ialah” + luas)
print(“\n\nPerimeter padang bola ialah” + perimeter)
Apakah jenis ralat yang boleh dikaitkan dengan situasi di atas?
A. Ralat sintaks
B. Ralat masa larian
C.Ralat logik
D.Ralat pelaksanaan
9. Pernyataan yang manakah menerangkan dokumentasi dalaman dengan betul?
A. Dokumentasi dalaman bertujuan membantu pengguna menggunakan aplikasi yang telah dibina.
B. Dokumentasi dalaman disediakan untuk membantu pengatur cara memahami aplikasi yang telah dibina.
C. Dokumentasi dalaman bertindak sebagai manual pengguna.
D. Dokumentasi dalaman mengandungi proses pemasangan perisisan secara langkah demi langkah.
10. Kenyataan apakah yang digunakan untuk struktur kawalan pelbagai pilihan untuk pengaturcaraan Python?
A. if
B. if-else
C.if-elif-else
D.if-else if-else
11. Susun mengikut urutan yang betul langkah mencari ralat dalam atur cara?
I. Uji lari atur cara semula
II. Baiki ralat pada kod arahan yang ditemui
III. Teliti kod arahan yang ditulis dalam atur
cara melalui perbincangan semakan meja
IV. Bandingkan hasil atur cara dengan
pseudokod atau carta alir
A. I, II, III dan IV
B. II, III, IV dan I
C. III, IV, I dan II
D. IV, III, II dan I
12. Susun mengikut urutan yang betul langkah dalam pembangunan atur cara?
I. Mengesan dan membetulkan ralat pada atur cara
II. Memilih bahasa pengaturcaraan bagi mengekod atur cara
III. Menulis pseudokod dan melukis carta alir
IV. Memecahkan masalah yang besar
kepada bahagian yang lebih kecil.
A. I, II, III dan IV
B. II, III, IV dan I
C. III, IV, I dan II
D. IV, III, II dan I
13. Antara berikut, manakah pernyataan yang betul mengenai kriptografi?
A. Berasal daripada perkataan Perancis
B. Contoh kriptografi ialah tulisan Graphein.
C. Bertujuan mengelakkan tulisan daripada diubah suai.
D. Kajian tentang teknik kerahsiaan atau dikenali sebagai keselamatan data
14. Maksud perkataan kriptos ialah________
A. sembunyi
B. tulis
C. rahsia
D. selamat
14. Antara berikut, pernyataan manakah yang betul mengenai perkhidmatan keselamatan?
A. Tiada sangkalan - pengenalpastian maklumat yang memerlukan kunci
B. Kerahsiaan - pengenalpastian pihak yang terlibat dalam komunikasi
C. Integriti - perkhidmatan keselamatan yang mengenalpasti perubahan terhadap maklumat oleh pihak lain
D. Pengesahan - kesulitan sesuatu maklumat yang dihantar yang perlu dilindungi supaya tidak diketahui pihak lain
15. Antara berikut, manakah yang betul mengenai tulisan Hieroglif?
A. Tulisan yang menggunakan abjad A sehingga Z
B. Digunakan oleh golongan elit Tamadun Mesir Purba
C. Tulisan yang dicipta sebagai ukiran hiasan di papan tanda.
Digunakan oleh masyarakat kampung Tamadun Mesir Purba.
17.Antara berikut, yang manakah merupakan kaedah Substitution Cipher?
Reverse Cipher
Pigpen Cipher
Colomnar
Rail fence
18. Apakah teks sifer yang terhasil jika menggunakan kaedah Caeser Cipher dengan kunci = 4?
Plain text = HARI MALAYSIA
A. IRAHAISYALAM
B. AISYALAMIRAH
C. EXOFJXIXVPEX
D. DWNEIWHWUOEW
19. Berikut merupakan mesej yang diterima oleh Fariq beserta kunci = 3
Mesej -> MLECAIAMMAARHB
Dengan menggunakan kaedah Rail Fence, bantu Fariq untuk menyahsulitkan mesej di atas.
A. MARILAH BERMAIN
B. MARILAH MEMBACA
C. MARILAH MENGAJI
D. MARILAH BERSENAM
20. Apakah kaedah sifer yang digunakan bagi mesej berikut?
Mesej-> ADNA TILUS JESEM
A. Songsangan berdasarkan perkataan
B. Songsangan berdasarkan abjad
C. Songasangan seluruh mesej
21. Mesej berikut menunjukkan teks sifer yang disulitkan menggunakan Columnar Transposition.
Mesej->ASTHXNEAAXGAARJKKOAXUNLSA
Diberi kunci = SULIT. Apakah teks biasa yang telah dinyahsulit?
A. BAHANAAPIMUDAHTERBAKARXX
B. GUNAKANESKALATORSAHAJAXXX
C. JUMPADISTESENMRTKAJANGXXX
D. JANGANGUNAPEMADAMAPIXXX
22. Antara berikut, kaedah sifer yang manakah yang terbaik dan dikategorikan sebagai tahap kerahsiaan yang sederhana dan tinggi?
I. Caeser Cipher
II. Reverse Cipher
III. Pigpen Cipher
IV. Columnar Transposition
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
23. Antara berikut, yang manakah merupakan sifer kunci simetri. (Jawapan boleh lebih daripada 1)
Termasuk semua sifer klasik
Menggunakan dua kunci iaitu kunci awam dan kunci persendirian
Menggunakan kunci yang sama untuk melakukan penyulitan dan nyahsulit
24. Apakah nama bagi sistem sifer menggantikan setiap aksara dengan simbol grafik?
A. Pigpen Cipher
B. Caeser Cipher
C. Reverse Cipher
D. Transposition Cipher
25. Nyahsulit mesej dibawah menggunakan Reverse Cipher songsangan abjad.
Mesej -> KVMQZIZPZM HJHRZO
A. PENJARAKAN FIZIKAL
B. PENJARAKAN SOSIAL
