wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 -SEDEKAH-

Total questions: 18

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Berdasarkan potongan hadis di atas, apakah perlakuan yang disebut sebagai salah satu bentuk sedekah?

a)

A. Berkata dengan perkataan yang baik

b)

B. Memberi duit kepada peminta sedekah

c)

C. Berlaku adil pada dua orang yang bertelingkah

d)

D. Menghilangkan sesuatu yang berbahaya di jalan

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan sedekah secara istilah?

a)

Memberi wang kepada orang miskin

b)

Membayar zakat pada pada bulan puasa

c)

Sesuatu pemberian yang bertujuan mendekatkan diri kepada Allah

d)

Suatu pemberian sama ada berbentuk maujud atau bukan, dilakukan ikhlas dari hati kepada golongan yang memerlukan

3.

Maksud sedekah dari segi bahasa?

a)

penerimaan

b)

pertolongan

c)

pemberian

d)

pengambilan

4.

Apakah maksud sedekah dari segi istilah ?

a)

satu pemberian kepada orang lain untuk mendapat pujian semata-mata

b)

pemberian kepada orang kaya sahaja

c)

satu pemberian untuk mendekatkan diri kepada Allah

d)

pemberian untuk mengharapkan balasan manusia

5.
Apakah adab bersedekah?
a)
Memberi dengan ikhlas
b)
Mengungkit-ngungkit sedekah yang diberikan
c)
Menyakiti hati menerima sedekah
d)
Menunjuk-nunjuk dan riak dalam memberi.
6.

Sebagai salah seorang umat islam apakah amalan-amalan sedekah yang boleh dilakukan dalam kehidupan harian ?

a)

Membiarkan sahabat di dalam kesusahan

b)

Memberi nasihat yang baik

c)

Meletakkan benda-benda yang menghalang jalan

d)

Berjalan ke arah tempat maksiat

7.

Berikut adalah merupakan implikasi amalan bersedekah kepada individu kecuali

a)

Jasanya akan dikenang

b)

Mendapat keberkatan daripada Allah

c)

Mendapat pahala yang berterusan selagi sedekah tersebut bermanfaat

d)

Menaikkan imej dengan menyalurkan tabung derma kepada negara miskin.

8.

Yang manakah antara yang berikut adalah merupakan implikasi amalan bersedekah kepada keluarga?

a)

Dikasihi dan dihormati oleh anggota keluarga

b)

Membentuk masyarakat penyayang dan bantu-membantu

c)

Menyelesaikan masalah ekonomi antara sanak-saudara

d)

Jasanya akan dikenang

9.

Berikut adalah kesan-kesan sedekah kecuali

a)

dapat sama sama menikmati nikmat Allah

b)

membuat orang gembira

c)

hilang sifat hasad dengki dan tidak puas hati terhadap orang kaya

10.
Yang manakah bukan amalan sedekah ?
a)
tidak mengungkit-ungkit sedekah yang diberi
b)
perkataan yang baik
c)
membuang perkara yang menyakiti dijalan
d)
berjalan ke masjid untuk solat
11.

Apakah implikasi amalan bersedekah terhadap negara?

a)

Negara akan menjadi miskin

b)

Negara akan dipandang hina oleh Negara lain

c)

Negara akan dipandang mulia kerana membantu Negara-negara miskin lain

d)

Negara menjadi mundur

12.

الكلمة الطيبة صدقة

a)

Perkataan yang baik ialah sedekah

b)

Kamu mengangkat barang-barang keatas tunggangan sedekah

c)

Setiap langkah kamu berjalan menunaikan solat

d)

Setiap sendi ditubuh badan manusia

13.

كل سلامى من الناس

a)

Perkataan yang baik ialah sedekah

b)

Setiap sendi ditubuh manusia

c)

Kamu mengangkat barang-barang atas tunggangan

d)

Kamu membantu seseorang menaiki tunggangan

14.

كل خطوة تمشيها إلى الصلاة

a)

Perkataan yang baik ialah sedekah

b)

Kamu mengangkat barang-barang keatas tunggangan sedekah

c)

Setiap langkah kamu berjalan menunaikan solat

d)

Setiap sendi ditubuh badan manusia

15.

Fattah Anim meminta pihak media membuat liputan berkaitan sumbangannya pada orang miskin tempoh hari dengan niat hendak menunjuk-nunjuk. Wajarkah tindakan dia?

a)

Wajar

b)

Tidak wajar

c)

Patut

16.

Nyatakan kelebihan mengalihkan sesuatu yang berbahaya di jalan ?

a)

Mengurangkan pergaduhan

b)

Meringankan beban orang lain

c)

Mengurangkan risiko kemalangan

d)

Menunjukkan keimanan kepada Allah

17.

Sila pilih contoh sedeqah yang dinyatakan dalam hadis?

a)

Membantu orang mengangkat barang ke dalam kenderaan

b)

Makan dengan ucap bismillah

c)

Berjalan untuk menunaikan solat

d)

Memakai kasut dengan kaki kanan

18.

Adakah sedeqah hanya boleh dilakukan hanya dengan duit?

a)

Ya

b)

Tidak