Font size
WorksheetsUjian Ulangan Tingkatan 3
Total questions: 24
Worksheet time: 15mins
1. Masyarakat Sarawak dan Sabah terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik. Berapakah kumpulan etnik yang terdapat di Sarawak
A 25 kumpulan
B 27 kumpulan
C 34 kumpulan
D 35 kumpulan
Sistem kesukuan diamalkan dalam kalangan masyarakat tempatan di Sarawak dan di Sabah. Apakah penekanan yang diberikan melalui pengalaman sistem tersebut ?
A Kepatuhan adat
B Pelantikan pemimpin
C Penentuan keturunan
D Kebolehan peribadi
Maklumat berikut berkaitan dengan pemimpin utama sistem kesukuan Sarawak.
Tuai Rumah Tua Kapung da Perang Lepo
Apakah syarat untuk memilih pemimpin utama tersebut ?
I Keturunan
II Kemahiran
III Kekuatan Fizikal
IV Kebolehan peribadi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Antara berikut, apakah kumpulan etnik yang mengamalkan sistem kesukuan di Sabah.
I Kayan
II Murut
III Bajau
IV Kenyah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Peranan tukang-tukang Adat di Sabah ialah memastikan setiap upacara adat dilakukan dengan betul. Apakah tujuan upacara adat tersebut dilakukan dengan betul ?
A Mendapat kerjasama kesukuan
B Mengelakkan kejadian bencana
C Melancarkan pentadbiran wilayah
D Meningkatkan ketaatan masyarakat
Gelaran berikut diberikan oleh Kesultanan Brunei kepada masyarakat tempatan di Sarawak.
* ORANG KAYA (O.K)
A Iban
B Melayu
C Bidayuh
D Kelabit
Siapakah yang dilantik untuk mentadbir Kerajaan Sawaku di Sarawak ?
A Datu Merpati Jepang
B Datu Temenggung
C Datu Bendahara
D Datu Patinggi
Kawasan tersebut diletakkan di bawah kekuasaan Orang Kaya ( O.K ) di Sabah.
*LUNDU
Kawasan tersebut ditadbir oleh
A O.K Beti
B O.K Antau
C O.K Jugah
D O.K Gasing
Apakah yang menjadi teras kepada kekuasaan Kesultanan Brunei di Sabah ?
A Penguasaan tanah
B Keturunan Pemimpin
C Pencapaian pembangunan
D Kemampuan menghantar ufti
Apakah kawasan yang berada di bawah penguasaan Kesultanan Sulu di Sabah ?
A Kawasan utara Sabah
B Kawasan pedalaman Sabah
C Kawasan pantai barat Sabah
D Kawasan pantai timur Sabah
Sistem Ketua Bebas diamalkan dalam kalangan masyarakat Sabah. Pengamalan sistem tersebut bermula sejak ?
A Abad ke-15
B Abad ke-16
C Abad ke-17
D Abad ke-18
Sistem Kedatuan merupakan sistem pemerintahan tradisi masyarakat Melayu di Sarawak. Dimanakah pusat pemerintahan sistem tersebut ?
A Kawasan pantai timur
B Bandar-bandar utama
C Pinggir lembah sungai
D Sekitar sungai Sarawak
Mengapakah Pengiran Raja Muda Hashim meminta bantuan James Brooke ?
A Mengatasi serangan perompak di Sungai Rajang
B Membantu pembinaan infrastruktur di pedalaman
C Melakukan pemodenan sistem pentadbiran tempatan
D Menyelesaikan masalah di Sarawak
Sultan Abdul Mumin telah menyerahkan Sungai Rajang kepada James Brooke. Mengapakah Sultan Abdul Mumin bertindak demikian ?
A Mengatasi ancaman lanun Batang Lupar
B Menyelesaikan isu pembunuhan peniaga di Sarawak
C Membangunkan aktiviti perdagangan dan pertanian
D Membantu menghapuskan kebangkitan orang tempatan
Pada tahun 1878, Alfred dan Edward Gent telah membuat pajakan terhadap pantai timur Sabah ?. Siapakah yang membuat pajakan kawasan tersebut ?
A Sultan Sulu
B Sultan Brunei
C Sharif Masahor
D Datu Patinggi Ali
Apakah matlamat British memperkenalkan sistem ekonomi moden di Tanah Melayu ?
A Menggalakkan pelaburan
B Memajukan pengangkutan
C Mementingkan keuntungan
D Memperbanyakkan pekerjaan
Mengapakah ekonomi moden berikut memerlukan modal yang besar ?
· Sektor perlombongan
· Sektor perladangan
A Mengimport barangan luar
B Menguasai harga pasaran
C Melindungi pasaran tempatan
D Meningkatkan proses pengeluaran
British telah membuka lombong bijih timah bawah tanah yang terpanjang dan terdalam di dunia pada tahun 1888. Di manakah lokasi lombong bijih timah tersebut ?
A Sungai Lembing, Pahang
B Lukut, Negeri Sembilan
C Ampang, Kuala Lumpur
D Lembah Kinta, Perak
Apakah produk yang boleh dihasilkan daripada pokok rumbia yang terdapat di Sarawak ?
A Sagu
B Bijirin
C Santan
D Kerepek
Antimoni yang di Bau, Sarawak telah di pasarkan ke negara luar. Apakah negara luar tersebut ?
A Jepun
B Belanda
C Sri Lanka
D Singapura
James Brooke menggunakan kesempatan terhadap masalah yang berlaku di Sarawak sehingga berjaya menyelesaikannya.
a) Terangkan strategi James Brooke untuk meluaskan kuasa di Sarawak. (2 markah)
b) Bagaimanakah usaha James Brooke untuk meluaskan kuasanya di Sarawak. (2 markah)
Pengekalan pembesar tempatan dalam pentadbiran dalam Dinasti Brooke telah memberi kebaikan kepada pentadbiran Dinasti Brooke.Beri penjelasan anda
(4 markah)
d) James Brooke telah Berjaya meluaskan kuasa di Sarawak. Berdasarkan kajian anda, apakah faktor yang mempengaruhi kejayaan tersebut ? (4 markah)
