Font size
WorksheetsPRA UJIAN AKHIR TAHUN TING.1
Total questions: 55
Worksheet time: 41mins
Berikut adalah contoh ibadah khusus KECUALI...
Solat
Puasa
Ibadah Haji
Berniaga
Berapakah rukun solat ?
11
12
13
14
Berikut merupakan perkara makruh ketika berwuduk KECUALI...
membasuh atau menyapu melebihi tiga kali
berkumur-kumur dan berintisyak secara berlebihan
mendahulukan anggota kiri
menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan atau perut jari
Antara berikut yang manakah bukan cara beristinjak
menggunakan batu dan air
menggunakan air sahaja
menggunakan batu atau benda-benda kesat
menggunakan tisu basah
Berikut yang manakah bukan najis mutawassitah
najis anjing
darah
bangkai
muntah
Maksud air muqayyad ialah _______
air yang bercampur dengan sesuatu bahan yang suci
air berubah warna seperti menjadi keruh kerana bercampur dengan lumpur
air yang berubah bau kerana bercampur dengan bahan tertentu
air yang dipanaskan
Air yang boleh digunakan untuk mengangkat hadas atau bersuci ialah .....
air mutlak
air mustakmal
air musyammas
air mutannajis
Semua yang berikut ialah nama lain bagi Nabi Muhammad SAW kecuali
Ahmad
Al-Mahi
Al-Hasyir
Al-Faruq
Apakah Kuniyah Nabi SAW?
Al-Mahi
Abul Qasim
Al-Faruq
Abu Musa
Siapakah yang membantu baginda SAW berdagang ke Syam?
Zaid
Umar
Ali
Maisarah
Nabi mengahwini Saidatina Khadijah pada umur ______________.
30 tahun
20 tahun
25 tahun
40 tahun
Siapakah sahabat yang menemani Nabi SAW berhijrah ke Madinah?
Saidina Ali bin Abu Talib
Saidina Abu Bakar as-Siddiq
Saidina Uthman bin Affan
Saidina Umar al-Khattab
Apakah Masjid pertama yang dibina Nabi SAW ketika sampai ke Yathrib
Masjidil Haram
Masjid Nabawi
Masjid Quba’
Masjid al-Aqsa
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin ...........
Abdul Manaf
Wahab
Hasyim
Qusai
Berapakah usia baginda Rasulullah ketika ibunya meninggal dunia?
5 tahun
6 tahun
7 tahun
8 tahun
Pada usia ...... tahun, baginda Rasulullah telah mengikut bapa saudara berniaga ke Syam
10 tahun
12 tahun
14 tahun
16 tahun
Masyarakat
Jahiliah terbahagi kepada dua golongan iaitu_________________.
Badwi dan Hadari
Muhajirin dan Ansar
Bani Israil dan Quraisy
Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib
Antara berikut yang manakah bukan sumbangan khalifah Abu Bakar As-Siddiq?
Memerangi golongan yang enggan membayar zakat,, murtad dan nabi palsu
Membentuk 11 pasukan angkatan perang untuk menghadapi kaum murtad yang memberontak
Membentuk jawatankuasa untuk menyalin semula ayat al-Quran yang dikenali sebagai “Mushaf Al-Quran'
Menghantar pasukan Usamah Bin Zaid ke Sempadan negeri Syam untuk memerangi Kerajaan Rom Timur
Peristiwa
penting yang berlaku sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW ialah
Israk
dan Mi’raj.
Hijrah
ke Madinah
Peletakan
Hajarul Aswad.
Peperangan
Badar dan Uhud
Siapakah yang bertanggungjawab memberikan nama kepada baginda Rasulullah dengan nama MUhammad?
Bapanya
Ibunya
Datuknya
Bapa saudaranya
Nama ibu susuan nabi muhammad S.A.W ialah ....
Juwairiyah
Ummu Habibah
Ummu Salamah
Thuwaibah Islamiah
Islam ialah agama yang bersumberkan ………….
Akal.
Wahyu Ilahi.
Buku Peraturan.
Didikan ibu bapa.
Rasulullah SAW wafat di Madinah pada tahun ........ hijrah
10 hijrah
11 hijrah
12 hijrah
13 hijrah
Berikut adalah ciri akidah yang benar kecuali……………
Mentauhidkan Allah s.w.t.
Percaya terhadap kewujudan Allah s.w.t.
Melakukan amalan adat yang bertentangan dengan akidah Islam
Mengamalkan kepercayaan berlandaskan Alquran dan As-sunnah.
Perbuatan mensyirikkan Allah ialah
Mungkir janji
Tidak amanah
Bercakap bohong
Menyembah berhala
Gelaran yang diberikan kepada Saidina Abu Bakar ialah 'Atiq yang bermaksud ......
bebas daripada api neraka
bebas daripada kemurkaan Allah
bebas daripada dosa
pemisah antara yang hak dan batil
______________ialah Agama yang bersumberkan wahyu Allah SWT iaitu al-quran dan as-sunnah
Ukhrawiyyah
Rabbaniyyah
Waqiiyyah
Alamiyyah
Maksud solat dari segi bahasa ialah ....................
Islam
amalan yang wajib dilakukan
doa
perbuatan dan amalan tertentu
Mengadap kiblat ketika solat merupakan perkara ..........
syarat sah solat
syarat wajib solat
harus dalam solat
sunat dalam solat
Maksud khusyuk dari segi BAHASA ialah .....
tumpukan sepenuh perhatian
tidak memikirkan yang lain selain daripada Allah
tumpuan hanya pada perkara penting sahaja
senyap, tunduk dan merendah diri
Hadis terdiri daripada 2 komponen iaitu ..........
hadis nabawi dan hadis qudsi
sanad dan matan
al-khabar dan as-sunnah
muttafaqun alaih
Antar nama kitab hadis yang masyhur ialah ...........
Sahih Bukhari dan Sunan Ahmad
Muwattak Malik dan Musnad Ahmad
Jami' at-Turmuzi dan Sunan Malik
Sahih Muslim dan Musnad ad-Darimi
Lafaz dan makna hadis __________ adalah daripada Rasulullah SAW.
A. Qudsi
B. Sahih
C. Nabawi
D. Matruk
Hadis __________ bermaksud makna daripada Allah SWT dan lafaz daripada Rasulullah SAW.
A. Nabawi
B. Sahih
C. Hassan
D. Qudsi
Berikut adalah ciri-ciri orang yang ikhlas, kecuali...
Istiqamah melakukan kebaikan
Tidak menghiraukan kejian manusia
Sentiasa bersabar dalam kesulitan
Berkira dalam setiap bantuan yang diberikan
"Ikhlas ibarat seekor semut hitam di atas batu yang hitam pada waktu malam yang gelap".
Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan di atas?
Cari peluang yang tepat untuk membuat kebaikkan
Kebaikan yang dibuat tidak mendatangkan sebarang hasil
Sembunyikan kebaikan yang dibuat
Elakkan buat kebaikkan pada waktu siang
Maksud sanad dari segi bahasa ialah ...............
ditetapkan
sandaran
jaringan
rangkaian
Istilah 'muttafaqun alaihi' dalam hadis merujuk kepada hadis yang disampaikan oleh dua ulama' hadis yang terkenal iaitu ..............
Bukhari dan Malik
Bukhari dan Ahmad
Bukhari dan Muslim
Bukhari dan Abu Daud
Apakah maksud hadis Nabawi
makna dan lafaz daripada Allah
makna dan lafaz daripada Rasulullah
makna daripada Allah dan lafaz daripada Rasulullah
makna daripada Rasulullah dan lafaz daripada Allah
Persamaan Hadis Qudsi dan Hadis Nabawi ialah
terbahagi kepada sahih dan hasan.
terbahagi kepada sahih, hasan, dhoif atau maudu'.
wajib berwuduk apabila memegang dan membawanya.
makna dan lafaz daripada Rasulullah SAW
Mendapat pahala jika ditinggalkan dan tidak berdosa jika dilakukan
Pernyataan di atas merujuk kepada hukum ..........
sunat
harus
haram
makruh
Tidak berdosa jika dilakukan atau ditinggalkan
Pernyataan di atas merujuk kepada hukum ..........
sunat
harus
haram
makruh
"Ibadat yang telah ditetapkan oleh syariat dari segi cara , rukun dan syaratnya serta tidak boleh diubah"
Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian ...........
Ibadat umum
Ibadat rukun
Ibadat khusus
Ibadat syariat
Basmalah sunat dibaca pada setiap awal surah KECUALI surah ________.
Al- Kafirun
At-Taubah
Al- Baqarah
As-Sajdah
Perkara ke empat dalam rukun solat ialah ........
takbiratul ihram
membaca al-Fatihah
rukuk serta tomakninah
sujud serta tomakninah
Perkara ke 8 dalam rukun solat ialah ..........
iktidal serta tomakninah
berselawat ke atas Nabi dalam tahiyat akhir
rukuk serta tomakninah
duduk antara dua sujud serta tomakninah
Ujub merupakan salah satu musuh bagi sifat ikhlas.
Apakah maksud Ujub?
Memberi tahu amalan yang dilakukan untuk mendapat ganjaran
Melakukan amalan untuk dilihat dan dipuji oleh orang lain
Bangga dengan amalan dan kelebihan yang ada pada diri
Merasakan diri lebih baik daripada orang kerana selalu betul
"Melakukan amalan untuk dilihat dan dipuji oleh orang lain".
Penyataan ini merujuk kepada sifat...
Sum'ah
Riak
Ujub
Takabbur
Jumlah huruf 'Fawatihus Suwar' di dalam al-Quran ialah sebanyak ......
13 huruf
14 huruf
15 huruf
16 huruf
Siapakah nama ibu Saidina Ali bin Abu Talib?
Salmah binti Sakhr
Hantamah binti Hashim
Fatimah binti As'ad
Fatimah binti Mas'ud
Nyatakan maksud potongan ayat al-Quran berikut;
هُدً۬ى لِّلۡمُتَّقِينَ
menjadi penawar bagi orang yang bertakwa
merupakan kejayaan bagi orang yang bertakwa
menjadi petunjuk bagi orang yang bertakwa
menjadi berita gembira kepada orang yang bertakwa
Pilih pernyataan yang betul tentang nama anak lelaki baginda Rasulullah SAW
Qasim dan Abdullah
Hasyim dan Ibrahim
Abdullah dan Hasyim
Qasim dan Hasyim
Berikut merupakan puteri baginda Rasulullah SAW KECUALI ............
Ummu Kalsum
Ummu Salamah
Ruqayyah
Zainab
Selepas kelahiran Rasulullah SAW telah dijaga oleh ................. di perkampungan Bani Sa'ad.
Mariam al-Qibtiah
Zainab binti Khuzaimah
Halimatus Saadiah
Thuwaibah Islamiah
Apakah peristiwa besar yang berlaku ketika Rasulullah SAW berusia 35 tahun sehingga ideanya diterima dalam perselisihan meletak Hajarul Aswad?
Dinding Kaabah runtuh disebabkan gempa bumi.
Dinding Kaabah runtuh disebabkan kebakaran.
Dinding Kaabah runtuh disebabkan banjir besar.
Dinding Kaabah runtuh disebabkan serangan daripada tentera musyrikin
