NEW
Font size
WorksheetsPEPERIKSAAN SEMESTER 2, 2020 TINGKATAN 2 (GEOGRAFI) SET 1
Total questions: 50
Worksheet time: 50mins
Antara berikut, yang manakah merupakan kesan peredaran bumi?
Kejadian siang dan malam
Pembiasan angin lazim
Kejadian empat musim
Pasang surut air laut
Apakah musim yang dapat dikaitkan dengan pernyataan berikut?
Matahari tengah hari tegak di atas kepala di Garisan Sartan.
Ekuinoks musim bunga
Ekuinoks musim luruh
Solstis musim sejuk
Solstis musim panas
Berdasarkan rajah di atas, kawasan berlorek yang manakah mengalami suhu paling sejuk?
A
B
C
D
Apakah ciri iklim di Malaysia?
Mengalami empat musim
Panas dan lembap sepanjang tahun
Musim sejuk yang panjang
Mengalami musim kering yang nyata
Pernyataan berikut menunjukkan kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim - suhu di kawasan bandar lebih tinggi berbanding dengan pinggir bandar
Jerebu
Hujan Asid
Kesan rumah hijau
Pulau Haba
Antara berikut, aktiviti manusia yang manakah akan meningkatkan kandungan gas rumah hijau di udara?
Pembinaan bangunan konkrit
Penggunaan baja organik
Penebangan pokok terpilih
Pelupusan sampah sarap
Antara berikut, jenis iklim manakah yang terletak di zon sejuk sederhana?
Iklim Mediterranean
Iklim Khatulistiwa
Iklim Tundra
Iklim Siberia
Kawasan manakah di dalam peta di bawah yang dapat dikaitkan dengan pembinaan igloo
A
B
C
D
Mengapakah kawasan iklim Gurun Panas berkeadaan gersang?
Terletak di kawasan oasis
Kedudukan jauh dari Garisan Khatulistiwa
Pengaruh angin dan tekanan berbeza
Hujan tahunan kurang daripada 250 mm
Namakan lapangan terbang unik yang dibina di kawasan penambakan laut.
Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong
Landasan Terbang Antarabangsa Domodedovo
Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu
Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo
Apakah perkhidmatan yang dapat dikaitkan dengan maklumat berikut?• Menghubungkan empat buah pulau • Menepati masa dan sifar kemalangan
Landasan kereta api India
Landasan kereta api Shinkansen
Landasan kereta api Trans Siberian
Landasan kereta api Beijing Shanghai
Antara berikut, pelabuhan manakah dalam yang menjalankan proses pemunggahan kargo di tengah laut?
Jawaharlal
Singapura
Hong Kong
Tokyo
Apakah maksud pemanasan global?
Gejala gangguan iklim akibat perubahan tekanan udara
Suhu atmosfera bumi meningkat secara berterusan
Permukaan bumi terlindung daripada cahaya matahari
Keadaan zarah-zarah terampai di atmosfera
Apakah faktor semula jadi yang menyebabkan pemanasan global?
Pembakaran terbuka
Penyahutanan
Letusan gunung berapi
Aktiviti pertanian
Antara berikut, yang manakah merupakan produk teknologi hijau?
Bekas polisterin
Tin aluminium
Plastik sampah
plastik biodegradasi
Berdasarkan Peta, yang manakah merupakan arah tiupan angin X selepas merentasi Garisan Khatulistiwa?
Apakah kepentingan teknologi dalam rajah tersebut terhadap alam sekitar?
Memajukan ekonomi negara
Meningkatkan suhu setempat
Memperbaiki tahap kualiti udara
Menambahkan penggunaan bahan api fosil
Berdasarkan pernyataan berikut, mengapakah Malaysia berpotensi membangunkan industri tersebut?
· Industri fotovolta
· Panel solar
Jumlah hujan melebihi 2600 mm
Pancaran matahari 6 jam sehari
Pengaruh pergerakan angin monsun
Min suhu tahunan hampir sekata
Bagaimanakah amalan berkonsepkan teknologi hijau memberi kesan kepada kualiti hidup manusia?
Menambahkan kos sara hidup
Meningkatkan Indeks Pencemaran Udara
Menjamin kesihatan dan keselesaan masyarakat
Memastikan bekalan barangan berterusan
Apakah yang di maksudkan dengan skala?
Setiap bahagian skala mewakili jarak sebenar di atas permukaan bumi
Jarak yang dinyatakan dalam unit meter dan kilometer
Nisbah jarak di atas peta berbanding dengan jarak sebenar di permukaan bumi
Ukuran jauh di antara satu tempat dengan tempat yang lain
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan jarak mutlak
Dinilai dalam kos
Disebut dalam kilometer
Jarak bermula dengan nilai 0°
Menentukan keluasan kawasan
Aina
berbasikal ke sekolah sejauh 8 km. Dia mengambil masa 5 minit bagi
setiap kilometer. Pukul berapakah Aina
akan sampai jika dia bertolak dari rumah jam 6.30 pagi?
6.50 pagi
7.10 pagi
7.30 pagi
7.45 pagi
Rujukan Grid 4 angka sesuai digunakan untuk menentukan kedudukan
Masjid
Sekolah
Rumah Api
Kawasan Petempatan
Antara yang berikut, manakah ciri-ciri garisan utaraan
Dilukis secara menegak
Kedudukan sesuatu tempat
Nilai semakin bertambah ke utara
Garisan yang digunakan untuk menentukan arah
Bagaimanakah kemudahan asas dibezakan dalam sebuah peta topografi
Garisan
Simbol
Warna
Skala
Antara yang berikut, yang manakah kepentingan saliran kepada penduduk di kawasan pedalaman
Pertanian
Air domestik
Membina petempatan
Menjana kuasa hidroelektrik
Antara yang berikut, manakah dapat dikaitkan dengan pergerakan bumi?
Bumi berputar dari barat ke timur
Satu peredaran bumi mengambil masa 24 jam
Bumi beredar mengikut pusingan jam
Bumi berputar pada kecondongan paksi 66 ½°
Apakah kesan putaran bumi pada paksinya?
Gerhana bulan
Kejadian empat musim
Berlakunya siang dan malam
Kutub utara mengalami 24 jam siang
Apakah faktor yang mempengaruhi kejadian pasang surut?
Isipadu air laut
Kekuatan tiupan angin di laut
Kedudukan bumi
Tarikan graviti bumi dengan bulan
Antara berikut, yang manakah benar tentang ekuinoks musim bunga dan ekuinoks musim luruh?
Matahari tengah hari berada di Garisan Sartan
Hemisfera selatan mengalami musim panas
Siang lebih panjang daripada malam
Siang dan malam sama panjang
Antara berikut, pernyataan yang manakah boleh dikaitkan dengan solstis musim panas?
Hemisfera selatan mengalami musim panas
Berlaku pada 23 September
Matahari tengah malam di Kutub Utara
Matahari tengah hari tepat di Garisan Jadi
Antara
yang berikut manakah kawasan yang mempunyai suhu 18°c hingga 21°c untuk
kegiatan pertanian hawa sederhana
Kapit
Genting Highland
Kundasang
Sri Aman
Kesan rumah hijau yang dapat dilihat pada masa sekarang ialah
Suhu semakin meningkat
Suhu bumi semakin rendah
Hujan turun bertambah lebat
Tiupan angin bertambah kencang
Apakah
kesan kejadian jerebu terhadap manusia?
Strok haba
Kanser kulit
Jarak penglihatan terhad
Sistem imunisasi badan terjejas
Apakah kejadian yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas?
Hujan perolakan
Angin Monsun Timur Laut
Bayu Darat
Bayu Laut
Mengapakah aktiviti perikanan tidak dapat dijalankan sepanjang tahun di kawasan pantai timur?
Kejadian El-nino
Tiupan angin mosun barat daya
Tiupan angin sumatera
Ombak bergelora
Apakah jenis hujan yang terbentuk apabila hujan turun pada waktu petang serta terdapat kilat?
hujan panas
hujan relief
hujan perolakan
hujan bukit
Bilakah angin mosun barat daya bertiup?
April – Mei
Mei – September
November – Mac
Jun – Ogos
Apakah fenomena menunjukkan kedudukan matahari, bumi dan bulan dalam kedudukan sebaris
Gerhana Bulan
Gerhana purnama
Gerhana matahari
Gerhana penuh
- Musim panas di hemisfera selatan
- Malam lebih panjang di hemisfera utara
- 24 Jam malam di Kutub Utara.
Pada musim apakah yang dikaitkan dengan pernyataan tersebut
Ekuinoks Musim Bunga
Ekuinoks Musim Luruh
Solstis Musim Panas
Solstis Musim Sejuk
Antara berikut, yang manakah merupakan punca kejadian hujan asid?
Pembakaran sampah
Penggunaan baja organik
Penggunaan racun tikus
Pembebasan asap kilang
Berapakah zon waktu yang terdapat di bumi
12
24
18
36
Apakah faktor perbezaan cuaca dan iklim bagi kawasan berikut: (Pulau Langkawi) & (Cameron Highland)
Bentuk muka bumi
Jumlah hujan tahunan
Jenis iklim yang berbeza
Pancaran matahari setiap hari
Apakah jenis tenaga yang boleh menggantikan tenaga bahan api fosil untuk kenderaan
Tenaga angin
Tenaga suria
Tenaga ombak
Tenaga hidroelektrik
Apakah faktor yang menyebabkan terbentuknya kawasan lindungan hujan
Halangan tanah tinggi
Pengaruh garisan lintang
Proses pemeluwapan
Hujan lebat sepanjang tahun
Antara berikut, negara manakah yang mengalami iklim Mediterranean
Oman
India
Taiwan
Lubnan
Apakah iklim yang terletak di garisan lintang 30°U hingga 45°U
Iklim Tundra
Iklim khatulistiwa
Iklim China
Iklim monsun tropika
Apakah kegiatan ekonomi yang sesuai dilakukan di kawasan berikut. - Arus sejuk dan arus panas
Pertanian
Perlombongan
Pelancongan
Perikanan
Antara yang berikut, manakah yang benar tentang Lapangan Terbang Antarabangsa Changi?
Lapangan tersibuk di dunia
Menawarkan perkhidmatan terbaik di dunia
Mengendalikan kargo udara di Lautan Pasifik
Hub penerbangan antarabangsa di utara benua Asia
Apakah sumber yang sesuai digunakan di kawasan pertanian supaya alam sekitar tidak tercemar
Baja organik
Racun Serangga
Biji benih yang dikitar semula
Baja rumpai
