wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PeKAT KIBLAH Bahasa Melayu - Tingkatan 3

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Pemancing itu ____________ kailnya apabila umpan kailnya diragut oleh ikan.

a)

menarik

b)

menegang

c)

memintal

d)

menyentak

2.

Peserta acara lompat pagar itu _____________ untuk memenangi tempat pertama.

a)

tolak-menolak

b)

kejar-mengejar

c)

asak-mengasak

d)

tangkis-menangkis

3.

Ayat ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, pilih salah satu jawapan yang sudah digariskan. Jika tiada sebarang kesalahan, sila piih tiada kesalahan dalam pilihan jawapan.


Saban hari, media massa sama ada media cetak ataupun media elektronik sering menguar-uarkan masalah gejala sosial di dalam kalangan remaja. Tiada kesalahan.

a)

sama ada

b)

ataupun

c)

di dalam

d)

tiada kesalahan

4.

Ayat ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, pilih salah satu jawapan yang sudah digariskan. Jika tiada sebarang kesalahan, sila piih tiada kesalahan dalam pilihan jawapan.


Kerja-kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses penanaman cerucuk dimulakan. Tiada kesalahan

a)

pembersihan

b)

pembinaan

c)

penanaman

d)

Tiada kesalahan

5.

Sultan Muazzam Shah _______________ agar kawalan keselamatan di perairan negara diperketatkan.

a)

berkata

b)

bertitah

c)

bersabda

d)

berfirman

6.

Permaisuri Cempaka Biru menjadi _______________ apabila mengetahui putera baginda gering.

a)

gundah gulana

b)

riang gembira

c)

suka duka

d)

tertawan rasa

7.

______________ istana sibuk menyiapkan persalinan permaisuri Zubaidah di kamar.

a)

Permaisuri

b)

Pawang

c)

Hulubalang

d)

Dayang

8.

Dalam istiadat itu, Raja Muda telah _______________ sepersalinan pakaian kebesaran kepada Datuk Laksamana Hang Nadim.

a)

menobatkan

b)

mengisytiharkan

c)

menganugerahkan

d)

mencanangkan

9.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau paling hampir dengan ayat yang berikut.


Penggunaan komputer lebih banyak membawa kesan baik daripada kesan buruk kepada manusia.

a)

Penggunaan komputer yang banyak telah mengakibatkan manusia menerima kesan baik dan buruk.

b)

Dengan penggunaan komputer yang banyak, manusia menerima kesan baik dan buruk.

c)

Manusia menerima kesan baik yang lebih banyak daripada kesan buruk dalam penggunaan komputer.

d)

Lebih banyak manusia menerima kesan baik daripada kesan buruk apabila menggunakan komputer.

10.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau paling hampir dengan ayat yang berikut.


Penduduk Taman Sentosa membantah pembinaan tapak pelupusan sampah yang berhampiran dengan kawasan kediaman mereka.

a)

Penduduk Taman Sentosa membuat bantahan berhampiran dengan tapak pelupusan sampah di kawasan kediaman mereka.

b)

Pembinaan tapak pelupusan sampah dibantah oleh penduduk berhampiran dengan Taman Sentosa.

c)

Pembinaan tapak pelupusan sampah oleh penduduk itu dibantah kerana terletak berhampiran dengan Taman Sentosa.

d)

Pembinaan tapak pelupusan sampah yang berhampiran dengan kawasan kediaman mendapat bantahan daripada penduduk Taman Sentosa.

11.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau paling hampir dengan ayat yang berikut.


Encik Nazlan berkata, "Aina, janganlah boros semasa berbelanja kerana keluarga kita bukannya orang senang".

a)

Aina diminta berjimat cermat oleh Encik Nazlan kerana keluarganya bukan orang senang.

b)

Aina mendengar nasihat Encik Mazli supaya berjimat cermat semasa berbelanja memandangkan kesusahan yang dialami oleh keluarga mereka.

c)

Encik Nazlan menasihati Aina agar tidak boros dalam berbelanja kerana keluarga mereka susah.

d)

Encik Nazlan mengarahkan Aina agar berjimat cermat semasa berbelanja kerana keluarga mereka susah.

12.

Maksud yang sesuai bagi peribahasa "daripada cempedak baiklah nangka" ialah

a)

sukar membuat pilihan yang terbaik.

b)

lebih baik ada daripada tiada langsung.

c)

jika tidak ada yang baik, yang kurang baik pun berguna juga.

d)

jika hidup mendapat celaan, lebih baik mati daripada mendapat pujian.

13.

Peribahasa yang berikut berkaitan dengan sikap seseorang yang melakukan pekerjaan hingga selesai, kecuali...

a)

alang-alang berdakwat biar hitam.

b)

alang-alang mandi, biar sampai basah.

c)

sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.

d)

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

14.

Sesuatu perkara yang telah selesai tetapi masih menjadi perbualan orang diumpamakan seperti ...

a)

duduk dalam duri.

b)

wau melawan angin.

c)

aur ditarik songsang.

d)

api padam, puntung berasap.

15.

Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan peristiwa dalam gambar di atas ialah...

a)

bagai aur dengan tebing

b)

seperti cincin dengan permata

c)

umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak

d)

bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

16.

Kaum belia di kampung itu berhijrah dan bekerja di bandar yang menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan.


Situasi di atas bersesuaian dengan peribahasa

a)

ada gula ada semut

b)

nasi sudah menjadi bubur

c)

ikut hati mati, ikut rasa binasa

d)

sediakan payung sebelum hujan.

17.

Bagai melepaskan anjing tersepit.


Peribahasa ini memberikan pengajaran kepada kita supaya

a)

jangan sekali-kali menyinggung perasaan atau menyakiti orang lain.

b)

sentiasa memberi nasihat yang baik kepada orang yang memerlukan.

c)

sentiasa berhati-hati ketika hendak memberikan pertolongan kepada orang lain.

d)

mengenal pasti orang yang memberikan bantuan supaya budinya dapat dibalas.

18.

Hasnul hanya memberikan ideanya kepada Dani. Keputusan akhirnya nanti bergantung kepada Dani sendiri. Bak kata pepatah

a)

tepuk dada tanya selera.

b)

adat juara menang kalah.

c)

pipit hendak menjadi enggang.

d)

lembu punya susu, sapi dapat nama.

19.

Peribahasa yang berikut berkaitan dengan semangat kerjasama, kecuali

a)

ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

b)

hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah.

c)

kalah jadi abu, menang jadi arang.

d)

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

20.

Tema Syair Burung Nuri adalah

a)

nasihat mengenai sopan dan adat dalam kehidupan

b)

nasihat mengenai adab dan adat dalam `kehidupan seharian

c)

nasihat mengenai adab dan adat dalam kehidupan

d)

nasihat mengenai hormat dan adat dalam kehidupan

21.

Berikut merupakan persoalan dalam Syair Burung Nuri kecuali:

a)

persoalan sikap berdikari di perantauan

b)

persoalan sikap kerasionalan dalam kehidupan

c)

persoalan sikap hemah tinggi dalam kehidupan seharian

22.

Berikut merupakan nilai murni dalam Syair Burung Nuri kecuali:

a)

rasional

b)

hemah tinggi

c)

berdikari

23.

Berikut merupakan pengajaran dalam syair ini kecuali:

a)

kita perlulah berdikari apabila berada di perantauan

b)

kita hendaklah bersikap hemah tinggi dalam kehidupan seharian

c)

kita perlulah rasional dalam tindakan

24.

Apakah yang diidam oleh isteri Si Miskin dalam Prosa Tradisional, Bahagia Sesudah Derita?

a)

Mempelam dan nangka

b)

Mangga dan pisang

c)

Mempelam dan cempedak

d)

Nangka dan pisang

25.

Apakah yang ditemui oleh Si Miskin dan isteri di tempat pembuangan sampah?

a)

Sebiji ketupat

b)

Tebu

c)

Sebuku Roti

d)

Sebiji ketupat dan tebu

26.

Setelah menjadi raja Si Miskin menggunakan gelaran

a)

Maharaja Indera Angkasa

b)

Maharaja Indera Dewi

c)

Maharaja Indera Pura

d)

Maharaja Indera Paduka

27.

Selepas menjadi kaya, isteri Si Miskin digelar .....

a)

Tuan Puteri Ratna Dewi

b)

Tuan Puteri Ratna Kesuma

c)

Tuan Puteri Ratna Sari

d)

Tuan Puteri Kesuma Sari

28.

Berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam novel Tawanan Komander Caucasus kecuali :

a)

Persoalan tentang kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak

b)

Persoalan tentang kepatuhan dan kesetiaan pengikut terhadap ketua

c)

Persoalan tentang kebijaksanaan tentang merancang masa depan.

d)

Persoalan tentang tanggungjawab murid dalam menyempurnakan tugasan

29.
Manakah yang berikut merupakan watak utama dalam novel Tawanan Komander Caucasus?
a)
Haikal
b)
Farhani
c)
Kim Yong
d)
Wei
30.
Bahagian klimaks cerita novel Tawanan Komander Caucasus ialah :
a)
Haikal, Devnath dan Wei telah ditangkap sekali lagi dan ditawan oleh tentera Komander Caucasus
b)
Farhani tersilap melangkah masuk ke alam dimensi kumbang
c)
Bara dan Dara Bintik telah membawa Farhani dan Kim Yong menghadap Puteri Coleoptera
d)
Puteri Coleoptera telah ditabalkan menjadi pemerintah kerajaan kumbang yang baharu
31.

Dalam ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Semua penghuni asrama samada perempuan mahupun lelaki dikehendaki berkumpul di dataran untuk sesi taklimat.

(a)  

32.

Dalam ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Kamus dwi-bahasa sangat sesuai untuk kegunaan segenap lapisan masyarakat.

(a)  

33.

Dalam ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Neelofa tidak pernah lupa menyapu losyen pada kulitnya untuk memastikan kelembapan kulitnya sentiasa terpelihara.

(a)  

34.

Dalam ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan bahasa yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Kebanyakan nelayan-nelayan tidak pergi ke laut pada musim tengkujuh.

(a)  

35.

Dalam ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan bahasa yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


"Patik menjunjung kasih kerana tuanku dapat hadir ke majlis jamuan diraja ini," sembah juruacara itu.

(a)  

36.

Dalam ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan bahasa yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Tujuan mesyuarat itu diadakan ialah untuk membincangkan program Hari Kantin yang akan diadakan pada minggu hadapan.

(a)  

37.

Terdapat satu kesalahan penggunaan bahasa atau istilah atau imbuhan. Sila berikan jawapan yang betul di ruangan kosong yang disediakan.


Mawi selalu menasihatkan kawan-kawannya agar tabah dalam menghadapi cabaran hidup tetapi ketika musibah menimpa dirinya, dia tidak dapat menanggungnya.

(a)  

38.

Terdapat satu kesalahan penggunaan bahasa atau istilah atau imbuhan. Sila berikan jawapan yang betul di ruangan kosong yang disediakan.


Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengenengahkan moto yang berteraskan perpaduan belia se-Malaysia

(a)  

39.

Terdapat satu kesalahan penggunaan bahasa atau istilah atau imbuhan. Sila berikan jawapan yang betul di ruangan kosong yang disediakan.


Orang awam tidak dibenarkan masuk ke pusat pembinaan projek itu atas sebab-sebab keselamatan

(a)  

40.

Terdapat satu kesalahan penggunaan bahasa atau istilah atau imbuhan. Sila berikan jawapan yang betul di ruangan kosong yang disediakan.


Kejadian gempa bumi yang meranapkan tapak sejarah di kota itu telah menggegarkan masyarakat dunia

(a)