wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Tahun 6 - Interaksi Antara Hidupan

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan persaingan antara haiwan?

a)

Hubungan yang berlaku antara haiwan untuk mendapatkan keperluan asas yang sama.

b)

Hubungan yang berlaku antara haiwan untuk mendapatkan keperluan asas yang terhad.

c)

Hubungan yang berlaku dalam intraspesies dan interspesies bagi memperolehi keperluan asas.

d)

Hubungan yang berlaku dalam intraspesies dan interspesies bagi memperolehi keperluan asas yang terhad.

2.
ANTARA KEPERLUAN ASAS YANG DIPERSAINGKAN OLEH TUMBUHAN IALAH SEPERTI BERIKUT KECUALI...
a)
AIR
b)
CAHAYA MATAHARI
c)
MAKANAN
d)
RUANG
3.

Apakah maksud SIMBIOSIS?

a)

Perhubungan aktif antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain

b)

Hubungan rapat antara dua atau lebih haiwan yang saling memberi manfaat antara satu sama lain

c)

Interaksi spesies yang berlainan

d)

Interaksi spesies yang sama

4.

Apakah maksud MUTUALISME?

a)

Perhubungan aktif antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain

b)

Hubungan rapat antara dua atau lebih haiwan yang saling memberi manfaat antara satu sama lain

c)

Interaksi spesies yang berlainan

d)

Interaksi yang membawa manfaat kepada kedua-dua haiwan

5.

Apakah maksud PARASITISME?

a)

Interaksi yang hanya memberi manfaat kepada satu spesies tetapi satu spesies lagi tidak mendapat sebarang manfaat mahupun kesan buruk

b)

Interaksi yang memberi manfaat sebelah pihak sahaja dan merugikansatu pihak yang lain

c)

Interaksi spesies yang berlainan

d)

Interaksi yang membawa manfaat kepada kedua-dua haiwan

6.

Apakah maksud KOMENSALISME?

a)

Interaksi yang hanya memberi manfaat kepada satu spesies tetapi satu spesies lagi tidak mendapat sebarang manfaat mahupun kesan buruk

b)

Hubungan rapat antara dua atau lebih haiwan yang saling memberi manfaat antara satu sama lain

c)

Interaksi spesies yang berlainan

d)

Interaksi yang membawa manfaat kepada kedua-dua haiwan

7.

Pilih sebab mengapa seekor beruang panda perlu hidup bersendiri.

a)

Memerlukan jumlah makanan yang sangat banyak.

b)

Perlu berkongsi makanan dengan beruang panda yang lain.

c)

Mudah mendapatkan pasangan dalam musim mengawan.

8.

Pilih contoh interaksi komensalisme.

a)
b)
c)
9.

Pilih ciri-ciri parasitisme.

a)

Hidupan yang terlibat kedua-duanya kerugian.

b)

Kedua-dua pihak mendapat manfaat.

c)

Satu hidupan mendapat faedah, hidupan yang ditumpangi kerugian.

10.

Kaji gambar dahan pokok di atas.

Apakah jenis interaksi yang ditunjukkan?

a)

Mutualisme

b)

Parasitisme

c)

Komensalisme

11.

Kaji gambar di atas.

Apakah sebab yang paling mungkin untuk interaksi di atas berlaku?

a)

Pokok getah perlukan air daripada paku langsuyar.

b)

Paku langsuyar boleh mendapatkan cahaya.

c)

Paku langsuyar bergerak balas tehadap udara.

12.

Ikan remora sering dilihat mengikuti ikan jerung. Ia mendapatkan makanan daripada sisa makanan oleh jerung. Apakah bentuk interaksi tersebut.

a)

Komensalisme

b)

Mutualisme

c)

Parasitisme

13.

Burung gembala memakan kutu dan sengkenit pada badan kerbau. Bentuk interaksi ini ialah

a)

Komensalisme

b)

Parasitisme

c)

Mutualisme

14.

Manakah antara yang berikut bukan faktor interaksi antara tumbuhan?

a)

Nutrien

b)

Air

c)

Udara

d)

Cahaya matahari

e)

Ruang

15.

Pokok Tanduk Rusa tumbuh menumpang pada pokok lain untuk terus hidup, namun pokok perumah tetap hidup subur. Apakah jenis interaksi antara tumbuhan ini?

a)

Komensalisme

b)

Parasitisme

c)

Mutualisme