Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

QUIZ 2 ASK TG3 : SEARCH

Total questions: 21

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Search ialah:

a)

proses mengisih atau menyusun item-item dalam suatu senarai linear mengikut urutan tertentu

b)

suatu proses untuk mendapatkan suatu item tertentu yang terkandung dalam satu senarai

2.

Tandakan jenis-jenis search.

a)

binary search

b)

bubble sort

c)

bucket sort

d)

linear search

3.

Carian akan bermula dengan item pertama yang terdapat dalam senarai. Jika item pertama bukan item dikehendaki, caarian akan diteruskan dengan item kedua.


Pernyataan di atas merujuk kepada:

a)

binary search

b)

linear search

4.

Item-item dalam senarai perlu diisih dalam urutan menaik. Kemudian, item yang berada di tengah senarai akan disemak.


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

binary search

b)

linear search

5.

Merujuk rajah di atas, berapa kali perbandingan atau iterasi yang perlu dibuat untuk mencari angka 5?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

6.

Merujuk rajah di atas, berapa kali perbandingan atau iterasi yang perlu dibuat untuk mencari angka 5?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

7.

Algoritma sangat penting dalam pembangunan atur cara. Pernyataan yang manakah berkaitan dengan algoritma?

a)

salah satu teknik penyelesaian masalah yang membantu pengguna mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

b)

satu siri tindakan yang jelas yang perlu dilaksanakan untuk mendapatkan output yang dikehendaki

c)

salah satu bahasa pengaturcaraan untuk membantu pengaturcara membangunkan sistem komputer

d)

salah satu struktur kawalan yang membantu pengatur cara membangunkan aturcara dengan baik

8.

Yang manakah antara berikut yang digunakan bagi mewakili algoritma?

a)

teknik semakan meja

b)

teknik pengecaman corak

c)

perwakilan data

d)

pseudokod

9.

Pembangunan algoritma merupakan salah satu teknik _____________ yang melibatkan pembinaan langkah-langkah bagi menyelesaikan masalah.

a)

leraian

b)

pengecaman corak

c)

peniskalaan

d)

pengitlakan

10.

Yang manakah antara berikut merupakan faedah daripada pembangunan algoritma?

a)

menjadikan panduan kepada pengguna menggunakan atur cara yang dibangunkan

b)

membantu pengatur cara membaiki atur cara setelah mengesan ralat ketika proses pengujian dilakukan

c)

memastikan maklumat yang dihantar melalui rangkaian komputer selamat dan tidak diakses oleh orang lain

d)

membantu pengurusan maklumat agar lebih sistematik dan tersusun bagi memudahkan capaian data

11.

Antara berikut, yang manakah boleh dikaitkan dengan Algoritma Search?

a)

proses capaian item tertentu yang terkandung dalam satu senarai

b)

proses menyusun item-item dalam satu senarai mengikut urutan tertentu

c)

teknik yang digunakan untuk mengesan ralat dalam pembangunan atur cara

d)

teknik penyamaran demi menjaga kerahsiaan dan keselamatan sesuatu data

12.

"Satu teknik yang digunakan untuk mendapatkan item dengan membandingkan item pertama dengan kedua dan diteruskan sehingga item yang dikehendaki diperolehi."

Teknik tersebut merujuk kepada

a)

Bubble Sort

b)

Bucket Sort

c)

Linear Search

d)

Binary Search

13.

"Teknik ini sesuai digunakan untuk pencaraian data yang banyak dan menjimatkan masa kerana tidak perlu menyemak setiap item satu persatu."

Yang manakah antara berikut merujuk kepada pernyataan tersebut?

a)

Linear Search

b)

Binary Search

c)

Bubble Sort

d)

Bucket Sort

14.

Antara situasi berikut, yang manakah boleh dikaitkan dengan Linear Search?

a)

Seorang pelajar menggunakan kamus untuk mencari maksud beberapa perkataan yang diberikan oleh gurunya.

b)

Shadira mencari nombor telefon kawannya dengan menggunakan Buku Panduan Telefon.

c)

Seorang guru ingin mengetahui nama peserta yang mendapat tempat pertama hingga ke-3 berdasarkan borang pemarkahan yang diserahkan selesai pertandingan.

d)

Seorang pelajar mencari satu artikel yang berkaitan dengan tugasannya di sebuah perpustakaan awam.

15.

Langkah-langkah yang terlibat dalam pencarian satu nombor menggunakan binary search ialah

a)

Meletakkan indeks pada setiap item

b)

Membandingkan item pertama dengan kedua dan seterusnya

c)

Membandingkan item pertengahan dalam senarai dengan item yang dicari

d)

Mengenal pasti item pertengahan dalam senarai nombor yang diberikan

16.

Yang manakah pernyataan yang betul berkaitan dengan Binary Search?

a)

Jika didapati item dicari lebih kecil daripada item pertengahan, maka item pertengahan dan semua item sebelah kanan diabaikan

b)

Jika didapati item dicari lebih kecil daripada item pertengahan, maka item pertengahan dan semua item sebelah kiri diabaikan

c)

Jika didapati item dicari lebih besar daripada item pertengahan, maka item pertengahan dan semua item sebelah kanan diabaikan

d)

Jika didapati item dicari lebih besar daripada item pertengahan, maka item pertengahan dan semua item sebelah kiri diabaikan

17.

Antara berikut yang manakah kelebihan penggunaan Linear Search berbanding Binary Search?

a)

sesuai untuk senarai item yang sedikit

b)

pencarian satu demi satu sehingga item dicari diperolehi

c)

tiada isihan mengikut urutan menaik atau pun menurun

d)

perbandaingan item yang dicari dengan item pertengahan dalam senarai

18.

Antara berikut, yang manakah formula untuk mencari item pertengahan?

a)

Indeks terkecil * Indeks terbesar / 2

b)

(Indeks terkecil * Indeks terbesar ) / 2

c)

Indeks terkecil + Indeks terbesar / 2

d)

(Indeks terkecil + Indeks terbesar ) / 2

19.

Dalam Binary Search, apakah yang perlu dilakukan jika didapati item diuji lebih besar daripada item dicari?

a)

Mid + 1

b)

Mid -1

c)

Item pertengahan dan item-item sebelah kanan diabaikan

d)

Item pertengahan dan item-item sebelah kiri diabaikan

20.

Indeks dalam sesuatu senarai merujuk kepada ____________________________________ dan ianya bermula dengan ____ .

a)

item pertengahan dalam senarai item

b)

penentu kedudukan bagi setiap item dalam senarai

c)

1

d)

0

21.

Dalam Binary Search, titik pertengahan yang menghasilkan nombor perpuluhan akan dibaca sebagai _______________________ . Contohnya 2.6, komputer akan membaca nilai item di indeks _____ .

a)

nombor bulat terkecil bagi indeks tersebut........

b)

nombor bulat terbesar bagi indeks tersebut

c)

2

d)

3