NEW
Font size
WorksheetsLatih Tubi Tatabahasa 6 (UPSR)
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
"Sejak semalam ______ menunggu kedatangan datuk," kata Aini dan Amirah sebaik-baik sahaja datuk mereka sampai di rumah.
saya
kita
kami
kalian
Kebanyakan nelayan tidak turun ke laut pada musim tengkujuh tetapi mereka sibuk _____ jala yang koyak.
menjahit
menyirat
menyulam
menganyam
Kapak yang diasah oleh ayah menjadi sangat ______ kerana ayah ingin menggunakannya untuk menebang pokok di tepi pagar rumah.
tajam
tumpul
runcing
bersih
Wajah budak perempuan itu ______ dengan anaknya yang telah menghilangkan diri sejak 10 tahun yang lalu.
sesuai
serasi
sepadan
seiras
Akilah berasa ______ sepanjang tinggal di rumah keluarga angkatnya ketika menyertai Program Pertukaran Murid itu.
bangga
tenang
selesa
geram
Kedua-dua telapak tangan Fatini menjadi ______ semenjak dia mengambil alih tugas ibu dan ayah untuk mengerjakan sawah mereka.
pucat
licin
gebu
kasar
Hanya ______ murid Tahun Enam Terra yang menghadiri kelas dalam talian sepanjang perintah kawalan pergerakan diadakan.
semua
seluruh
sepertiga
sesetengah
Fikiran Encik Hakimi menjadi ______ apabila memikirkan pelbagai masalah yang berlaku dalam syarikatnya.
kusut-masai
simpang-siur
bolak-balik
lintang-pukang
Ekspedisi mendaki Gunung Kinabali itu akan diketuai oleh seorang _______ gunung yang mempunyai pengalaman mendaki gunung selama 15 tahun.
guru
malim
juragan
doktor
Pelayan restoran sedang _______ makanan kepada pelanggan yang telah membuat tempahan makanan.
menaburkan
menghiaskan
mengangkat
menghidangkan
Puan Suhana begitu _______ dalam menghadapi pelbagai dugaan bersama anak-anaknya selepas kematian suaminya akibat kemalangan.
mantap
keras
gigih
tabah
Ahmad Hazwan menjadi hero dalam perlawanan bola sepak Liga Malaysia 2015 _______ membawa kemenangan kepada negeri Selangor.
lalu
apabila
melainkan
walaupun
Beberapa orang penyelam menyelam ke _______ sungai untuk mencari mangsa-mangsa mati lemas akibat kemalangan feri pada awal pagi semalam.
atas
dasar
tepi
tebing
Bendahara memberitahu pengawal,"________ akan tiba senentar lagi. Kita mesti bersedia."
Tuanku
Beta
Baginda
Patik
Kerani itu menjadi _________ apabila disogok dengan wang yang beribu-ribu ringgit oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
gelap mata
rambang mata
lintah darat
wang saku
Para pekerja syarikat itu _________ apabila syarikat tempat mereka bekerja mengalami kerugian selama beberapa tahun berturut-turut.
bagai abu di atas tunggul
bagai bulan jatuh ke riba
bagai tikus jatuh ke beras
bagai kacang lupakan kulit
Betul atau salah?
Rozi menjahit manik-manik itu dengan manis.
BETUL
SALAH
Betul atau salah?
Manis sungguh senyuman Nadia.
BETUL
SALAH
Betul atau salah?
Beberapa ekor kambing sedang melulur rumput di padang.
BETUL
SALAH
Betul atau salah?
Pelayan itu mencatat pesanan pelanggannya.
BETUL
SALAH
Betul atau salah?
Cuaca pada pagi ini cerah sekali.
BETUL
SALAH
Betul atau salah?
Harga ikan pari itu paling mahal sekali.
BETUL
SALAH
Betul atau salah?
Pembonceng motosikal itu disaman oleh polis kerana memandu dengan laju.
BETUL
SALAH
______ kuat harimau di dalam kandang itu telah menyebabkan para pengunjung terkejut.
Tangisan
Siulan
Salakan
Ngauman
Kita perlulah mengamalkan sikap bersederhana dalam kehidupan. Oleh yang demikian, apabila hendak membeli sesuatu benda, kita perlulah mengikut kemampuan kita.
Peribahasa yang sesuai pernyataan situasi di atas ialah
tepuk dada tanya selera
besar kuali besarlah keraknya
ukur baju di badan sendiri
malu bertanya sesat jalan.
