wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PERIBAHASA

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Walaupun suaranya sumbang, dia __________ hati hendak jadi penyanyi.

a)

ada hati

b)

ada jalan

c)

isi hati

d)

ambil hati

2.

Setelah penat berlatih, mereka berehat seketika untuk _______.

a)

makan angin

b)

makan suap

c)

ambil angin

d)

ambil hati

3.

Dia _________, apa-apa sahaja yang dimintanya semuanya dapat.

a)

anak tunggal

b)

anak emas

c)

anak angkat

d)

anak pungut

4.

_________ Syafik berubah apabula dituduh mencuri.

a)

Ada muka

b)

Isi hati

c)

Air muka

d)

Air mata

5.

Pasangan pengantin itu sama cantik dan sama padan, _____________.

a)

seperti isi dengan kuku

b)

seperti aur dengan tebing

c)

seperti bulan di pagar bintang

d)

seperti cincin dengan permata

6.

Salim dan adiknya selalu bergaduh, mereka ______________.

a)

bagai api dalam sekam

b)

bagai gunting dalam lipatan

c)

bagai anjing dengan kucing

d)

bagai anjing menyalak bukit

7.

Karim dan Siva sentiasa bersama-sama tidak kira di sekolah ataupun di rumah. Sikap mereka itu ________________.

a)

seperti belangkas

b)

seperti bertih digoreng

c)

bagai isi dengan kuku

d)

bagai cincin dengan permata

8.

Farid _________ sejak dia menjadi buruan pihak polis.

a)

seperti ular kena palu

b)

seperti cacing kepanasan

c)

seperti embun di atas daun

d)

seperti kera mendapat bunga

9.

Setelah berjaya dalam beberapa pertandingan, Aziz mula _________.

a)

ada hati

b)

ambil hati

c)

keras kepala

d)

besar kepala

10.

Sudah puas Puan Halimah menasihati anaknya, Zul agar rajin belajar, namun tidak diendahkan oleh Zul _____________.

a)

seperti kaca jatuh terhempas

b)

seperti anjing menyalak bukit

c)

seperti mencurah air ke daun keladi

d)

seperti tikus membaiki labu

11.

Tahap pendidikan antara Encik Tan dan Encik Lim sangat jauh berbeza ____________.

a)

seperti langit dengan bumi

b)

seperti isi dengan kuku

c)

seperti duri dalam daging

d)

seperti ular kena palu

12.

Kedudukan Encik Tarmizi di syarikat itu _________ kerana bila-bila masa sahaja dia boleh diberhentikan.

a)

seperti duri dalam daging

b)

seperti nyawa-nyawa ikan

c)

seperti abu atas tunggul

d)

seperti retak menanti belah

13.

Sikap azmi yang kagum melihat bangunan-bangunan tinggi di Kuala Lumpur ___________.

a)

seperti rusa masuk kampung

b)

seperti telur di hujung tanduk

c)

seperti si buta kehilangan tongkat

d)

seperti katak bawah tempurung

14.

Maria berasa _________ apabila Tony sanggup membantunya.

a)

ada gula ada semut

b)

alah bisa tegal biasa

c)

ada udang di sebalik batu

d)

alah membeli menang memakai

15.

Azhar sering diejk oleh rakan-rakannya kerana tulisannya yang __________.

a)

buta huruf

b)

cakar ayam

c)

kaki ayam

d)

kaki bangku

16.

Diluah mati ____________, ditelan mati_____________

a)

kakak, abang

b)

adik,kakak

c)

emak,bapak

d)

datuk,nenek

17.

bagai____________pulang ke ganggang

a)

melukut

b)

sirih

c)

daun

d)

si tanggang

18.

seperti itik pulang ________________

maksud: berjalan sangat lambat dan berlenggang

a)

subuh

b)

tengah malam

c)

ke sarang

d)

petang

19.

berikan maksud peribahasa

`seperti bulan di pagari bintang`

a)

sangat cantik

b)

terlalu tinggi

c)

sopan

d)

pemalu

20.

ibarat pungguk rindukan bulan

a)

burung terbang pulang ke sarang

b)

ibu yang kehilangan anak

c)

merindukan seseorang yang jauh

d)

gerhana bulan

21.

melentur ____________ biarlah dari rebungnya

a)

papan

b)

kayu

c)

besi

d)

buluh

22.

air yang tenang jangan di sangka tiada buaya

a)

bahaya yang tidak diketahui

b)

orang yang suka berahsia

c)

jalan yang tidak selamat

d)

tidak dipedulikan

23.

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat _______nya


Maksud; jika berusaha bersungguh-sungguh kita pasti akan berjaya

a)

tepung

b)

gula

c)

sagu

d)

madu

24.

BAGAI TIKUS MEMBAIKI LABU

a)

semakin diperbaiki semakin rosak

b)

kelaparan

c)

orang yang suka membuat kotor

d)

kesuasahan hidup sehingga memaksa meminta-minta

25.

bagai menatang minyak yang penuh

a)

dijaga dengan penuh kasih sayang

b)

tidak disukai

c)

terlalu penuh sehingga tumpah

d)

jauh

26.

Ahmad dan Kumar merupakan sahabat karib sejak kecil dan mereka sering bekerjasama dalam apa jua situasi.

a)

Bagai aur dengan tebing

b)

Tepuk dada Tanya selera

c)

Sediakan payung sebelum hujan

27.

Mei Ling menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya itu dengan bersungguh-sungguh dan dia sanggup tidur lewat malam.

a)

Sediakan payung sebelum hujan

b)

Tepuk dada Tanya selera

c)

Genggam bara api biar sampai jadi arang

28.

Zairul tidak menghadapi sebarang masalah ketika menetap di luar negara kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan adat resam dan budaya hidup masyarakat setempat .

a)

Mulut biar manis,hati biar baik

b)

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak

c)

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

29.

Penduduk Kampung Kuantan sering berganding bahu dan menyelesaikan masalah mereka bersama-sama untuk mengekalkan keharmonian hidup yang mereka kecapi selama ini.

a)

Mulut biar manis,hati biar baik

b)

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak

c)

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

30.

Kita tidak akan mencapai apa yang dihajati jika tidak berusaha bersungguh-sungguh.

a)

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

b)

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

c)

Sediakan payung sebelum hujan

31.

Pinjaman perniagaan Anis sudah diluluskan oleh pihak bank dan dia hanya menunggu masa sahaja untuk menjalankan perniagaannya sendiri.

a)

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

b)

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

c)

Tepuk dada Tanya selera

32.

Michell sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana dia mudah faham apa yang diajar oleh guru.

a)

Terang hati

b)

Sudah terang lagi bersuluh

c)

Indah khabar dari rupa

33.

Pelancong itu merungut apabila mendapati hotel penginapannya tidak menyediakan segala kemudahan yang dijanjikan semasa dia membuat tempahan dahulu.

a)

Tak kenal maka tak cinta

b)

Tepuk dada Tanya selera

c)

Indah khabar dari rupa

34.

Pak Abu tidak pernah lupa untuk menyimpan sebahagian daripada pendapatan bulanannya sebagai bekalan semasa dalam kesusahan.

a)

Sediakan payung sebelum hujan

b)

Menyelam sambal minum air

c)

Sudah terang lagi bersuluh

35.

Anak-anak sepatutnya dididik sejak mereka kecil lagi untuk memastikan mereka mempunyai akhlak yang cemerlang.

a)

Sudah terang lagi bersuluh

b)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

c)

Tak kenal maka tak cinta