WorksheetsBAHASA MELAYU PT3 SET 8
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Sejak kecil Kim Wei sememangnya rajin belajar. ____________ sekarang belajar dalam bidang kejuruteraan di Universiti Malaya.
Dia
Awak
Engkau
Mereka
Nenek sedang ___________ air di atas tungku dapur kayu.
mereneh
menanak
memasak
menjerang
Pemakaian artis lelaki itu yang segak, ____________ , dan bergaya menyebabkan dia menjadi contoh dalam kalangan artis yang lain.
kemas
mahal
anggun
menawan
Ismail memotong rumput _________ mesin pemotong rumput yang baru dibelinya.
kepada
tentang
dengan
terhadap
Para ___________________ tanah air telah dihantar ke negara Jepun untuk membantu mangsa gempa bumi dan tsunami.
hartawan
dermawan
bangsawan
sukarelawan
Kebanyakan barang yang disimpan di dalam stor itu telah rosak ______________tikus.
digerit
digigit
dikesip
diketip
Syafiq cuba mengubah kedudukan meja kayu itu ___________ ruang tamu ________ruang dapur rumahnya.
dari.........ke
dari...........kepada
daripada.............ke
daripada............kepada
Ayril benar-benar berazam untuk memenangi pertandingan itu walaupun menyedari
bahawa dia terpaksa bersaing dengan peserta-peserta lain yang hebat.
Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah
ada hati
bulat hati
besar hati
berat hati
Walaupun sudah beberapa kali dinasihatkan oleh guru, Aiman tetap malas mengulang kaji pelajarannya.
Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah
melepaskan batuk di tangga
mencurahkan air ke daun keladi
alang-alang berdakwat biar hitam
pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Kami berasa ________________ketika menghadiri majlis perkahwinan anak majikan kami yang penuh istiadat dan dihadiri oleh ramai orang kenamaan.
asing
ganjil
gerun
kekok
Penunggang motosikal itu disaman oleh pihak polis dalam suatu _____________ jalan raya kerana tidak mempunyai lesen memandu.
hentian
sekatan
tahanan
halangan
Walaupun kerajaan telah menetapkan harga ayam menjelang musim perayaan, namun masih ada peniaga yang menjual ayam __________________ harga yang tinggi.
dari
antara
hingga
dengan
Para penyokong pasukan hoki itu berasa cemas kerana peluang pasukan mereka untuk memenangi pertandingan itu semakin ________________.
getir
tipis
runcing
genting
Ibu menggantikan tali ampaian yang sudah __________ itu dengan tali yang baharu.
kendur
lembik
longgar
renggang
Bantuan yang diberikan oleh orang ramai __________________ dapat meringankan beban mangsa ribut itu.
sebaik-baiknya
seelok-eloknya
setidak-tidaknya
seboleh-bolehnya
Kami berempat tersentak apabila terdengar bunyi _________ yang kuat di hutan itu.
seruan
jeritan
sahutan
kisauan
"_______________ sekeluarga akan melancong ke Pulau Tioman semasa cuti sekolah bulan hadapan," kata Encik Imran kepada jirannya.
Dia
Anda
Kalian
Kami
Usaha ________ obesiti dan kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak perlu bermula sejak bayi lagi.
melarang
mencegah
membasmi
menghalang
"_________________ perlu mengurangkan aktiviti sampingan memandangkan Pentaksiran Tingkatan 3 akan menjelang tidak lama lagi,"pesan Cikgu Halisah kepada Helmi dan rakan-rakannya.
Kita
Anda
Kalian
Mereka
Keadaan angin kencang menyebabkan api ___________ dengan pantas di rumah yang sedang terbakar itu.
menular
merebak
bertambah
berkembang
