NEW
Font size
WorksheetsCINTAI BAHASA MELAYU
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
1. "apabila ada sumber rezeki, akan banyaklah orang yang berkumpul di situ"
Peribahasa yang sesuai ialah______
ada padi semua kerja menjadi, ada beras semua kerja deras
ada gula, ada semut
2. "pergaduhan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan, akhirnya akan berbaik-baik semula"
Peribahasa yang sesuai ialah______
air dicincang tidak akan putus
air sama air, sampah ke tepi juga
3. "kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan kebaikan"
Peribahasa yang sesuai ialah______
ada ubi ada batas, ada budi ada balas
ada udang di sebalik batu
4. "seseorang yang berbuat baik kepada orang lain tetapi tidak kepada keluarganya sendiri"
Peribahasa yang sesuai ialah______
anak harimau diajar makan daging
anak di pangkuan diletakkan, kera di hutan disusukan
5. "dua orang yang selalu bergaduh apabila bertemu "
Peribahasa yang sesuai ialah______
bagai anjing dengan kucing
bagai anjing buruk kepala
6. "hidup tolong-menolong "
Peribahasa yang sesuai ialah______
bagai aur atas bukit
bagai aur dengan tebing
7. "keadaan yang tidak selamat"
Peribahasa yang sesuai ialah______
bagai telur di hujung tanduk
bagai si kudung mendapat cincin
8. "menyerah diri kepada nasib kerana tidak mampu untuk berusaha"
Peribahasa yang sesuai ialah______
bagai wau putus tali
bagai tikus jatuh ke beras
9. "jangan sesekali mencari bahaya"
Peribahasa yang sesuai ialah______
sejengkal jadi sehasta
sarang tebuan jangan dijolok
10. "sabar mengerjakan sesuatu, lama-lama berhasil juga"
Peribahasa yang sesuai ialah______
sediakan payung sebelum hujan
sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit
