wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Hampir Sama Makna

Total questions: 25

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ayat yang betul.

a)

Kakak menanak nasi dengan menggunakan dapur elektrik.

b)

Ibu memanggang ikan di atas bara api.

c)

Puan Lim mengukus sup untuk anaknya yang demam.

2.

Pilih ayat yang betul.

a)

Puan Siti memangku anaknya di atas riba dengan penuh kasih sayang.

b)

Puan Tan menjulang dulang minuman untuk para tetamu.

c)

Swee Lin keluar dari kedai itu sambil menjinjit beg plastik.

3.

Pilih ayat yang betul.

a)

Jururawat itu menyorong kerusi roda yang dinaiki Pak Lim ke bilik rawatan.

b)

Kamil menonton basikal kerana tayar basikalnya pancit.

c)

Mak Milah menjunjung bakul di atas kepala.

4.

Pilih ayat yang betul.

a)

Kakak mengangkat anak pokok ke dalam pasu bunga.

b)

Lori itu digunakan untuk mengangkut barang jualan Pak Ali.

c)

Encik Ravi memunggah barang-barang dari lori dengan berhati-hati.

5.

Pilih ayat yang betul.

a)

Pak Abu memotong kayu dengan gergaji tangan.

b)

Encik Lim menakik ranting pokok hiasannya supaya sama rata.

c)

Pagi-pagi lagi, Pak Seman menoreh pokok getah di kebunnya.

6.

Pilih ayat yang betul.

a)

Salmah menghiris kulit limau sambil menonton televisyen.

b)

Ibu menyiang ikan yang dipancing oleh ayah.

c)

Pak Dollah meraut buluh untuk membuat bingkai layang-layang.

7.

Pemuda itu __________ jalanya pada permukaan sungai yang tenang.

a)

menabur

b)

menampi

c)

menebar

8.

Wanita itu _________ songket dengan benang sutera yang bermutu tinggi.

a)

menekat

b)

menenun

c)

mencanting

9.

Pilih ayat yang betul.

a)

Ayam itu mematuk makanan yang ditabur di halaman rumah.

b)

Setelah dipujuk, barulah Ben Li hendak menelan ubat itu.

c)

Anak lembu itu sedang memagut rumput di padang.

10.

Pilih ayat yang betul.

a)

Seluar itu tidak padan dengannya kerana agak lebar.

b)

Rumah besar itu di atas bukit.

c)

Halaman rumahnya luas dan cantik.

11.

Pilih ayat yang betul.

a)

Sayur lemak yang saya masak semalam sudah basi.

b)

Kakak dimarahi oleh ibu kerana nasi yang ditanaknya hangit.

c)

Ikan yang dibeli itu sudah berbau tengik.

12.

Pilih ayat yang betul.

a)

Pokok kelapa itu serong ke arah rumahnya.

b)

Jejari basikalnya sudah bengkok.

c)

Badan orang tua itu bongkok.

13.

Pilih ayat yang betul.

a)

Biskut itu sudah lemau dan tidak enak dimakan lagi.

b)

Kakak merebus ubi keledek sehingga empuk.

c)

Tilam ini lembik dan selesa.

14.

Pilih ayat yang betul.

a)

Puan Shanti menggilap barang tembaga sehingga berkilat.

b)

Rahmah mengelap dedaun kering di halaman rumahnya.

c)

Kami dinasihati supaya menggosok gigi dua kali sehari.

15.

Pilih ayat yang betul.

a)

Dia memetik bunga mawar itu lalu menghembusnya.

b)

Mereka bersiar-siar sambil menghirup udara segar di pantai.

c)

Kita dilarang menghisap rokok di kawasan sekolah.

16.

Budak yang nakal itu ______________________ burung di dusun Pak Lah.

a)

membuang

b)

melastik

c)

memukul

17.

Kapal terbang itu sukar _________________ kerana tiupan angin kuat.

a)

berlabuh

b)

mendarat

c)

berhenti

18.

Puan Chong _________ikan sebelum menggoreng agar cepat masak.

a)

menyiang

b)

mengelar

c)

memotong

19.

Pal Mail dan kawanya ke tengah laut untuk _________sotong.

a)

mengail

b)

mencandat

c)

menangkap

20.

Pilih ayat yang betul.

a)

Air sungai itu mengalir deras.

b)

Olahragawan itu berlari dengan laju ke garisan penamat.

c)

Angin bertiup kencang hingga menyebabkan pokok tumbang.

21.

Kelihatan beberapa ekor anjing _______ di tapak pelupusan sampah itu.

a)

berkeliaran

b)

berselerakan

c)

bertempiaran

22.

Abang _______ lantai berlumpur itu dengan air sabun.

a)

menyimbah

b)

menyiram

c)

merendam

23.

Samad sudah biasa dengan suasana _________ di pasar borong itu.

a)

kelam-kabut

b)

lintang-pukang

c)

hiruk-pikuk

24.

Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah itu sedang belajar cara ______ luka.

a)

melilit

b)

membalut

c)

membungkus

25.

Petani itu ________ dua bakul buah-buahan ke pasar.

a)

menggalas

b)

memikul

c)

mengandar