wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Mengenal Pasti Komponen Mekanikal

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Sistem mekanikal adalah beberapa komponen yang berfungsi sebagai __________ bagi menyelesaikan sesuatu tugas yang telah diprogramkan

a)

penghantar

b)

pengepos

c)

pengambar

2.

Untuk menghasilkan reka bentuk sistem yang dikehendaki, pelbagai komponen mekanikal digunakan sama ada secara berasingan atau __________.

a)

gabungan

b)

terpisah

c)

berkecai

3.

Berapakah komponen mekanikal yang anda pelajari dalam bab reka bentuk mekanikal?

a)

11

b)

10

c)

9

d)

12

4.

Sistem mekanikal yang paling ringkas menggunakan sekurang-kurangnya...

a)

2 jenis komponen mekanikal

b)

3 jenis komponen mekanikal

c)

4 jenis komponen mekanikal

5.

Sistem mekanikal ialah ________________________________.

a)

komponen yang memudahkan sesuatu kerja

b)

sistem yang dapat mengurangkan tenaga mekanikal manusia dalam melakukan pekerjaan

c)

alatan yang mempunyai komponen mekanikal

d)

sistem yang memanjangkan tempoh sesuatu kerja

6.

Reka bentuk mekanikal ialah _________________________?

a)

membina peranti baharu menggunakan sistem mekanikal bagi melakukan tugas yang dikehendaki

b)

mereka projek menggunkan besi yang tahan karat agar dapat digunakan dalam tempoh masa yang lama

c)

membina alatan yang cantik dan terkini supaya lebih menarik

d)

menghasilkan rekaan mekanikal yang mempunyai satu komponen yang tidak bergerak

7.

Sistem mekanikal adalah beberapa komponen berfungsi sebagai _____________bagi menyelesaikan sesuatu tugas yang telah ____________________.

a)

penghantar, diprogramkan

b)

hantar, program

c)

diprogramkan, penghantar

d)

menghantar, memprogramkan

8.

Sistem yang berkaitan dengan daya, beban dan fulkrum merupakan komponen mekanikal?

a)

TUIL / TUAS

b)

GEAR

c)

GELONGSOR

d)

BINDU

9.

Dengan menggunakan ____________ beban menjadi ringan dan mudah untuk diangkat.

a)

Takal

b)

Gelongsor

c)

Gear

d)

Rantai

10.

Komponen A adalah komponen yang digunakan sebagai pengantara bagi objek yang berputar. Komponen ini juga dapat mengurangkan geseran dan melancarkan pergerakan bagi gerakan berputar. Komponen A merupakan _____________ .

a)

rantai

b)

gear

c)

tali sawat

d)

galas bebola

11.

Tuil atau tuas merupakan sistem yang berkaitan daya, beban dan fulkrum. Komponen ini mempunyai 3 kelas iaitu Kelas 1, Kelas 2 dan Kelas 3. Nyatakan contoh alatan bagi Kelas 3.

a)

Stapler

b)

Playar

c)

Kereta sorong

d)

Gunting

12.

Pergerakan mekanikal bertujuan untuk?

a)

Memindahkan sesuatu sumber gerakan kepada gerakan yang lain.

b)

memudahkan kehidupan manusia

c)

menyalurkan tenaga kepada penerima

d)

menyelesaikan sesuatu tugasan yang yang telah diprogramkan.

13.

Pilih 3 jawapan yang tepat bagi jenis-jenis gear.

a)

gear heliks

b)

gear belitan

c)

gear miter

d)

gear luar

e)

gear tulang helang

14.

Komponen gear juga digunakan pada _________?

a)

jam

b)

playar gabung

c)

kereta sorong

d)

lampu basikal

15.

__________________ berfungsi sebagai penghubung sesuatu komponen atau bahan bagi melengkapkan sesuatu sistem.

a)

Pautan

b)

Gear

c)

Gelongsor

d)

Takal

16.

Penggunaan __________________ menyebabkan beban akan menjadi ringan dan mudah untuk diangkat.

a)

Tali sawat

b)

Rantai

c)

Tuil

d)

Takal

17.

__________ digunakan pada pemegang pencengkam brek.

a)

Tuas

b)

Tuil

c)

Hendal

d)

Takal

18.

Tuil dan dan tuas terdiri daripada 3 bahagian iaitu?

a)

daya, beban, sangga

b)

beban, tinggi, fulkrum

c)

daya, berat, fulkrum

d)

fulkrum, beban, berat

19.

Tiga kriteria penilaian yang boleh dianalisis untuk melihat kesesuaian komponen yang digunakan untuk membina gajet ialah:


I Reka bentuk komponen

II Jenis bahan yang digunakan

III Warna yang dipilih

IV Kemasan

a)

I, II dan IV

b)

I, II dan III

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

20.

Contoh-contoh kemasan yang boleh digunakan pada sesuatu gajet ialah:


I Cat sembur

II Stiker

III Cat minyak

IV Warna air

a)

I, II dan III

b)

I, III dan IV

c)

I, II dan IV

d)

II, III dan IV

21.

Hendal basikal digunakan untuk mengawal haluan basikal ke kiri, ke kanan dan ke hadapan. Hendal dapat digerakkan dengan bebas kerana menggunakan ________________________.

a)

Tuas

b)

Galas bebola

c)

Takal

d)

Gelongsor

22.

Kemasan dilakukan pada model atau produk bagi menutup kelemahan rupa permukaan produk. Kemasan juga dapat menambah nilai ______________ agar produk kelihatan cantik.

a)

estetika

b)

pasaran

c)

komersial

d)

egronomik