wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 5

Total questions: 30

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Ketiga-tiga kawasan berikut telah menjadi tumpuan imperialisme Barat.


China

India

Asia Tenggara


Apakah tarikan utama kuasa Barat terhadap ketiga-tiga kawasan tersebut?

a)

Penemuan pasaran baru

b)

Kaya dengan sumber minyak

c)

Kedudukan yang strategik

d)

Sistem pengangkutan yang maju

2.

Pernyataan berikut berkaitan dengan kesan penciptaan telegraf semasa perkembangan imperialisme Barat di Asia Tenggara.


Perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat.

X

Ahli-ahli perniagaan di Barat dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur.


Apakah kesan X?

a)

England muncul sebagai pelopor

b)

Mudahkan urusan perniagaan

c)

Kos perhubungan yang murah

d)

Persaingan pesat kuasa-kuasa Barat

3.

Apakah imperialis Barat memberi tumpuan kepada kedua-dua negara berikut?


China

India

a)

Kekayaan bahan mentah

b)

Tenaga mahir yang ramai

c)

Tanah pamah yang subur

d)

Kawasan pasaran yang baru

4.

Apakah ciri-ciri umum sistem birokrasi yang diperkenalkan di negara-negara Asia Tenggara semasa penjajahan Barat yang kekal hingga hari ini?

a)

Pengenalan undang-undang Barat

b)

Pelantikan Gabenor Kecil sebagai ketua pentadbir

c)

Gabenor Jeneral sebagai ketua biro

d)

Golongan Datu sebagai pentadbir bandar

5.

Maklumat berikut menunjukkan sistem pemerintahan di Vietnam sebelum penjajahan Perancis?


Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin.


Bagaimanakah pelantikan golongan tersebut dijalankan?

a)

Proses pilihan raya

b)

Sistem penggiliran

c)

Melalui peperiksaan

d)

Berasaskan keturunan

6.

Pembaharuan berikut merupakan beberapa perkara yang diperkenalkan oleh British semasa mentadbir Tanah Melayu.


Pengenalan sistem kehakiman Barat

Pelaksanaan sistem pengutipan cukai

Pembahagian negeri kepada daerah

X


Apakah X?

a)

Penubuhan balai polis

b)

Peluang pekerjaan kepada wanita

c)

Rampasan wang graduiti kerabat diraja

d)

Kekejaman kepada kaum minoriti

7.

Maklumat berikut merupakan kesan dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh penjajah.


Kemasukan imigran secara besar-besaran telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.


Apakah dasar tersebut?

a)

Autonomi

b)

Buka pintu

c)

Keterbukaan

d)

Campur tangan

8.

Tokoh berikut telah berjasa kepada negara kita.


Dato Maharaja Lela

Dato Bahaman

Haji Abdul Rahman Limbong


Apakah jasa mereka?

a)

Menuntut kemerdekaan

b)

Menetang Malayan Union

c)

Mencetuskan gerakan nasionalisme

d)

Menyokong perluasan imperialisme

9.

Mengapakah British memperkenalkan perkara berikut semasa menjajah penduduk tempatan di Tanah melayu?


Sistem Cukai

Undang-Undang

Peraturan Tanah

a)

Mengajar penduduk tempatan

b)

Memaksimumkan hasil pendapatan

c)

Menyebarkan kemajuan Barat

d)

Memodenkan negara keseluruhan

10.

Tokoh berikut merupakan pemimpin Iban yang telah melakukan penentangan terhadap James Brooke pada tahun 1853.


Mengapakah beliau bertindak menentang James Brooke?

a)

Penempatan orang iban dimusnahkan

b)

Orang Iban mangsa kerahan tenaga

c)

Layanan buruk terhadap orang Iban

d)

Orang Iban dianggap lanun

11.

Perkara berikut merupakan undang-undang bertulis pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.


Hukum Kanum Melaka

Undang-Undang Laut Melaka


Mengapakah undang-undang tersebut diwujudkan?

a)

Mencegah kegiatan jenayah

b)

Memelihara keamanan negara

c)

Mengawal salah laku pembesar

d)

Menjatuhkan hukuman terhadap pesalah

12.

Apakah kepentingan undang-undang berikut?


Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu



a)

Menjamin keharmonian rakyat

b)

Memperkenal pentadbiran Barat

c)

Menghalang perluasan kuasa British

d)

Memantapkan sistem raja berkuasa mutlak

13.

Perkara berikut merupakan gelaran yang digunakan oleh golongan pembesar di kelantan.


Nik

Wan


Bagaimanakah golongan tersebut mengukuhkan kewibawaan sultan?

a)

Menjalankan upacara pelantikan

b)

Menggunakan unsur mitos

c)

Memberikan kesetiaan

d)

Menyediakan kerahan tenaga

14.

Kaum di sekitar Tanah Melayu pada tahun 1950an masih mengasingkan diri antara satu sama lain.


Kesan daripada keadaan di atas ialah


i. pengekalan parti mewakili kaum

ii. idea satu parti pelbagai kaum ditolak

iii. wujud parti politik bercorak setempat

iv. Parti Kemerdekaan Malaya gagal

a)

i, ii, iv

b)

i, ii, iii

c)

ii, iii, iv

d)

i, iii, iv

15.

Setiap ahli dalam Sistem Ahli menjaga satu

a)

jabatan

b)

bahagian

c)

portfolio

d)

kementerian

16.

Asas pembentukan Parti Perikatan lahir hasil kerjasama UMNO-MCA yang dicapai menerusi

a)

Pakatan Murni

b)

Persidangan Nasional

c)

Jawatan Kuasa Perhubungan Antara Kaum

d)

Konvensyen Nasional

17.

*Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum*


Jawatankuasa di atas adalah langkah awal ke arah Pakatan Murni kerana

a)

keanggotaannya terdiri daripada pelbagai kaum

b)

bertanggungjawab menjaga kepentingan setiap kaum

c)

sering membincangkan kepentingan setiap kaum

d)

penubuhannya adalah idea daripada pelbagai kaum

18.

Majlis Perundangan Persekutuan 1955


Manifesto Parti Perikatan mengandungi


I. penglibatan penduduk tempatan dalam perkhidmatan awam

II. pemerolehan kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun

III. perlindungan hak-hak Raja-Raja Melayu

IV. program pembangunan yang lebih seimbang

a)

I, II, IV

b)

I, II, III

c)

I, III, IV

d)

II, III, IV

19.

Yang berikut merupakan tokoh yang penting dalam menerajui kerjasama UMNO-MCA dalam pilihan raya Perbandaran Kuala Lumpur

a)

H.S. Lee

b)

Ong Yoke Lin

c)

Dato' Yahya Razak

d)

Tun Dr Ismail

20.

Apakah kejayaan yang dicapai hasil daripada rundingan antara UMNO dan CLC(Communities Liaison Committee) ?

a)

Pembentukan Parti Perikatan

b)

Penyelarasan sistem pendidikan kebangsaan

c)

Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa(RIDA)

d)

Penubuhan Persidangan Kebangsaan

21.

Dato' Onn Ja'afar telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya(IMP) pada tahun 1951.

a)

Sedia menangguhkan tuntutan kemerdekaan

b)

Terbuka kepada semua kaum

c)

Memupuk kerjasama kaum dalam sebuah parti

d)

Peka terhadap perubahan politik semasa

22.

Mengapakah Parti Kemerdekaan Malaya(IMP) gagal mendapat sambutan daripada kaum Cina, India dan kaum lain?

a)

Enggan mengakui sebagi satu bangsa

b)

IMP dipimpin oleh orang Melayu

c)

Semangat perpaduan asing kepada mereka

d)

Masih setia kepada negara asal

23.

Pada tahun 1953, Tunku Abdul Rahman telah menganjurkan Konvensyen Kebangsaan bersama-sama MCA. Apakah kesan daripada konvensyen tersebut?

a)

Keahlian Parti Perikatan terbuka kepada semua kaum

b)

British bimbang terhadap perpaduan penduduk Tanah Melayu

c)

Tunku Abdul Rahman dipilih sebagai Ketua Menteri

d)

Parti Perikatan ditubuhkan

24.

Parti Perikatan telah memenangi 226 daripada 268 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri pada tahun 1954. Kejayaan ini telah menunjukkan bahawa (buku teks m/s 122)

a)

bersedia untuk mentadbir sendiri

b)

kehandalan pentadbiran pemimpin tempatan

c)

kemajuan dicapai oleh rakyat Tanah Melayu

d)

wujudnya permuafakatan kaum

25.

Lokasi ..........ialah pusat pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka

a)

Muara Sungai Linggi

b)

Muara Sungai Bertam

c)

Muara Sungai Merbok

d)

Muara Sungai Kesang

26.

Pemerintah Melaka berasal drpd zuriat keturunan anak Raja Palembang. Bukti tersebut bersumberkan kepada__________

a)

Sulalatus Salatin

b)

Hikayat Hang Tuah

c)

Hikayat Raja-Raja Pasai

d)

Salasilah Raja-Raja Melayu

27.

Peranan Temenggung terhadap Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Pegawai protokol istana

b)

Ketua urus setia istana

c)

Ketua syahbandar

d)

Penguasa bandar dan Kota Melaka

28.

Hukum Kanun Melaka ditulis semasa pemerintahan_________.


😉Fikir masak2 dlu sblum mnjwb

a)

Sultan Alauddin Riayat Shah

b)

Sultan Muzaffar Shah

c)

Sultan Iskandar Shah

d)

Sultan Mansor Shah

e)

Sultan Josshaidy Amsyar

29.

Penggubalan undang-undang tersebut dilakukan semasa pemerintahan_________

a)

Sultan Mansur Shah

b)

Sultan Iskandar Shah

c)

Sultan Muzaffar Shah

d)

Sultan Mahmud Shah

e)

Sultan Josshaidy Shah

30.

Brpkah bilangan fasal yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka?

a)

25 fasal

b)

30 fasal

c)

42 fasal

d)

44 fasal