wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

bahasa melayu kuno dan klasik

Total questions: 20

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Marlapas, niparwuat, sapuloh dua


Kata-kata bahasa melayu kuno di atas bermaksud

a)

berlepas,dibuat,dua puluh

b)

melepas,diperbuat,dua belas

c)

berlepas,diperbuat,dua belas

d)

melepas,memperbuat,dua puluh

2.

Terdengarlah cerita musafir yang berjalan itu. Maka berjalanlah ia ke bandar Mengkaleh, direntasnya padang dan desa. Sampailah ia ke sungai Jengkala lu berhentiilah ia disitu.


Yang berikut ialah ciri bahasa melayu klasik yang terdapat dalam petikan, kecuali...

a)

menggunakan kata pangkal ayat

b)

menggunakan ayat songsang

c)

menggunakan ayat tunggal

d)

menggunakan ayat pasif

3.

Yang manakah batu bersurat yang tidak menunjukkan pengaruh bahasa Arab?

a)

batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh

b)

batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu

c)

batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang

d)

batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau

4.

Pernyataan yang berikut benar tentang bahasa Melayu Kuno, kecuali..

a)

kata kerja pasif ditandai oleh awalan ni-

b)

vokal e pepet tidak terdapat dalam bahasa melayu kuno

c)

bunyi [w] dalam bahasa melayu kuno sama dengan bunyi [b] dalam bahasa melayu moden

d)

fungsi awalan ma- dalam bahasa melayu kuno sama dengan awalan ber- dalam bahasa melayu moden

5.

Yang manakah batu bersurat yang ditulis dengan huruf Nagiri?

a)

bau bersurat di Gandasuli

b)

batu bersurat di Kota Kapur

c)

batu bersurat di Bangkahulu

d)

batu bersurat di Karang Brahi

6.

Yang berikut ialah bukti penggunaan bahasa Melayu klasik, kecuali..

a)

Batu Bersurat di Minye Tujuh

b)

Patung gangsa di Padang Lawas

c)

Batu nisan Sultan Malik al-Salleh

d)

surat Sultan Abu Hayat II kepada Raja John III

7.

Yang manakah persamaan antara batu bersurat di Gandasuli dengan batu bersurat di Bangkahulu?

a)

Kedua-duanya ditulis dengan tulisan kawi

b)

Kedua-duanya dijumpai di Pulau Sumatera

c)

Kedua-duanya ditulis dengan tulisan Palava

d)

Kedua-duanya ditulis dengan tulisan Nagiri

8.

*terdapat pengaruh Bahasa Sanskrit

*Ditulis atas perintah raja

*Menjadi bukti bahasa melayu dijadikan pentadbiran semasa kerajaan Sriwijaya


Batu bersurat yang menunjukkan ciri di atas ialah di

a)

Minye Tujuh

b)

Karang Brahi

c)

Talang Tuwo

d)

Pagar Ruyung

9.

Yang manakah pernyataan yag benar tentang ciri-ciri tulisan jawi dalam bahasa melayu?

a)

ditulis dari kiri ke kanan

b)

tidak dibezakan oleh huruf besar dan huruf kecil

c)

terdapat enam abjad lain yang disesuaikan dengan sebutan bahasa melayu

d)

ada bentuk abjadnya yang berubah apabila secara tunggal atau bersambung

10.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang pengaruh bahasa Melayu kuno?

a)

Bahasa Sanskrit banyak mempengaruhi sistem kata bahasa melayu kuno

b)

Tulisan Jawa Kuno pernah dijadikan tulisan rasmi bahasa melayu kuno

c)

Bahasa Melayu kuno menerima aksara Sanskrit untuk bahan bertulisnya.

d)

Bahasa Sanskrit banyak menyumbang kosa kata ke dalam bahasa melayu

11.

Buat kali pertama, perkataan yang mendukung konsep melayu terdapat pada

a)

Batu Bersurat di Kadukan Bukit

b)

Batu Nisan Sultan Malik Al-Salleh

c)

Sebuah patung di Padang Roccore, Batang Hari

d)

Catatan daftar kata yang dihasilkan oleh Pigafetta

12.

Istilah "Mo-lo-yu", "Maleu-Kolun",, "Mar-ra-yu" dan "Mat-La-yau ada kaitannya dengan Melayu. Pada awalnya konsep itu dimaksudkan kepada

a)

bangsa

b)

penutur

c)

penduduk

d)

kerajaan

13.

Perkataan yang berikut mengandungi ciri bahasa melayu kuno, kecuali

a)

syahaya

b)

marwatu

c)

wuahna

d)

thathapi

14.

Yang manakah keterangan benar tentang bahasa melayu klasik?

a)

mengalami perubahan dan pembaharuan yang terancang

b)

menerima pengaruh daripada beberapa bahasa asing

c)

berkembang pesat semasa kerajaan Johor-Riau

d)

penulisannya masih banyak terdapat pada batu bersurat dan daun lontar

15.

Pernyataan yang berikut benar tentang Misa Melayu, kecuali..

a)

tertulis dalam bentuk prosa dan puisi

b)

dinamakan juga Hikayat Raja Ke Laut

c)

ditulis oleh Tun Sri Lanang

d)

kandungannya mengenai Raja-raja yang memerintah Perak

16.

Yang berikut ialah individu/institusi yang pernah terlibat dalam usaha memantapkan tulisan Jawi, kecuali...

a)

Za'ba

b)

R.J Wilkinson

c)

Mejar Dato' Mohd Said Sulaiman

d)

Dewan Bahasa dan Pustaka

17.

Penggunaan bahasa melayu klasik dapat dilihat pada bahan bukti yang berikut, kecuali...

a)

surat awal

b)

hukum kanun

c)

naskhah sastera klasik

d)

manuskrip bahasa Sanskrit

18.

Batu bersurat yang tertua yang kandungannya berbentuk puisi, iaitu syair ialh batu bersurat yang ditemukan di

a)

Gandasuli

b)

Telaga Batu

c)

Pagar Ruyung

d)

Kadukan Bukit

19.

Bahasa Bugis tergolong dalam golongan bahasa

a)

Sumatera

b)

Sulawesi Selatan

c)

Bali-Salak

d)

Kalimantan

20.

Yang manakah sifat bahasa melayu kuno memudahkannya menerima kemasukan pengaruh Bahasa Sanskrit?

a)

bahasa melayu kuno belum mempunyai sistemnya yang tersendiri

b)

korpus bahasa melayu kuno masih belum mencukupi

c)

bahasa melayu kuno bersifat lentur dan dinamik

d)

bahasa melayu kuno berperanan sebagai lingua franca