wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MESIN

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan mesin ringkas?

a)

Mesin yang diperbuat daripada logam

b)

Mesin yang dicipta dengan menggunakan motor

c)

Alat yang membantu manusia melakukan kerja dengan cepat

d)

Alat yang membantu manusia bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain

2.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang mesin ringkas dan kegunaannya?

a)

Skru menukar kelajuan

b)

Baji memisahkan objek

c)

Gear mencantumkan dua objek

d)

Tuas menggerakkan objek bergerak ke tempat lebih tinggi

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan baji?

a)

Satu permukaan disendengkan, dengan kedua-duanya diletakkan di permukaan berbeza

b)

Sejenis mesin ringkas yang mempunyai satah condong berlingkar

c)

Mesin ringkas yang mempunyai satu atau dua satah condong

d)

Roda yang dipasang pada sebatang rod

4.

Apakah mesin ringkas yang terdapat dalam alat ini?

a)

Gear

b)

Skru

c)

Baji

d)

Tuas

5.

Apakah mesin ringkas yang digunakan lelaki tersebut bagi membuka tin ini?

a)

Tuas

b)

Satah Condong

c)

Gear

d)

Skru

6.

Antara berikut, yang manakah memudahkan tugas mengambil air di telaga?

a)

Tuas

b)

Gear

c)

Satah condong

d)

Takal

7.

Antara berikut, yang manakah bukan kegunaan takal?

a)

Menaikkan bendera

b)

Menaikkan air dari perigi

c)

Mengubah arah pergerakan objek

d)

Menaikkan beban yang berat ke atas bangunan

8.

Maklumat berikut benar tentang mesin ringkas P

  • terdiri daripada roda bergigi
  • menukar arah kelajuan pergerakan objek

Apakah mesin ringkas P?

a)

Skru

b)

Takal

c)

Gear

d)

Roda dan Gandar

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan mesin kompleks?

a)

Alat yang terdiri daripada gabungan lebih daripada satu mesin ringkas

b)

Alat yang terdiri daripada satu mesin ringkas

c)

Alat yang membolehkan kita menjimatkan masa pekerjaan

d)

Alat yang membantu kita membuat kerja dengan lebih cekap

10.

Apakah mesin ringkas yang terdapat dalam mesin kompleks ini?

a)

Skru, baji, roda dan gandar

b)

Gear, baji dan skru

c)

Satah condong dan skru

d)

Skru, baji dan tuas

11.

Pak Ali menghadapi masalah kerana mengambil masa yang lama menyiapkan kerjanya. Bagaimanakah Pak Ali boleh mengatasi masalah ini?

a)

Lakukan kerja pada waktu petang

b)

menggunakan lebih banyak haiwan

c)

Menggunakan mesin pembajak

d)

minum air lebih banyak

12.

Mesin ringkas yang manakah tidak terlibat apabila alat ini digunakan?

a)

Baji

b)

Gear

c)

Skru

d)

Roda dan gandar

13.

Antara aktiviti berikut, yang manakah menggunakan mesin kompleks?

a)

Menaikkan bendera

b)

Menyapu lantai

c)

Menolak kereta sorong

d)

Menggergaji papan

14.

Apakah kesan daripada penggunaan jentera penuai padi?

a)

Penghasilan padi berkurang

b)

Masa menuai padi bertambah

c)

Tenaga pekerja berkurang

d)

Penggunaan baja kimia berkurang

15.

Apakah kepentingan penciptaan mesin ini dalam bidang pembinaan?

a)

Tenaga pekerja yang ramai diperlukan untuk menyiapkan kerja

b)

Masa yang lama diperlukan untuk membancuh simen

c)

Kuantiti simen yang dibancuh meningkat dalam masa yang singkat

d)

Kerja membancuh menjadi lebih rumit dan kos penyelenggaraan meningkat

16.

En Amin ini memangkas daun-daun pokok yang rimbun dihadapan rumahnya. Antara berikut, yang manakah tidak membantu memudahkan kerjanya?

a)

Menggunakan gunting pagar untuk memangkas daun-daun pokok tersebut

b)

Menggunakan playar bagi memangkas daun-daun tersebut

c)

Menggunakan tangga semasa memanjat bagi memotong dahan pokok yang tinggi

d)

Menggunakan kereta sorong bagi mengangkut daun yang telah dipotong

17.

Apakah yang berlaku sekiranya mesin pengisar tidak dicipta sehingga kini?

a)

Kuantiti cili yang dihasilkan bertambah

b)

Cili yang digiling lebih lumat daripada yang dikisar

c)

Masa yang singkat diperlukan untuk menggiling cili

d)

Masa yang panjang diperlukan untuk menggiling ci;i

18.

Rajah menunjukkan sebuah alat. Apakah mesin ringkas yang terdapat pada alat ini?

a)

Baji

b)

Skru

c)

Satah condong

d)

Roda dan gandar

19.

Antara berikut, yang manakah kegunaan skru?

a)

Untuk mengerakkan beban ke aras yang lebih tinggi

b)

Untuk menyatukan dan mengetatkan dua keping objek yang bergabung

c)

Untuk mengubah arah dan kelajuan pergerakan bahagian-bahagian lain dalam suatu mesin kompleks

d)

Untuk mengangkat, menurun atau menarik beban apabila seutas tali dilalukan pada alur

20.

Rajah menunjukkan dua buah gear. Apakah kegunaan gear itu?

a)

Mengubah arah dan kelajuan mesin

b)

Menyatukan dan mengetatkan dua keping objek yang bergabung

c)

Memotong, memisahkan atau menggerakkan objek

d)

Menggerakkan objek ke aras yang lebih tinggi