NEW
Font size
WorksheetsPRA AKHIR TAHUN GEOGRAFI T2 BAH A: 2
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah kejadian yang dapat dikaitkan dengan maklumat di bawah?
* Perbezaan waktu tempatan
*Kejadian pasang surut
Putaran bumi
Peredaran bumi
Kejadian empat musim
Pergerakan bumi selama setahun
Antara kejadian berikut, kejadian manakah berlaku akibat kesan peredaran bumi?
Waktu tempatan yang berbeza
Berlaku air pasang perbani
Gerhana matahari
Kejadian siang dan malam
Maklumat yang manakah BENAR mengenai ciri-ciri iklim di Malaysia?
i Panas dan kering sepanjang tahun
ii Julat suhu tahunan kecil
iii Angin monsun mempengaruhi jumlah hujan
iv Pancaran matahari terik selama 14 jam sehari
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Apakah persamaan antara kedua-dua jenia angin dalam maklumat di bawah?
* Angin Monsun Timur Laut
* Angin Sumatera
Bertiup dari Benua Asia
Memusnahkan harta benda
Dipengaruhi oleh tekanan udara
Mengakibatkan ombak besar di laut
Fenomena El Nino menyebabkan Malaysia mengalami .........
tiupan angin semakin kencang
suhu tinggi dan sekata sepanjang tahun
hujan lebat yang menyebabkan banjir
keadaan panas yang melampau
Mengapakah jaringan lebuh raya padat di Pantai Barat Semenanjung Malaysia
Penduduk padat di pinggir laut
Kos pembinaan rendah
Bentuk muka bumi yang rata
Dasar kerajaan
Stesen kereta api Tumpat adalah lokasi di bahagian ?
stesen kereta api paling utara
stesen kereta api di bahagian timur
stesen kereta api paling selatan
stesen kereta api persimpangan timur dan barat
· Mesra alam
· Tidak mengalami kesesakan lalu lintas
Pernyataan di atas merujuk kepada perkhidmatan?
LRT
Bas ekspress
Kenderaan ehailing
Teksi
· Musim panas yang singkat
· Musim sejuk yang sangat sejuk dan panjang
Pernyataan di atas merujuk kepada iklim jenis?
Iklim Monsun Tropika
Iklim Siberia
Iklim Tundra
Iklim Steppe
· Lapangan terbang paling sibuk di dunia
· Menerima lebih 83.6 juta penumpang pada tahun 2016
Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo, Jepun
Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura
Lapangan terbang Antarabangsa Dubai, Emiriah Arab Bersatu
Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, China
X merupakan ciri yang diwujudkan daripada ciri pandang darat fizikal tanah pamah. Di antara ciri- ciri tersebut, yang manakah sesuai mewakili X ?
I. Tanaman teh
II. Kelapa sawit
III. Kawasan perumahan
IV. Pelabuhan
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Di antara berikut, yang manakah amalan pengangkutan lestari?
I Penggunaan kereta hibrid
II Memandu kereta sendiri
III Menggunakan kereta yang menggunakan bahan api diesel
IV Menggunakan kenderaan awam seperti LRT di kawasan bandar Kuala Lumpur
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri pandang darat fizikal?
I Hutan Simpan Royal Belum
II Taman Daya
III Ladang Nanas Hup Seng
IV Pantai Desaru
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
* Jaringan teleprinter mirip dengan jaringan telefon yang berfungsi mengirim pesanan dalam bentuk teks
Pernyataan di atas mengenai alat telekomunikasi yang dikenali sebagai?
Telegraf
Telefon
Mesin teleks
Telefon bimbit
Apakah yang dimaksudkan dengan e-dagang?
Perkhidmatan jual beli atas talian
Interkasi maya
Urusan kerajaan di atas talian
Urusan perbankan atas talian
Antara berikut merupakan kesan fenomena jerebu KECUALI
Jarak penglihatan terganggu
Tanaman musnah
Masalah kesihatan terutama mata dan paru-paru
Melunturkan cat bangunan
Produk teknologi hijau termasuklah
Baja kompos
Kenderaan bahan api fosil
Belon udara
Barangan plastik
Berikut merupakan langkah penjimatan tenaga kecuali
Praktikkan penggunaan cahaya semulajadi ketika siang
Tutup suis selepas digunakan
Cabut plag bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan
Laraskan suhu penyaman udara minimum pada suhu
16ºC
Cara mengatasi pemanasan global termasuklah mengamalkan gaya hidup berikut kecuali
Penggunaan beg plastik
Mengamalkan kitar semula
Menanam pokok di kawasan kediaman
Memilih penggunaan kipas berbanding penyaman udara
Faktor utama penyebab ais di kutub mencair adalah
I Asap kilang
II Hujan lebat
III Sinaran matahari yang terik
IV Pembakaran hutan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
