wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN AKHIR TAHUN PEND. ISLAM TING 2 SIRI 2

Total questions: 47

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Maksud MASTAUTIN

a)

Orang yang sedang dalam perjalanan dengan jarak melebihi 2 marhalah

b)

Orang yang tinggal tetap di sesuatu tempat

c)

Solat imam bersama makmum sekurang-kurangnya seorang imam dan seorang makmum dengan syarat tertentu

d)

Orang yang menetap di satu tempat lebih daripada 3 hari tidak termasuk hari perjalanannya

2.

Pilih penyataan yang tidak berkaitan dengan maksud Khutbah Jumaat

a)

Ucapan yang disampaikan oleh khatib

b)

Mengadungi nasihat, peringatan dan pengajaran mengikut syarat tertentu

c)

Sebelum solat Jumaat

d)

Ucapan yang disampaikan oleh setiap individu

3.

Rukun khutbah ada .....

a)

2

b)

6

c)

5

d)

4

4.

Rukun khutbah Jumaat yang ketiga ialah...

a)

Berselawat ke atas Rasulullah SAW

b)

Membaca satu ayat Al-Quran pada satu daripada dua khutbah

c)

Berdoa untuk orang Islam pada khutbah kedua

d)

Memberi nasihat supaya bertaqwa

5.

Antara amalan sunat hari Jumaat ialah.....

a)

Memotong kuku dan misai

b)

Berbau busuk

c)

Lambat ke masjid

d)

Membaca surah Al-Kahfi

e)

Mandi sunat

6.

Hukum solat berjemaah bagi solat fardhu ialah ___________

a)

Fardhu kifayah

b)

Fardhu ain bagi lelaki yang cukup syarat

7.

Hukum solat berjemaah bagi solat jumaat ialah _________

a)

Fardhu kifayah

b)

Fardhu ain bagi lelaki yang cukup syarat

8.

Apakah lafaz niat bagi imam untuk solat zohor?

a)

أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

b)

اُصَلّى فَرْضَ الظُّهْرِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى

9.

Ketika menunaikan solat berjemaah bersama ayahnya, di manakah kedudukan yang sepatutnya bagi Fatimah?

a)

Di belakang imam

b)

Di sebelah kiri imam

c)

Di sebelah kanan imam

10.

Syarat menjadi imam ialah seperti berikut kecuali

a)

Ma'mum meyakini sahnya solat imam

b)

Imam boleh membaca al-Faatihah dengan bacaan Yang betul

c)

Imam lelaki bagi semua ma'mum.

d)

Imam perempuan bagi semua ma'mum

11.

Ma'mum masbuk ialah

a)

Ma'mum yang tidak sempat membaca al-Faatihah dengan sempurna bersama imam sebelum imam rukuk pada rakaat pertama

b)

Ma'mum hendaklah menyempurnakan rakaat bersama dengan imam

c)

Ma'mum hendaklah sempurnakan rakaat tertinggal selepas imam selesai memberi salam

d)

Jika sempat rukuk Dan tama'ninah bersama imam, ma'mum mendapat rakaat tersebut

12.

Rukun tayamum ada _________ perkara ?

a)

4

b)

5

c)

6

d)

7

13.

Tayamum hanya boleh dibuat ___________ masuk waktu solat

a)

sebelum

b)

sekarang

c)

semasa

d)

selepas

14.

Pilih susunan rukun tayamum yang betul.

a)

Membaca niat > Menyapu muka > Menyapu tangan > Menyapu kepala > Tertib

b)

Membaca doa > Membaca niat > Menyapu debu tanah ke muka > Menyapu debu tanah pada kedua-dua tangan

c)

Membaca niat > Menyapu debu tanah pada kedua-dua tangan > Menyapu debu tanah ke muka > Membaca doa

d)

Membaca niat > Menyapu debu tanah ke muka > Menyapu debu tanah pada kedua-dua tangan > Tertib

15.

Maksud menyapu balutan ialah

a)

menyapu air ke atas pembalut luka bagi menggantikan wuduk

b)

menyapu tanah suci ke tempat luka

c)

menghilangkan kotoran pada balutan

d)

membuang balutan dan menyapu ubat

16.

Solat jamak yang dilaksanakan di awal waktu ialah solat jamak

a)

taksub

b)

takyir

c)

takdim

d)

takhir

17.

Solat secara qasar bermaksud

a)

menggabungkan solat

b)

memendekkan solat

c)

menghimpunkan solat

d)

menambahkan solat

18.

Pak Latif mengalami sakit lutut. Apakah cara solat yang sesuai dilakukan oleh Pak Latif?

a)

Solat dengan isyarat mata

b)

Solat dengan cara duduk

c)

Solat dengan isyarat hati

d)

Tidak perlu solat

19.

Mak Minah lumpuh separuh badan. Apakah cara solat yang boleh dilakukan olehnya?

a)

Solat cara berdiri seperti biasa

b)

Solat dengan cara duduk

c)

Solat dengan cara isyarat mata

d)

Solat dengan cara baring menelentang

20.

Ahmad mengalami selesema dan batuk.


Apakah cara solat yang boleh didirikan oleh Ahmad?

a)

Solat berdiri seperti biasa.

b)

Solat dengan cara duduk

c)

Solat dengan baring mengiring

d)

Solat dengan isyarat mata dan tangan

21.

Apakah pengertian rukhsoh dari segi bahasa?

a)

menyapu air

b)

mudah dan ringan

c)

solat Jamak dan Qasar

d)

solat ketika sakit

22.

Muiz melakukan solat jamak dan qasar ketika dalam perjalanan pulang ke kampung sejauh 200 kilometer. Hukumnya:

a)

sunat

b)

harus

c)

wajib

d)

haram

23.

Sejenis gantian yang dikenakan kepada orang Islam yang melakukan beberapa kesalahan tertentu ketika beribadah dinamakan sebagai

a)

nazar

b)

fidyah

c)

qadak puasa

24.

Golongan yang termasuk dalam wajib qada' ?

a)

Pesakit yang tiada harapan untuk sembuh

b)

Ibu yang mengandung

c)

Orang tua yang tidak mampu berpuasa

d)

Musafir yang diharuskan syara'

25.

Maksud Qada'

a)

Mengganti hari puasa ramadhan bagi setiap hari yang ditinggalkan

b)

Denda kepada suami yang membatalkan puasa pada bulan ramadhan dengan sengaja

c)

Memberi fakir miskin dengan kadar secupak makanan asasi

26.

solat sunat yang mengiringi solat fardhu ialah

a)

solat sunat mutlak

b)

solat sunat istikharah

c)

solat sunat rawatib

27.

Pada waktu bilakah solat sunat rawatib tidak boleh dilakukan?

a)

Selepas solat fardhu asar

b)

Sebelum solat fardhu subuh

c)

Selepas solat jumaat

d)

Sebelum solat fardhu isya’

28.

Kebanyakkan penganut pada peringkat dakwah secara rahsia adalah terdiri daripada kalangan _________ dan orang miskin

a)

pembesar

b)

hamba

c)

raja

d)

sahabat

29.

Zaid Bin Harisah adalah merupakan?

a)

Sepupu Nabi S.A.W

b)

Anak kandung Nabi S.A.W

c)

Pembantu Nabi S.A.W

d)

Ayah saudara Nabi S.A.W

30.

Sahabat terawal yang memeluk agama Islam adalah?

a)

Saidina Abu Talib

b)

Saidina Abu Bakar

c)

Saidina Abu Lahab

d)

Saidina Abu Umar

31.

Dakwah secara sulit mengambil masa selama?

a)

3 Minit

b)

3 Bulan

c)

3 Tahun

d)

13 Tahun

32.

Baginda naik ke bukit Safa dan mengajak masyarakat mekah beriman kepada Allah, merupakan strategi dakwah dari aspek...

a)

ucapan awam

b)

mencari sokongan

c)

mencari tempat selamat

d)

mengadakan jamuan

33.

Antara berikut yang manakah merujuk dakwah secara terang-terangan?


i Dilakukan kepada kaum kerabat


ii Dilakukan kepada individu


iii Mengambil masa hampir 3 tahun


iv Dilakukan kepada masyarakat awam

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

i dan iv

34.

Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Kota Mekah ke Madinah pada?

a)

622 Masihi

b)

542 Masihi

c)

1 Muharram

d)

642 Masihi

35.

Rasulullah SAW telah menghantar _________ untuk berdakwah dan mengajar al - Quran kepada penduduk Yathrib ( Madinah )

a)

Umar Al - Khattab

b)

Sayidatina Khadijah

c)

Mus'ab bin Umair

d)

Abu Salamah

36.

Berikut merupakan isi kandungan Bai'ah Aqabah pertama kecuali .......

a)

tidak mencuri

b)

tidak berzina

c)

melindungi dan mempertahankan Rasulullah SAW

d)

tidak membunuh anak

37.

Siapakah yang ditugaskan menghantar makanan ke gua Tsur?

a)

saiyyidatina khadijah

b)

saiyyidatina aisyah

c)

asmak binti abu bakar

d)

saiyyidatina fatimah

38.

Di manakah Rasulullah SAW bersembunyi sewaktu berhijrah ke Madinah?

a)

gua hira'

b)

gua tsur

c)

bukit thursina

d)

bukit uhud

39.

Antara isi kandungan Bai'ah kedua ialah....

a)

melindungi dan mempertahankan diri sendiri

b)

melindungi dan memperthankan Rasulullah S.A.W seperti melindungi keluarga sendiri

c)

melindungi keluarga Rasulullah SAW

d)

melindungi diri untuk kemenangan

40.

Ansar ialah golongan

a)

Penduduk asal Madinah yang memeluk Islam dan membantu perjuangan Rasulullah

b)

Orang Islam yang berhijrah bersama Rasulullau dari Mekah ke Madinah

c)

Suku kaum Aus dan Khazraj

d)

Kaum musyrikin dan yahudi

41.
Cara Nabi Muhammad SAW mendirikan kerajaan Islam Madinah dikatakan berbeza daripada cara yang dilakukan oleh pemimpin dunia yang lain. Mengapa?
a)
Memodenkan negara
b)
Memajukan ekonomi negara
c)
Menyusun perlembagaan negara
d)
Mengemas kini pentadbiran negara
42.

Antara iktibar daripada kepimpinan Rasulullah SAW (dari sudut kemasyarakatan) ialah memelihara _______________ dan bantu-membantu sesama rakan tanpa mengira kaum dan agama.

a)

kekeluargaan

b)

hubungan baik

c)

akhlak

43.

Apakah maksud Piagam Madinah?

a)

Undang-undang dan syariat Islam di Madinah

b)

Perlembagaan bertulis di Madinah

c)

Hudud di Madinah

d)

Syariat Islam di Madinah

44.
  • Gelaran : Al Humaira
  • Perkahwinan: Berkahwin dengan Rasulullah SAW pada bulan Syawal,3 tahun sebelum hijrah
  • Wafat pada tahun 58 hijrah

Siapakah beliau?

a)

Saidatina Khadijah R.A

b)

Saidatina Aisyah R.A

c)

Saidatina Fatimah R.A

d)

Saidatina Sumayyah R.A

45.

Pilih 2 penyataan yang tepat tentang Saidatina Khadijah R.A.

a)

Bangsawan Quraisy daripada suku Bani Asad

b)

Diberi gelaran Az-Zahra

c)

Wafat pada usia 28 tahun

d)

Seorang tokoh perniagaan yang kaya dan berjaya

46.

Apakah gelaran yang diberikan kepada Saidatina Fatimah R.A?

a)

At-Tahirah

b)

Al-Humaira

c)

Az-Zahra

d)

As-Sadiqah

47.

Pilih dua pernyataan yang tepat tentang Saidatina Sumayyah R.A

a)

Keluarga Sumayyah R.A antara yang terawal memeluk Islam.

b)

Sanggup membelanjakan seluruh hartanya demi Islam

c)

Meriwayatkan tidak kurang 2210 hadis Rasulullah SAW dalam pelbagai bidang

d)

Merupakan bekas hamba kepada Abu Huzaifah Al-Mahzumi