NEW
Font size
WorksheetsPENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Reka bentuk dan __________ ialah gabungan pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang dengan mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik.
informasi
perniagaan
teknologi
produk
Pilih padanan bidang reka bentuk dan teknologi yang betul.
Teknologi - Pembuatan
Seni - Seramik
Perkhidmatan - Bahasa
Komunikasi - Mesin
Antara warna yang berikut, yang manakah tergolong dalam warna primer?
Merah jingga
Hijau
Hijau biru
Kuning
Rajah di atas merujuk kepada teknik pembinaan objek .......
pembenaman
pembuangan
penyatuan
peleraian
Rajah menunjukkan produk yang menggambarkan prinsip reka bentuk. Apakah prinsip reka bentuk yang betul merujuk kepada rajah di atas?
Keseimbangan
Kontras
Kepelbagaian
Harmoni
Dalam pembuatan produk, ciri __________ haruslah dapat memberikan keselesaan kepada pengguna.
inovasi
kreativiti
kualiti
ergonomik
Pilih pernyataan yang betul mengenai teknik penyatuan.
Boleh dilakukan secara bertindih pada tempat yang sama atau pada bahagian bucu atau sebahagian sahaja
Memasukkan sesuatu objek asas ke dalam objek yang lain
Memotong bahagian yang tidak dikehendaki
Menjadikan objek asas suatu objek baharu yang lebih ringkas
Reka bentuk dan teknologi menyumbang kepada .......
pembangunan sosial, sains dan perniagaan
peluang pekerjaan yang terhad
peningkatan harga barang dan perkhidmatan
kerja-kerja pengubahsuaian yang kompleks
Maklumat yang berikut adalah subbidang bagi reka bentuk dan teknologi.
* Grafik
* Komunikasi
* Pengimejan
* Muzik
Antara yang berikut, pilih kategori bidang yang tepat.
Ketenteraan
Kediaman
Industri
Maklumat dan komunikasi
Peranan reka bentuk memberikan penekanan kepada tiga kelompok sasaran, iaitu ............
I Individu
II Masyarakat
III Pesaing
IV Negara
I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Antara peranan reka bentuk yang berikut, yang manakah memberi penekanan kepada masyarakat?
Memberikan kebebasan memilih
Melindungi dan memelihara etika sosial
Menjadi aset negara yang berharga
Meningkatkan pendapatan negara
Paten, cap dagangan, hak cipta dan reka bentuk perindustrian ialah __________ yang dilindungi di bawah undang-undang di Malaysia.
harta persendirian
harta pusaka
harta intelek
harta ciptaan
Antara yang berikut, manakah tidak termasuk dalam garis panduan yang perlu dipatuhi dalam etika reka bentuk?
Keaslian
Jujur
Selamat digunakan
Mengutamakan keuntungan
Rajah menunjukkan kerjaya seorang individu. Apakah tugasan am bagi individu dalam rajah?
Mereka bentuk lukisan, logo dan iklan
Mereka bentuk hiasan dalaman
Merancang reka bentuk dan pelan pembangunan
Mereka bentuk langkah pengajaran
Inovasi ialah ___________ mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu.
pengetahuan
aktiviti
kaedah dan proses
perbincangan
Inovasi ialah pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih ..........
I baik
II menjimatkan
III mesra pengguna
IV kompleks
I, II dan III
II, III dan IV
I, II dan IV
I, II, III dan IV
Rajah menunjukkan sebuah pencetak 3D. Produk di atas dikategorikan dalam bidang .........
pendidikan
teknologi maklumat
pembuatan
pertahanan
Antara yang berikut, pilih peralatan dalam bidang pendidikan yang dibangunkan melalui invensi dan inovasi reka bentuk.
I Alat tayangan multimedia
II Kamus digital
III Tablet pembelajaran
IV Jam pintar
I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Syarikat pengeluar telefon pintar sering memperbaharui ______ agar terus diminati di pasaran.
I warna
II fungsi
III kapasiti
IV cara kendalian
I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Antara berikut, manakah bukan ciri utama telefon pintar pengesan gempa bumi?
Mentafsir aktiviti gempa bumi yang berdekatan
Menganggarkan lokasi gempa bumi
Menyatakan magnitud pada masa sebenar
Merupakan aplikasi berbayar
