Font size
WorksheetsPAI T3 :ZIKIR PENENANG HATI
Total questions: 21
Worksheet time: 12mins
1. Apakah maksud Zikir?
Mengingati Allah
Mengingati ibu bapa
Mengingati Rasulullah
2. Zikir boleh dilakukan dengan 3 cara iaitu:
( PILIH 3 JAWAPAN )
Hati
Penulisan
Perbuatan
Lisan
3. Pilih 3 contoh zikrullah:
( pilih 3 jawapan )
Menonton Televisyen
Menuntut Ilmu
Mengucapkan Alhamdulillah
Bermain 'game PUBG'
Membaca Al-Quran
4. Manakah 3 contoh zikir dengan lisan yang betul?
(pilih 3 jawapan )
الله أكبر
الحمد لله
كات كست
سبحان الله
ماره
5. Pilih 3 contoh Zikrullah dengan perbuatan:
( pilih 3 jawapan )
Menjaga alam sekitar
Patuhi peraturan jalan raya
Menconteng buku teks sekolah
Tidak membazir makanan
Membuang sampah merata-rata
6. Kenapa kita perlu mengamalkan adab berzikir dengan betul?
( pilih 3 jawapan )
Hidup dimurkai oleh Allah
Jiwa menjadi tenang
Dekat hubungan dengan Allah
Mengikut sunnah Rasulullah
Semakin jauh dengan Allah
7. Apa pula kesan mengabaikan adab berzikir?
( pilih 3 jawapan )
Lalai daripada mengingati Allah
Jauh daripada rahmat Allah
Jiwa menjadi tenang
Mudah melakukan dosa
Diberkati oleh Allah
8. Apakah maksud zikir أَسْتَغْفِرُ الله ?
Ampunkan dosaku ya Allah
Engkau yang Maha Berkuasa
Bersyukur atas nikmatmu ya Allah
9. Manakah pilihan yang lebih menenangkan hati kita apabila mendengarnya?
Menonton pertandingan bola sepak
Zikir سبحان الله، الحمد لله، الله أكبر
Mendengar lagu-lagu muzik rock
10. zikir perlu diucapkan agar tidak menjadi orang yang
lalai
malas
longlai
rugi
11. apakah nama sujud yang perlu dilakukan ketika solat apabila menemui tanda kubah masjid didalam alquran?
sujud sahwi
sujud taubat
sujud sunat
sujud tilawah
12. apakah maksud zikir dari segi bahasa?
ingatan
istirehat
solat
selawat
13. maksud zikir dari segi istilah ialah mengingati Allah s.w.t melalui _____atau______
dengar atau hati
hati atau fikiran
hati atau lisan
lisan atau fikiran
14. yang manakah bukan peranan zikir
menimbulkan rasa syukur kepada Allah
memberi petunjuk kepada jalan kebenaran
menjadi perisai diri dari gangguan syaitan
mendekatkan diri dengan maksiat
15. Pilih jawapan yang betul berkenaan dengan adab berzikir. ( pilih 3 jawapan )
Sentiasa mengingati Allah SWT dalam hati.
Berzikir dengan suara yang nyaring
Berzikir dengan penuh rasa takut kepada Allah SWT.
Berzikir dengan penuh merendah diri.
16. Pengajaran daripada ayat 205-206 Surah Al-'Araf ialah...
Kita hendaklah sentiasa berlumba-lumba dalam urusan kebaikan agar hidup dirahmati Allah SWT.
Kita hendaklah sentiasa berzikir kepada Allah SWT sepanjang masa agar hidup kita lebih tenang.
Kita hendaklah bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat kurniaannya dengan menjauhi larangan supaya kita beroleh kesejahteraan yang berpanjangan.
Kita hendaklah menyaringkan suara ketika berzikir agar dapat mendatangkan rasa khusyuk, takut dan rendah diri kepada Allah SWT
17. Siapakah yang Allah jadikan contoh dalam berzikir?
Jin
Manusia
Haiwan
Malaikat
18. "Berzikir dengan penuh rasa takut kepada Allah" termasuk dalam ...
Peranan Zikir
Contoh berzikir
Adab berzikir
Cara sujud tilawah
19. Antara berikut, yang manakah ucapan paling afdhal bagi malaikat dan hamba Allah mengikut hadith Abu Zar?
Astaghfirullah
Masyallah
La ilaha Illalah
Subhanallah wa Bihamdihi
20. Berikut adalah zikir yang ma'thur KECUALI __________
subhanallah
Astagfirullah
Allahuakbar
Laukana bainana
21. Berikut adalah tambahan adab berzikir yang diamalkan oleh para ulama KECUALI
berzikir ketika lama berqada' hajat
berzikir dengan tenang dan khusyuk
memastikan tempat berzikir bersih daripada kekotoran dan suci daripada najis
berzikir bersama-sama imam seperti selepas solat fardu
