Font size
WorksheetsKuiz Fizik Haba I
Total questions: 50
Worksheet time: 29mins
Apakah maksud 'haba'?
Bentuk tenaga yang panas
Ukuran darjah kepanasan
Tahap kepanasan maksimum sesuatu bahan
Apakah alat yang digunakan untuk mengukur suhu sesuatu bahan?
Termometer
Speedometer
Periskop
Stetoskop
Muatan haba tentu, c ialah
kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu sebanyak 1°C
kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu sebanyak 1°C bagi bahan berjisim 1 kg
kuantiti haba yang diperlukan untuk mengubah 1 kg pepejal kepada cecair
kuantiti haba yang diperlukan untuk mengubah 1 kg cecair kepada gas
Suhu ialah
Temperature is
Panas atau sejuk
Hot or cool
Suatu bentuk tenaga
A form of energy
Darjah kepanasan objek
Degree of hotness of an object
Haba
Heat
Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan terma?
Pemindahan haba bersih adalah sifar
Kadar pengaliran haba tidak sama
Pemindahan haba bersih adalah dari objek panas ke objek sejuk
Suhu kedua-dua objek adalah sama
Rajah menunjukkan sebatang sudu diletakkan dalam semangkuk sup pada suhu 95oC. Penyataan manakah yang betul apabila keseimbangan terma dicapai?
Suhu sup tidak berubah
Suhu sudu tidak berubah
Tiada pengaliran haba antara sup dan sudu
Sup dan sudu mempunyai suhu yang sama
Perkara yang berikut akan meningkatkan kepekaan termometer merkuri-dalam-kaca kecuali
Tiub kapilari yang berongga sempit dan halus.
Dinding kaca bebuli yang nipis.
Bebuli yang kecil untuk mengandungi kurang merkuri.
Kewujudan vakum di atas turus merkuri.
Bagaimanakah haba dipindahkan dari hujung rod yang panas ke tangan pemegang?
konduksi
perolakan
sinaran
Haba dari unggun api dipindahkan ke tangan melalui...
konduksi
perolakan
sinaran
"Pada waktu siang darat menjadi panas lebih cepat daripada laut. Udara panas di atas darat menjadi kurang tumpat dan bergerak ke atas manakala udara sejuk dari laut bertiup ke arah darat".
Pernyataan berikut menerangkan tentang ...
Bayu laut
Bayu darat
Rajah menunjukkan bebola logam tidak dapat melalui gelang logam. Apakah yang perlu dilakukan supaya bebola logam boleh melalui gelang logam itu?
Panaskan bebola logam.
Rendam bebola logam dalam air.
Panaskan bebola dan gelang logam.
Rendam gelang logam dalam air
Rajah menunjukkan dua blok kuprum L dan M, yang saling bersentuhan. Suhu awal L ialah 50 °C dan suhu awal M ialah 30 °C. Pernyataan yang manakah betul semasa
L dan M berada dalam keadaan keseimbangan terma?
Suhu L lebih tinggi daripada M
Kuantiti haba dalam L sama dengan M
Kadar perubahan suhu L lebih besar daripada M
Kadar bersih pengaliran haba antara L dan M adalah
sifar
Fenomenon manakah menunjukkan aplikasi muatan haba tentu dalam kehidupan seharian?
Mengstim ikan
Menyejukkan enjin kereta
Menyejukkan air kopi
Menuang kopi daripada alat pembancuh kopi
Muatan haba tentu bermaksud...
Kuantiti haba yang diperlukan untuk mengubah keadaan jirim
Kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 °C
Kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 °C bagi 1 kg bahan
Apakah ciri bahan yang sesuai digunakan pada bawah kuali?
Takat lebur rendah
Takat didih rendah
Muatan haba tentu rendah
Kekonduksian haba rendah
Mengapakah pemegang senduk diperbuat daripada bahan bermuatan haba tentu tinggi?
Untuk mengurangkan jisim senduk
Untuk mengurangkan peningkatan suhu
Untuk meningkatkan takat lebur
Untuk mengurangkan pengembangan pemegang
Dua blok logam yang berlainan jenis X dan Y berjisim sama dipanaskan dengan jumlah haba yang sama. Kadar peningkatan suhu blok logam Y lebih lambat daripada blok logam X. Pernyataan manakah yang betul?
Muatan haba tentu blok logam X lebih kecil daripada muatan haba tentu blok logam Y
Blok logam X boleh menyimpan haba lebih banyak daripada blok logam Y
Haba pendam blok logam X sama dengan blok logam Y
Kadar penyejukan blok logam X lebih lambat daripada blok logam Y
Nilai muatan haba tentu bahan manakah yang sesuai untuk membuat pemegang, badan dan tapak kuali memasak itu?
Pemegang = tinggi
Badan = rendah
Tapak = rendah
Pemegang = tinggi
Badan = rendah
Tapak = tinggi
Pemegang = rendah
Badan = tinggi
Tapak = tinggi
Pemegang = rendah
Badan = tinggi
Tapak = rendah
Di waktu malam, darat menyejuk lebih cepat daripada laut. Pernyataan manakah yang menerangkan keadaan itu?
Pepejal membebaskan haba lebih cepat daripada cecair
Laut menyerap haba lebih banyak daripada darat pada waktu malam
Bayu bertiup daripada laut ke darat pada waktu malam
Muatan haba tentu air laut lebih besar daripada darat
Rajah menunjukkan aliran udara bayu darat. Fenomena ini disebabkan:
laut sama panas dengan daratan
laut lebih panas daripada daratan
daratan lebih panas daripada laut
Terdapat dua jenis haba pendam tentu iaitu ...
Haba Pendam Tentu Pelakuran & Pendidihan
Haba Pendam Tentu Pendidihan & Pengewapan
Haba Pendam Tentu Pelakuran & Pengewapan
Formula untuk Haba Pendam Tentu ialah ..
Q=mc θ
Q=mL
Nyatakan satu sebab suhu tidak meningkat walaupun haba dibekalkan.
Haba yang dibekalkan digunakan untuk memecahkan ikatan antara molekul.
Haba yang dibekalkan digunakan untuk melemahkan ikatan antara molekul.
Haba yang dibekalkan digunakan untuk menguatkan ikatan antara molekul.
Rajah menunjukkan dua biji gelas P dan Q yang sukar dipisahkan. Apakah cara yang patut dilakukan untuk memisahkan gelas itu?
Rendam gelas P dalam air panas.
Rendam gelas Q dalam air panas.
Rendam gelas P dalam air yang mengandungi ais.
Rendam kedua-dua gelas dalam air panas.
Sebatang sudu diletakkan dalam semangkuk sup pada suhu 95 oC. Pernyataan manakah yang betul apabila keseimbangan terma dicapai?
Suhu sup tidak berubah
Suhu sudu tidak berubah
Tiada pengaliran haba antara sup dan sudu
Sup dan sudu mempunyai suhu yang sama
Rajah menunjukkan dua silinder logam X dan Y berada dalam keseimbangan terma.
Pernyataan manakah betul tentang suhu X dan Y?
Suhu X = suhu Y
Suhu X > suhu Y
Suhu X < suhu Y
Logam X direndam dalam air mendidih selama 10 minit.
Logam X itu kemudiannya dipindahkan ke dalam minyak dengan suhu awal 30 oC. Apakah suhu akhir minyak itu?
Kurang daripada 30 oC
Lebih daripada 30 oC
Lebih daripada 100 oC
Di antara 30 oC dan 100 oC
Merkuri digunakan di dalam termometer cecair-dalam-kaca kerana ia
melekat pada dinding kaca
mempunyai takat didih yang rendah
mengembang dan mengecut sekata
adalah lutsinar dan mudah dibaca
Konsep manakah yang menerangkan prinsip kerja termometer?
Muatan haba tentu
Keseimbangan terma
Sentuhan terma
Pemindahan haba
Ais digunakan untuk mengekalkan kesegaran ikan kerana
ikan menyerap kuantiti haba yang banyak daripada ais
ais mempunyai suhu yang lebih rendah daripada ikan
ais berupaya menyerap kuantiti haba yang banyak daripada ikan ketika ais cair
Rajah menunjukkan aliran udara bayu darat. Fenomena ini disebabkan:
laut sama panas dengan daratan
laut lebih panas daripada daratan
daratan lebih panas daripada laut
Kepekaan termometer alkohol-dalam-kaca boleh ditingkatkan dengan
mengurangkan saiz bebuli
mengurangkan panjang termometer itu
mengurangkan diameter tiub kapilari
mengurangkan isipadu alkohol
Rajah menunjukkan air panas yang ditambahkan kepada air sejuk. Pernyataan manakah benar mengenai pemindahan haba? [Andaikan bahawa sistem tersebut adalah tertutup]
Haba yang hilang daripada air panas sama dengan haba yang diperolehi air sejuk
Haba yang hilang daripada air panas lebih daripada haba yang diperolehi air sejuk
Haba yang hilang daripada air panas kurang daripada haba yang diperolehi air sejuk
Muatan haba tentu sesuatu bahan ialah
jumlah tenaga haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kg bahan itu tanpa mengubah keadaannya
jumlah tenaga haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kg bahan itu sebanyak
1°Cjumlah haba yang disimpan oleh 1 kg bahan itu apabila suhu jatuh sebanyak 1°C
jumlah haba yang hilang ke persekitaran apabila 1 kg bahan itu berubah keadaan
1.5 kg air disejukkan dari suhu
80°C sehingga 30°C . Cari jumlah tenaga haba yang hilang daripada ir itu. [Muatan haba tentu air = 4200 Jkg−1 °C−1 ]189 kJ
315 kJ
504 kJ
680 kJ
Rajah menunjukkan perubahan suhu terhadap masa bagi lilin daripada cecair kepada pepejal. Bahagian graf yang manakah menunjukkan campuran lilin pepejal dan cecair?
PQ
QR
RS
ST
Satu pepejal berjisim 0.3 kg dipanaskan oleh pemanas elektrik 200 W. Graf suhu-masa bagi proses ini ditunjukkan dalam rajah. Hitung muatan haba pendam tentu pelakuran pepejal itu.
4.36 x 103 Jkg−1
9.44 x 103 Jkg−1
8.33 x 104 Jkg−1
2.00 x 105 Jkg−1
Air punyai m.h.t. yang tinggi, digunakan sebagai agen penyejuk dlm radiator kereta. Apa sebabnya?
air konduktor yg baik
boleh menyejuk dengan cepat
boleh serap kuantiti haba yg banyak dengan peningkatan suhu
air mudah tersejat
Haba Pendam Tentu. Proses pepejal berubah menjadi cecair. Proses ini disebut sebagai?
muatan haba tentu pepejal
haba pendam tentu pengewapan
muatan haba tentu cecair
haba pendam tentu pelakuran
Apabila seseorang yang sedang berpeluh berada di bawah kipas angin yang dipasang, peluh akan menjadi kering dan badan menjadi sejuk. Ini disebabkan
Peluh akan terkodensasi dan menyejukkan tubuh
Peluh akan tersejat dan haba pendam badan diserap
Kipas yang dipasang meniupkan angin mengeringkan peluh dan menyejukkan tubuh
Kipas angin mengeluarkan angin sejuk terhadap badan
Bekas A mengandungi 100cm3 air dengan suhu 100°C , manakala bekas B mengandungi air dengan isipadu yang sama pada suhu 30°C .
Air dalam bekas A dan bekas B dicampurkan di dalam bekas C.
Dengan menganggap tiada tenaga yang hilang ke persekitaran, berapakah suhu air di dalam bekas C?
45°C
55°C
65°C
75°C
Kakak memasukkan minyak di dalam kuali panas sebelum menumis bahan masakan. Secara tidak sengaja, semasa minyak sedang panas, kakak terpercik air ke dalam kuali lalu minyak menjadi 'meletup-letup'.
Secara fizik, mengapakah keadaan minyak menjadi 'meletup-letup itu berlaku?
Muatan haba tentu minyak lebih rendah berbanding air.
Muatan haba tentu air lebih rendah berbanding minyak.
Kuantiti minyak lebih banyak berbanding air.
Kuantiti air lebih banyak berbanding minyak.
Emak baru sahaja membeli sebuah periuk baharu dari aplikasi GoSyopp. Emak tertarik untuk membeli periuk tersebut kerana bahan untuk membuat pemegang, dinding periuk dan tapak periuk itu diperbuat daripada tiga material yang berkualiti.
Susunan manakah menunjukkan tertib menaik muatan haba tentu bagi ketiga-tiga bahagian periuk tersebut?
pemegang, dinding periuk, tapak periuk.
tapak periuk, dinding periuk, pemegang.
dinding periuk, tapak periuk, pemegang.
A
B
C
D
A
B
C
D
B
A
B
C
D
A
B
C
D
A
B
C
D
