Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGURUSAN PROJEK

Total questions: 14

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Pengurusan projek reka bentuk merupakan aktiviti kerja yang melibatkan proses kerja, iaitu ..............

I skop kerja

II skop tempat

III tempoh masa

IV kos projek

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan tempoh masa dalam pengurusan projek?

a)

Suatu tempoh yang ditetapkan untuk menyempurnakan sesuatu projek

b)

Suatu tempoh antara proses mengenal pasti masalah sehingga membuat lakaran idea

c)

Suatu tempoh bagi membuat pembinaan projek

d)

Suatu tempoh bagi menguji projek yang telah disiapkan

3.

Rajah menunjukkan sebuah idea reka bentuk. Bagaimanakah idea reka bentuk produk di atas dijana?

a)

Menterbalikkan fungsi sesuatu alat

b)

Menukar saiz objek

c)

Menterbalikkan kedudukan

d)

Meniru daripada persekitaran

4.

Rajah yang berikut menunjukkan peringkat pengurusan projek. Apakah peringkat X?

a)

Pembinaan projek

b)

Pengujian

c)

Penilaian

d)

Penjadualan

5.

Rajah menunjukkan carta organisasi pasukan projek di sekolah. Siapakah ahli pasukan di X?

a)

Penolong pengurus projek

b)

Pembangun mock-up/model

c)

Penguji projek

d)

Penilai projek

6.

Apakah kepentingan perancangan projek yang baik?

I Memastikan objektif tercapai

II Mengelakkan pembaziran sumber

III Mencegah gangguan

IV Meningkatkan kualiti

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

7.

Fahami pernyataan berikut.


Penanda atau perkara yang bakal berlaku mengikut urutan.


Pernyataan di atas adalah mengenai ..........

a)

Milestone

b)

Carta bar

c)

Carta organisasi

d)

Carta alir

8.

Bilakah peringkat pengawalan dilakukan?

a)

Sebelum memulakan projek

b)

Selepas memulakan projek

c)

Sepanjang proses menyiapkan projek

d)

Selepas projek selesai disiapkan

9.

Mengapakah penting untuk melakukan susunan aktiviti?

a)

Bagi memastikan aktiviti dilakukan secara berturutan dan tidak mengganggu perjalanan projek

b)

Bagi memudahkan kerja-kerja menyempurnakan projek

c)

Supaya aktiviti projek dapat disiapkan dengan cepat

d)

Supaya aktiviti projek melangkaui had belanjawan projek

10.

Penyediaan _________ ialah satu proses yang wajib dilakukan oleh perunding bahan yang bertindak sebagai tempat rujukan kepada pihak pelanggan.

a)

jadual kerja

b)

tempoh masa

c)

anggaran kos

d)

kaedah pengujian

11.

Pilih padanan yang betul bagi takrif konsep SMART yang berikut.

a)

S - penetapan tujuan projek

b)

M - sudut keupayaan kewangan dan tenaga kerja

c)

R - pengagihan kewangan

d)

T - kesesuaian dengan kehendak pengguna

12.

Kos pengeluaran bagi sebuah bakul rekaan Aina ialah RM8.90. Aina bercadang untuk menjual bakul tersebut dengan harga RM12.50. Berapakah peratus keuntungan yang akan diperoleh?

a)

28.8%

b)

30.6%

c)

40.5%

d)

50.2%

13.

Apakah ciri-ciri kumpulan kerja?

I Setiap individu membantu dan bekerjasama

II Berkongsi maklumat

III Mempunyai matlamat yang sama

IV Berkomunikasi

a)

I, II dan III

b)

I, III dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

14.

Yang manakah antara berikut kelebihan pembentukan kumpulan kerja kepada individu?

a)

Tanggungjawab dikongsi

b)

Hasil yang optimum

c)

Penglibatan menyeluruh

d)

Komunikasi terbuka