Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Ganda Berirama

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Badan saya terasa _______ setelah mandi air perigi yang sejuk itu.

a)

tawar-hambar

b)

comot-momot

c)

kusut-masai

d)

segar-bugar

2.

Guru besar mengambil tindakan tatatertib _____ terhadap murid yang terlibat dengan kes buli itu.

a)

porak-peranda

b)

lambat-laun

c)

remeh-temeh

d)

serta-merta

3.

Rendang itu sangat sedap kerana dimasak menggunakan _____ yang istimewa.

a)

rempah-ratus

b)

lauk-pauk

c)

sayur-mayur

d)

saki-baki

4.

Nasi itu _______ kerana api dapur terlalu besar.

a)

hangit-pengit

b)

gelap-gelita

c)

haru-biru

d)

hancur-lebur

5.

Jason berasa curiga melihat seorang pemuda yang berjalan ________ di hadapan rumah jirannya.

a)

lenggang-lenggok

b)

mundar-mandir

c)

lintang-pukang

d)

simpang-siur

6.

Keadaan di dalam kedai runcit itu ________ setelah dimasuki pencuri pada malam tadi.

a)

tunggang-langgang

b)

hiruk-pikuk

c)

kelam-kabut

d)

riuh-rendah

7.

“Ketumbuhan ini jika dibiarkan _________ akan menjadi kanser,” kata Doktor Idayu kepada pesakitnya.

a)

umbang-ambing

b)

dolak-dalih

c)

lambat-laun

d)

keluh-kesah

8.

Pendatang tanpa izin itu menyamar sebagai pengemis dengan pakaian _________.

a)

tunggang-langgang

b)

warna-warni

c)

compang-camping

d)

kusut-masai

9.

Bunyi jantungnya _________ sewaktu hendak mengambil keputusan peperiksaan itu.

a)

lentang-lentung

b)

riuh-rendah

c)

degap-degup

d)

liang-liuk

10.

Walaupun usahawan itu _______ namun dia tidak sombong.

a)

kelam-kabut

b)

hina-dina

c)

kucar-kacir

d)

kaya-raya