NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Menengah Rendah
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Fenomena El-Nino telah menyebabkan ____________ di negara kita mengalami jerebu yang teruk.
lalu lintas
jalan raya
suhu panas
ruang udara
Tetamu yang menghadiri kenduri di rumah Pak Mahat ________ ketika makan di ruang tamu.
beratur
berlunjur
bersimpuh
bertingguh
Guru yang ditempatkan di sekolah pedalaman hendaklah memiliki sifat yang _______ apabila menjalankan tugas.
tegas
teguh
kuat
kental
Johari hanya terpinga-pinga _________ Cikgu Azhar menanyakan soalan Matematik kepadanya.
sejak
kerana
dengan
apabila
Haryati ____________ selepas pengacara majlis mengumumkan namanya sebagai penerima Tokoh Pelajar Cemerlang di sekolahnya.
terpegun
terpukau
tergamam
tercengang
Mamat ingin berhijrah ke bandar tetapi tidak kesampaian kerana ibunya berhasrat supaya dia berkahwinkan dengan gadis pilihannya. Tiada kesalahan.
berhijrah
berhasrat
berkahwinkan
tiada kesalahan
Apakah tema yang bersesuaian dengan Sajak Senja Di Palang Besi ?
Kemiskinan banduan
Kepayahan hidup banduan
Kesengsaraan hidup banduan
Kehidupan sedih seorang banduan
Pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen Legasi Tapai Ubi ialah _______________________
Kita mestilah menanamkan sikap ingin membantu ibu bapa yang telah berkorban masa dan tenaga untuk membesarkan kita.
Kita mestilah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang telah membantu kita memperoleh kejayaan.
Kita mestilah berusaha untuk menjadi pakar penyelidik di samping memperkenalkan produk tempatan.
Kita mestilah bijak mengatur strategi perniagaan untuk melariskan barang yang dijual.
Yang berikut ialah watak dan perwatakan yang ditonjolkan oleh Aku dalam cerpen Legasi Tapai Ubi, kecuali
Seorang anak yang taat kepada perintah kedua-dua ibu bapanya.
Seorang yang teliti dalam melaksanakan tugas dan penyelidikannya.
Seorang yang mengenang budi akan jasa dan pengorbanan kedua-dua ibu bapanya.
Seorang yang bertanggungjawab terhadap tugas dan sering menerima pujian daripada pelbagai pihak.
Bagaimanakah perasaan banduan yang diluahkan di dalam rangkap ke-2 Sajak Senja Di Palang Besi?
kisah hidupnya yang dahulu bahagia namun kini terpinggir, sengsara dan terbuang di penjara.
kisah dirinya yang semakin dipinggirkan kerana atas perbuatannya
yang melakukan kesalahan yang berat.
kisah dirinya yang telah dipenjarakan kerana dianiayai oleh perbuatan rakan dan saudaranya sendiri.
kisah dirinya yang mengalami kesengsaraan sedangkan hukuman
tersebut bukan kesalahan yang dilakukan.
Kakinya terasa ______kerana berjalan terlalu jauh.
lumpuh
lenguh
lembik
letih
Habis pakaiannya akibat digigit oleh anjing yang garang itu.
compang-camping
comot-momot
koyak-rabak
serbah-serbih
Kerana sering kali dirinya sebagai anak orang berada, dia kini dipulaukan oleh beberapa orang rakan sekelasnya.
membesar
memperbesarkan
memperbesar
membesar-besarkan
Ayah menghadiahi ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
menghadiahi ibu seutas rantai yang amat cantik sekali
menghadiahkan ibu seutas rantai yang amat cantik sekali
menghadiahkan ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali
menghadiahi ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali
Haikal yang selama ini hidup dalam serba kekurangan tiba-tiba menjadi orang yang g df dihormati di kampung itu setelah berkahwin dengan anak penghulu.
Situasi di atas sesuai dengan peribahasa
cacing hendak menjadi naga
kaduk naik junjung
kera mendapat bunga
anak kucing menjadi harimau
