Font size
Worksheets900/3 PBB-KOMANWEL-NAM-
Total questions: 20
Worksheet time: 17mins
1. Yang manakah berikut merupakan faktor penentu penyertaan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?
A. PBB mengutamakan hak asasi manusia
B. PBB menerima semua negara tanpa mengira ideologi
C. PBB melaksanakan kerjasama multilateral dalam perdagangan bebas
D. PBB mengambil sikap berkecuali dalam hal ehwal dalaman negara lain
2. Yang manakah komitmen Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?
A Menyokong perdagangan bebas
B Meningkatkan keamanan sejagat
C Menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan
D Menghantar tentera ke negara lain untuk memerangi pengganas
3. Yang manakah antara yang berikut merupakan pendirian Malaysia dalam isu benua Antartika?
I Pembangunan di Antartika akan menjejaskan alam sekitar dan ekologi dunia
II Membantah penubuhan industri perikanan laut dalam di Antartika
III Hasil kajian di Antartika harus menguntungkan manusia sejagat
IV kajian senjata nuklear hanya boleh dijalankan di Antartika
I DAN II
I DAN III
II DAN IV
III DAN IV
4. Malaysia telah dipilih sebagai ahli dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mendapat sokongan dua pertiga ahli
A Majlis Amanah
B Majlis Keselamatan
C Perhimpunan Agung
D Majlis Ekonomi dan Sosial
5. Yang manakah yang benar tentang Protokol Kyoto yang dipersetujui oleh Malaysia?
A Mengurangkan pembebasan gas rumah hijau
B Menghijaukan bumi dengan penghutanan semula
C Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon
D Mengitar semula sisa bahan buangan
6. Penyertaan Malaysia dalam beberapa misi pengaman adalah untuk
A Menyelesaikan konflik antarabangsa
B Meningkatkan keselamatan serantau
C Menjaga kepentingan negara membangun
D Memastikan rakyat Malaysia di luar negara dilindungi
7. Yang manakah melibatkan tentera Malaysia dalam pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?
I Perdamaian Palestin dengan Israel
II Perang saudara di Timor Leste
III Perlindungan mangsa perang di Lubnan
IV Pengunduran tentera Soviet Union dari Afghanistan
I DAN II
I DAN IV
II DAN III
III DAN IV
8. Yang manakah berikut merupakan isu-isu yang mengharumkan Malaysia di mata dunia?
I Menjadi jurucakap negara Dunia Ketiga
II Berkecuali dalam isu Amerika Syarikat-Iraq dan Perang Bosnia-Herzegovina
III Prestasi tentera Malaysia di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendapat pengiktirafan dunia
IV Menduduki kerusi tidak tetap di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebanyak empat kali
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
9. Yang manakah antara berikut menunjukkan pendirian Malaysia terhadap isu Palestin?
I Rakyat Palestin berhak untuk pulang ke tanah air mereka sendiri
II Israel hendaklah berundur dari wilayah Arab yang didudukinya
III Malaysia menghulurkan bantuan ketenteraan kepada pejuang Palestin
IV Malaysia mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya mengenakan sekatan ekonomi terhadap Israel
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
· Pulau Y menjadi rebutan antara Malaysia dengan negara jiran
· Kes tersebut terpaksa dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk diselesaikan
· Keputusan mahkamah berpihak kepada Malaysia
10. Pulau Y merujuk kepada
A Pulau Spratly
B Pulau Ambalat
C Pulau Ligitan
D Pulau Batu Putih
11. Yang manakah berikut benar tentang hubungan Malaysia dengan negara-negara anggota Komanwel?
A Mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang khusus
B Memelihara kedaulatan kerajaan Britain sebagai bekas jajahan British
C Mengadakan pakatan ketenteraan dalam kalangan negara anggota
D Mempertingkatkan hubungan dan kerjasama dalam semua bidang sesama negara anggota
12. Yang manakah bukan faedah Malaysia menyertai Komanwel?
A Bantuan Rancangan Colombo
B Perjanjian Pertahanan dengan Britain
C Hubungan perdagangan dengan negara anggota
D Sokongan untuk menjadi anggota tetap dalam Majlis Keselamatan PBB
13. Yang manakah persetujuan yang telah dicapai dalam CHOGM di Malaysia pada tahun 1989?
I Meningkatkan kualiti alam sekitar
II Membanteras penyalahgunaan dadah
III Mengenakan sekatan ekonomi terhadap Soviet Union
IV Menyingkirkan Afrika Selatan kerana mengamalkan Aparteid
I DAN II
I DAN III
II DAN IV
III DAN IV
14. Yang manakah bukan faktor yang mendorong Malaysia menjadi anggota Komanwel pada tahun 1957?
A Malaysia akan menikmati pelbagai kemudahan dan bantuan dengan menyertai Komanwel
B Malaysia ingin memimpin pertubuhan itu demi mengimbangi kuasa besar
C Malaysia masih memerlukan bantuan pertahanan daripada negara asing khasnya Britain
D Dasar luar negara di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman memang pro-Barat dan pro-Komanwel
15. Yang manakah berikut ialah tujuan Rancangan Colombo yang telah diperkenalkan oleh Komanwel pada tahun 1950?
A Mengadakan kajian pertanian bersama
B Membantu negara anggota dari segi pertahanan
C Mengadakan hubungan perdagangan yang erat sesama negara anggota
D Menyediakan bantuan kewangan, biasiswa dan lain-lain kepada negara anggota yang kurang maju
· Memperjuangkan kedaulatan sesebuah negara
· Menentang campur tangan negara maju dalam hal ehwal sesebuah negara
16. Pernyataan di atas merujuk kepada pendirian Malaysia dalam
A Komanwel
B Pertubuhan Persidangan Islam
C Pergerakan Negara-Negara BerkecualI
D Memastikan rakyat Malaysia di luar negara dilindungi
17. Malaysia menganggotai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali atas dasar ingin
I Merapatkan hubungan sesama negara anggota
II Membantu negara anggota dalam bidang pertahanan III Merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara negara anggota
IV Meningkatkan dan mengukuhkan proses pelbagai hala untuk kepentingan bersama
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
PERISTIWA -
I DEKLARASI LANGKAWI
II TIADA HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN ISRAEL
III PERSIDANGAN ALAM SEKITAR
PERTUBUHAN/ DASAR
X KOMENWEL
Y DASAR LUAR
Z PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU
18. Padankan peristiwa I, II dan III dengan perkara X, Y dan Z
A. X, Z, Y
B. Y, X, Z
C. X, Y, Z
D. Z, Y, Z
· Membentuk kerjasama ekonomi yang lebih berkesan dalam kalangan negara anggota
· Menganjurkan sukan kedua terbesar di dunia
19. Pernyataan di atas merujuk kepada usaha Malaysia sebagai anggota
A ASEAN
B Komanwel
C Suruhanjaya Selatan-Selatan
D Pertubuhan Persidangan Islam
20. Yang manakah merupakan penyertaan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?
I. Menyertai misi pengaman PBB
II. Menerima lantikan sebagai Bendahari PBB
III.Menerima lantikan sebagai Penasihat Bank Dunia
IV.Menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB
A . l dan lll
B. l dan lV
C. ll dan lll
D. ll dan lV
