wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa Bahasa Melayu

Total questions: 25

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Zamir diminta oleh bapanya mencantas __________ kelapa yang sudah kekuningan di

kebun mereka pada petang itu.

a)

daun

b)

pokok

c)

batang

d)

pelepah

2.

Surat Pekeliling itu telah ditampalkan __________ papan kenyataan.

a)

di

b)

atas

c)

pada

d)

kepada

3.

Pergerakan pelakon itu dalam adegan pergaduhan kelihatan _________ kerana dia pernah mempelajari seni pertahanan diri.

a)

lasak

b)

cekap

c)

tangkas

d)

kencang

4.

Cikgu Zulaikha telah diamanahkan oleh pihak PIBG untuk __________ mata pelajaran Bahasa Melayu semasa cuti persekolahan kepada sekumpulan pelajar yang lemah.

a)

mengajar

b)

mengajari

c)

mengajarkan

d)

menunjuk ajar

5.

Danial Syahmi mengambil songkok hitamnya lalu __________ ke atas kepalanya,

a)

menyerkupkan

b)

menyerkapkan

c)

menyarungkan

d)

menyorongkan

6.

Sewaktu tergesa-gesa, menuju ke dapur kaki Umairah __________ pada bendul pintu biliknya.

a)

tersadung

b)

tersepak

c)

terpijak

d)

terselit

7.

Semua kakitangan di jabatan itu telah diingatkan oleh ketua mereka agar menjauhi perbuatan __________ yang akan mengakibatkan mereka disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

a)

gelap mata

b)

pisau cukur

c)

mata duitan

d)

tumbuk rusuk

8.
 ____________mestilah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu kebangsaan. 
a)
A. Kami
b)
B. Kita
c)
C. Mereka
d)
 D. Engkau 
9.
  _____________  yang cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran mereka ke Australia.  
a)
A. Budak –budak
b)
B. Kanak – kanak
c)
C. Lelaki –lelaki
d)
D. Pelajar –pelajar 
10.

Ayam – ayam itu _____________ apabila dikejar oleh Fahmi dan Asyraf.

a)

A. berselerak

b)

B. berkeliaran

c)

C. berpelesiran

d)

D. bertempiaran

11.
Kumpulan  pelancong asing itu sedang mendengar taklimat _______________  wakil syarikat pelancongan yang mengurus percutian mereka.  
a)
A. dari
b)
B. pada
c)
C. kepada
d)
D. daripada
12.

“ Ayah berasa gembira kerana hubungan kamu berdua yang ____________ sejak kecil masih kekal hingga sekarang,” kata Tuan Muhammad kepada anaknya Salman.

a)

A. terjalin

b)

B. jalinan

c)

C. dijalin

d)

D. menjalin

13.

Ayah membeli empat _______ nasi lemak untuk kami bersarapan.

a)

ketul

b)

batang

c)

buah

d)

bungkus

14.

Cikgu Alia Afrina menyuruh kami mengarang dua _______ pantun setiap seorang.

a)

rangkap

b)

perenggan

c)

patah

d)

baris

15.

Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ________ kepada lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

a)

prasyarat

b)

prasarana

c)

prasejarah

d)

prasekolah

16.

Anis sedang mengulang kaji pelajarannya pada malam itu, tiba-tiba dia terdengar orang sedang ________ mancis api dari luar rumahnya.

a)

mencalit

b)

mencoret

c)

mencelup

d)

mencalar

17.

Istana Alam Shah yang terletak di Bandar Diraja Klang ialah tempat ________ Sultan Selangor sebelum berpindah ke Istana Kayangan, Shah Alam.

a)

bersemayam

b)

bersiram

c)

bertabal

d)

beradu

18.

Pemandu bas itu dipersalahkan kerana memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan.

Pilih perkataan antonim bagi dipersalahkan

a)

dipersoalkan

b)

dipertikaikan

c)

diperbetulkan

d)

diperdebatkan

19.

Setelah mendengar hujah pendakwa raya, hakim telah ___________ pesalah itu dengan hukuman penjara selama 1 bulan.

a)

Dijatuhi

b)

Menjatuh

c)

Menjatuhi

d)

Menjatuhkan

20.

Setelah ibu selesai _____________ nasi, ibu ___________ air pula.

a)

menanak ... menjerang

b)

memasak ... mendidihkan

c)

menanak ... merebus

d)

mengukus ... menjerang

21.
a)
Dimana ada udang di situ ada garam
b)
Ada udang ada garam
c)
Ada udang di sebalik garam
d)
Udang goreng bergaram
22.
a)
Naik rakit jika tak pandai berenang
b)
Berakit senang, berenang pun senang
c)
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
d)
Berakit atau berenang lebih mudah
23.

Walaupun sudah beberapa kali dinasihatkan oleh guru, Aiman tetap malas mengulang kaji pelajaranya.

Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

a)

melepaskan batuk di tangga

b)

mencurah air ke daun keladi

c)

alang-alang berdakwat biar hitam

d)

dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

24.

Nureen benar-benar berazam untuk memenangi pertandingan itu walaupun menyedari bahawa dia terpaksa bersaing dengan peserta-peserta lain yang hebat.

Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

a)

ada hati

b)

bulat hati

c)

besar hati

d)

berat hati

25.

Sarjan Hassan telah berkorban demi mempertahankan tanah air.


Peribahasa ini digambarkan.......

a)

biar putih tulang, jangan berputih mata

b)

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

c)

ikut hati mati, ikut rasa binasa

d)

harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama