WorksheetsSejarah Ting 3: Bab 5 Pentadbiran Barat di S'wak & Sabah
Total questions: 25
Worksheet time: 15mins
Matto'a ialah pemimpin dalam sistem kesukuan Sabah.
Apakah peranan pemimpin tersebut?
mengutip cukai daripada penduduk
pelindung adat dan kepentingan anak buah
memastikan upacara adat dilakukan dengan betul bagi mengelakkan bencana besar
menjadi orang tengah menyelesaikan pertelingkahan dalam kalangan penduduk
Bagaimanakah kuasa golongan datu ditentukan dalam sistem pentadbiran di Sabah?
Pilih 2
bilangan hamba yang dimiliki
pertalian keluarga dengan Sultan Sulu
Kemampuan mencabar sultan di kawasannya
kemampuan menghantar ufti secara tetap kepada Sultan
Berikut merupakan dialog antara Pengiran Raja Muda Hashim dengan James Brooke.
Pengiran Raja Muda Hashim: Saya berharap bantuan dapat diberikan untuk menyelesaikan masalah di Sarawak.
James Brooke: Baik, saya setuju.
Mengapakah James Brooke bersetuju?
Memperoleh Sarawak sebagai upah
membalas budi pembesar tempatan
suka membantu mereka yang memerlukan
memperoleh wang yang banyak sebagai upah
Berikut merupakan maklumat penting berkaitan satu peristiwa.
1842 : Perjanjian antara Sultan Brunei dengan James Brooke.
Apakah kesan perjanjian tersebut?
Sultan Brunei kehilangan takhta
Pembayaran ufti kepada Sultan Brunei
Sarawak menjadi negeri naungan British
James Brooke diiktiraf sebagai pemerintah Sarawak
Sharif Masahor dan Datu Patinggi Abang Abdul Ghafur merupakan pemimpin di Sarawak. Apakah persamaan kedua-dua pemimpin tersebut?
menyeragamkan sistem pentadbiran
dibuang negeri kerana menentang James Brooke
menyokong penguasaan James Brooke di Sarawak
dihantar oleh Sultan Brunei untuk menyelesaikan masalah di Sarawak
Antara berikut susunan Raja Brooke yang manakah adalah benar?
James Brooke --> Charles Brooke --> Anthony Brooke
Charles vyner Brooke --> Charles Brooke --> James Brooke
James Brooke --> Charles Vyner Brooke --> Charles Brooke
James Brooke --> Charles Brooke --> Charles Vyner Brooke
Berikut merupakan maklumat tentang kawasan Y
(Y)--> Kawasan yang diperoleh oleh Dinasti Brooke daripada SBUB
Apakah Y?
Lawas
Mukah
Saribas
Limbang
Apakah barang dagangan utama yang diperlukan oleh pedagang Barat untuk mendapatkan barangan China?
getah perca
sirip ikan yu
sarang burung
indigo dan kapas hidup
Apakah faktor yang menyebabkan British meninggalkan Pulau Balambangan pada tahun 1805?
penempatan British menghadapi masalah termasuklah serangan lanun
British menyerahkan semula Pulau Balambangan kepada Kesultanan Sulu.
British ingin melindungi perdagangan di Pulau Labuan
British ingin berhijrah ke Kepulauan Melayu
18 Disember 1846 : Sultan Brunei menyerahkan Labuan kepada British
Apakah tanggungjawab yang perlu dipikul British selepas perjanjian tersebut?
*Pilih 2 sahaja*
menumpaskan lanun
melindungi perdagangan
memajukan ekonomi penduduk
menghentikan pemberontakan rakyat
Berikut merupakan matlamat utama SBUB memerintah Sabah:
- membangunkan ekonomi melalui eksploitasi sumber
- X
Apakah X?
memenuhi permintaan pelabur modal
mewujudkan kehidupan yang aman dan harmoni
melindungi serta mempertahankan hak-hak masyarakat tempatan
menyerahkan tampuk pemerintahan kembali kepada peribumi selepas satu tempoh
Mengapakah Dinasti Brooke membuat pembahagian wilayah semasa pemerintahannya
menjamin penguasaan di Sarawak
menangani masalah yang berlaku di Sarawak
memastikan hasil sumber ekonomi ditingkatkan
membolehkan pentadbiran dijalankan dengan lebih berkesan
Apakah tindakan SBUB bagi menjamin pentadbiran yang baik dan cekap di Sabah?
mengekalkan semua undang-undang tempatan dan adat yang tidak bercanggah dengan sistem pentadbiran Barat
membahagikan ketua-ketua peribumi kepada kategori ketua yang diakui dan ketua yang tidak diakui.
menubuhkan majlis penasihat untuk menasihati Gabenor dalam hal ehwal pentadbiran
memperkemas jawatan pada peringkat daerah
Apakah asas penting kepada sistem kesukuan di Sarawak dan Sabah
Pegangan dan kepatuhan kepada adat masyarakat
Kepatuhan kepada ketua masyarakat
Mentaati adat resam nenek moyang
Mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat
Bagaimanakah kuasa Sistem Ketua Bebas dilaksanakan di Sabah?
i Keadilan
ii Kekayaan
iii Keberanian
iv Kemampuan
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Mengapakah penduduk tempatan tidak menyenangi Pangeran Indera Mahkota?
Beliau bersekongkol dengan Brooke
Beliau mengambil alih tanah penduduk tempatan
Beliau membunuh ramai rakyat tempatan
Beliau menaikkan cukai dan kerahan tenaga
Pilih kenyataan yang benar berkaitan dengan individu rajah di atas.
Menjalankan aktiviti pengembaraan bersama kapalnya Royalist
Mendapat sokongan pihak Belanda
Merupakan Raja Putih yang ke dua di Sarawak
Menerima pelawaan Pengeran Indera Mahkota untuk menyelesaikan masalah di Sarawak
James Brooke telah menggunakan beberapa strategi untuk meluaskan kuasanya di Sarawak. Pilih kenyataan yang benar.
i Rundingan
ii Ugutan
iii Manipulasi
Iv Pakatan
i dan ii
i dan iii
ii dan iii
iii dan iv
Berikut adalah langkah yang diambil oleh James Brooke untuk mengukuhkan kuasanya di Sarawak kecuali
Memperoleh bantuan dan sokongan daripada tentera laut British
Memperoleh sokongan sebahagian masyarakat tempatan
Bekerjasama dengan tokoh tempatan seperti Sharif Masahor
Memperkukuh pertahanan Sarawak
Siapakah Gabenor SBUB yang pertama?
Alfred Dent
Charles Lee Moses
William Hood Treacher
Sir Rutherford Alcock
Nyatakan 1 faktor yang mendorong pemodal asing ke Sabah.
(a)
Nyatakan syarat yang perlu dipatuhi oleh SBUB untuk mendapatkan Piagam Diraja dari pihak British.
(a)
Siapakah individu yang terlibat dalam tindakan di bawah sehingga Sabah jatuh ke tangan penjajah?
- Menyewa Sabah daripada Sultan Brunei selama 10 tahun
- Menjual haknya kepada J.W. Torrey dan T.B. Harris
(a)
Namakan individu yang menubuhkan British North Borneo Provisional Association Ltd.
(a)
Pentadbiran di Sabah diketuai oleh (a) yang bertanggungjawab kepada lembaga pengarah syarikat di London.
