NEW
Font size
WorksheetsSejarah Tahun 4 - Laksamana Hang Tuah
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Berdasarkan Buku Teks Sejarah Tahun 4, apakah faktor utama Hang Tuah Dilantik oleh sultan menjadi Laksamana Melaka?
Paras muka yang tampan
Keberanian
Tubuh badan yang sasa
Ahli nujum hebat
Hang Tuah berasal dari ___________ .
Kampung Sungai Duyung
Kuala Lumpur
Sening Ujong
Kampung Setapak
Berikut adalah empat sahabat karib Hang Tuah kecuali ________ .
Hang Jebat
Hang Kasturi
hang Lekir
Hang Perak
Mengapakah Bendahara mencadangkan Hang Tuah menjadi Laksamana Melaka kepada Sultan Melaka?
Hang Tuah hebat dalam ilmu persilatan
Hang Tuah dapat meramalkan masa depan
Hang Tuah seorang yang berani dan tangkas
hang Tuah arif dalam pembangunan Melaka
Siapakah yang berjaya dipujuk oleh Hang Tuah untuk berkahwin dengan Sultan Melaka?
Puteri Santubong
Tun Teja
Tun Teratai
Puteri Gunung Ledang
Setelah difitnah, apakah hukuman yang dijatuhkan ke atas Hang Tuah oleh Sultan Melaka?
Hukuman bunuh
Penjara seumur hidup
Menjadi hamba abdi
Dijual ke kerajaan Siam
Siapakah yang menyembunyikan Hang Tuah daripada dijatuhkan hukuman?
Hang Jebat
Tun Teja
Tun Perak
Puteri Gunung Ledang
Siapakah yang telah mengamuk kerana mahu menuntut bela kematian Hang Tuah?
Hang Lekiu
hang Lekir
Hang Kasturi
Hang Jebat
Siapakah yang menitahkan Hang Tuah untuk mengembalikan keamanan apabila sahabat hang Tuah mengamuk?
Sultan Mansur Shah
Sultan Muzaffar Shah
Sultan Aluddin Riayat Shah
Parameswara
Apakah salah satu bukti kebijaksanaan Hang Tuah?
Hebat dalam menyelesaikan masalah Matematik
Menguasai 12 bahasa untuk kegunaan dalam tugas rasmi
Mampu memberikan nasihat yang bernas kepada Sultan Melaka
Mampu meramalkan peristiwa penting di masa depan
Apakah salah satu nilai bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh Hang Tuah sepanjang bergelar Laksamana Melaka?
Memastikan kebersihan kawasan istana Melaka terjaga rapi
Memastikan pakaian yang dikenakan seharian bebas kotoran dan habuk
Memastikan nama baik Melaka terjaga semasa menjadi utusan ke China, India dan Turki
Memastikan sentiasa mengikuti latihan silat agar sentiasa hebat dalam persilatan
Berikut merupakan kualiti yang ada pada Hang Tuah kecuali ____________ .
jujur dan amanah
taat setia
berani
selalu berjenaka
Apakah salah satu bukti keberanian Hang Tuah sepanjang menjadi Laksamana Melaka?
Mengalahkan orang upahan Majapahit yang dihantar oleh patih Gajah Mada
Berjaya mengelirukan Siam dengan jamung yang dipasang pada setiap pokok bakau
Menyerang Temasik untuk tujuan menguasainya sehingga menyebabkan kematian Temagi
Mengalahkan Aria Putera untuk merebut keris Taming Sari
Berdasarkan Buku Teks Sejarah Tahun 4, siapakah bapa kepada Hang Tuah?
Hang Mansor
Aria Putera
Hang Mahmud
Dang Merdu Wati
Berikut adalah peranan Laksamana hang Tuah kecuali ___________ .
Ketua angkatan laut
pengawal sultan
menjamin keselamatan pedagang
penasihat sultan
Setelah Hang Tuah dilantik menjadi Laksamana Melaka, apakah yang berlaku ke atas keempat-empat rakannya?
Turut sama menjadi laksamana
Dilantik sebagai panglima perang
Ditugaskan menjadi pengawal peribadi Sultan melaka
Diberi jawatan sebagai hulubalang Melaka
Siapakah yang melantik Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka?
Sultan Alauddin Riayat Shah
Bendahara Tun Perak
Parameswara
Sultan Mansur Shah
Apakah salah satu bukti penting yang menunjukkan kesetiaan Hang Tuah kepada Sultan Melaka?
Hang Tuah menjalankan titah sultan untuk membunuh rakan karibnya
Hang Tuah berjaya membawa Tun Teja ke Melaka
Hang Tuah berjaya menyelamatkan Bendahara Tun Perak dari orang yang mengamuk
hang Tuah sentiasa memastikan keselamatan di perairan Selat Melaka pada tahap yang tinggi
Apakah maksud paling tepat untuk tokoh terbilang?
Tokoh yang mempunyai keistimewaan, sumbangannya dikenang sepanjang zaman dan dihormati segenap lapisan masyarakat.
Tokoh yang sentiasa memberi rasuah dan menindas orang bawahan.
Tokoh yang mempunyai mukjizat dan istimewa.
Tokoh yang mempunyai kehebatan yang luar biasa dan boleh memasuki alam yang lain
Peranan Hang Tuah sebagai Ketua Angkatan Laut:
memastikan keselamatan perairan Melaka
memastikan perairan Tanah Melayu selamat
menjaga tentera laut
pengawal Last China Selatan
