wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bicara Lin Nisa' 2020

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Hukum Thaharoh dalam Islam adalah...

a)

Sunat

b)

Makruh

c)

Wajib

d)

Harus

2.

Istinjak, wudhuk, mandi dan tayammum adalah perbuatan menyucikan tubuh badan daripada...

a)

Kekotoran

b)

Hadas besar dan kecil

c)

Sifat Mazmumah

d)

Tempat untuk beribadat

3.

Perbuatan menghilangkan najis kecil atau besar dari tempat keluarnya sehingga bersih di namakan sebagai...

a)

Tayammum

b)

Istinjak

c)

Mandi

d)

Wudhuk

4.

Berikut adalah alat-alat untuk menghilangkan najis kecil atau besar, kecuali:

a)

Daun

b)

Batu

c)

Air

d)

Tulang

5.

Berapakah rukun istinjak?

a)

3

b)

2

c)

4

d)

1

6.

Berapakah jenis darah yang keluar daripada kemaluan wanita menurut Ijmak Ulamak?

a)

4

b)

2

c)

1

d)

3

7.

Darah yang keluar dari faraj wanita yang sihat, bukannya keluar berikutan melahirkan anak atau disebabkan pecahnya selaput dara dikenali sebagai darah...

a)

Nifas

b)

Haidh

c)

Istihadhah

d)

Wiladah

8.

Berapa lamakah tempoh minimum masa suci antara dua haidh menurut Jumhur Ulama?

a)

10 hari

b)

16 hari

c)

15 hari

d)

30 hari

9.

Berikut adalah amalan yang boleh dilakukan ketika seseorang wanita itu berada dalam keadaan haidh, kecuali:

a)

Memperbanyakkan zikir kepada Allah

b)

Berselawat ke atas Rasulullah S.A.W

c)

Mengulangi surah-surah yang biasa diamalkan

d)

Membaca ayat-ayat Al-Quran

10.

Menurut ulama warna-warna darah haidh ada lima, warna manakah bukan tergolong di dalam darah haidh?

a)

hitam

b)

merah

c)

hijau

d)

kuning

11.

Kenyataan berikut adalah benar tentang hukum membaca al-Quran bagi wanita di dalam haid...

a)

Diharuskan membaca al-Quran di dalam hati tanpa menggerakkan lidah.

b)

Diharuskan membaca al-Quran di dalam hati dengan menggerakkan lidah

c)

Diharuskan membaca al-Quran secara bersuara dan juga di dalam hati tanpa sebarang syarat.

d)

Diharuskan membaca al-Quran pada bila-bila masa yang diinginkan.

12.

Hukum menyentuh dan membawa mushaf al-Quran bagi wanita yang dalam keadaan haid dan nifas...

a)

Haram

b)

Harus

c)

Makruh

d)

Sunat

13.

Berikut adalah kenyataan yang bertepatan dengan darah Istihadah, kecuali:

a)

Darah yang keluar bukan pada waktu haid dan nifas.

b)

Darah yang keluar melebihi masa maksima haid atau nifas.

c)

Darah yang keluar dari faraj wanita selama satu hari satu malam.

d)

Darah yang keluar dari faraj wanita hanya dalam tempoh 1 jam sahaja.

14.

Darah yang keluar dari faraj wanita sebelum mencapai umur baligh (9 tahun) dikenali sebagai darah:

a)

Haid

b)

Istihadah

c)

Wiladah

d)

Nifas

15.

Berikut adalah cara membezakan antara darah haid dan darah istihadhah sekiranya darah tersebut keluar berterusan melebihi tempoh kebiasaan haid.

a)

Dengan cara merujuk kepada kebiasaan haidnya yang lalu.

b)

Dengan cara melihat kepada perbezaan darah.

c)

Dengan cara merujuk kepada kebiasaan haid kebanyakan wanita.

d)

Dengan cara menganggap hari pertama hingga ke 15 adalah darah haid.

16.

Berikut adalah cara wanita yang menghadapi masalah istihadhah hendak menunaikan solat, kecuali?

a)

Berwudhuk setelah masuk waktu

b)

Mengulangi wudhuk setiap kali hendak menunaikan solat fardhu

c)

Membasuh kemaluan dengan sempurna dan membalut dengan kain atau seumpamanya sebelum mengambil wudhuk

d)

Tidak perlu segera untuk menunaikan solat selepas berwuduk.

17.

Sebahagian ulama’ mengharuskan wanita yang mengalami masalah istihadhah untuk:

a)

Menjamakkan dua solat iaitu Zohor dan Asar serta Maghrib dan Isyak dengan satu wudhuk sahaja.

b)

Mengambil wudhuk sebelum masuk waktu solat.

c)

Menyegerakan solat setelah selesai berwuduk

d)

Mencuci kemaluan dengan sempurna sebelum berwuduk.

18.

Berikut adalah sebab-sebab perlu mandi wajib, kecuali:

a)

Mati syahid

b)

Suci daripada haid dan nifas

c)

Orang kafir yang baru masuk Islam

d)

Keluar mani

19.

Berapakan rukun mandi wajib ?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

20.

Antara perkara yang disunatkan ketika mandi wajib ialah memulakan jirusan air dari:

a)

Sebelah kanan tubuh.

b)

Sebelah kiri tubuh.

c)

Bahagian tengah kepala.

d)

Bahagian kaki.