NEW
Font size
WorksheetsPERIBAHASA DAN MAKSUD TINGKATAN 4
Total questions: 11
Worksheet time: 6mins
Berikan maksud peribahasa "Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas"
sesuatu yang terdedah kepada panas dan hujan
sesuatu yang tidak akan rosak walaupun ditimpa hujan.
Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Berikan maksud peribahasa "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing"
bekerjasama melakukan pekerjaan
Mengalami susah senang bersama-sama.
bersepatu padu dalam masyarakat.
Berikan maksud simpulan bahasa "lintah darat"
menjual dengan harga yang mahal
sikap penindasan orang kaya terhadap orang miskin
Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
Berikan maksud peribahasa "Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang"
Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
sesuatu yang datang tanpa perlu berusaha
sesuatu yang telah ditakdirkan menjadi rezeki kita
Berikan maksud peribahasa "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri"
banyak kekayaan yang boleh diperoleh dinegeri orang berbanding negeri sendiri.
Walau bagaimana baik pun keadaan di tempat atau negara lain, tempat atau negara kita tetap lebih baik dan selesa.
lebih mudah mencari kekayaan di negara orang berbanding negara sendiri
Berikan maksud peribahasa "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak"
Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
mengikut telunjuk orang di tempat tersebut
tidak tahu arah dan tujuan kerana tidak biasa dengan tempat tersebut.
Berikan maksud peribahasa "Biar mati anak, jangan mati adat"
orang yang sanggup membunuh anak demi kepentingannya
Orang yang kuat berpegang kepada adat.
adat yang perlu dikekalkan sepanjang zaman.
Berikan maksud peribahasa "Seperti lembu dicucuk hidung"
orang bodoh yang sentiasa dipermainkan
lembu kesayangan yang dicucuk hidung oleh tuannya.
Orang yang selalu menurut kemahuan orang.
Berikan maksud peribahasa "Melentur buluh biarlah dari rebungnya"
Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
kalau nak betulkan buluh perlulah dari rebungnya supaya tidak mudah patah
mendidik anak dengan kassih sayang yang secukupnya
Peribahasa yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa "bagai dakwat dengan kertas" adalah
bagai isi dengan kuku
bagai cincin dengan permata
bagai bulan di pagar bintang
Peribahasa lain yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa "burung terbang dipipiskan lada" adalah ?
sudah terhantuk baru nak terngadah
mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
bagai melepaskan batuk di tangga
