wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ FORMATIF PDPR PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 2020

Total questions: 60

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Istinsyaq merupakan perbuatan ...................................

a)

memasukkan air dan menyedutnya ke dalam hidung ketika berwuduk.

b)

mengeluarkan air dari hidung semasa mengambil wuduk

c)

membasuh pergelangan tangan serta menyelati jari ketika berwuduk

d)

menggosok anggota wuduk dengan sempurna supaya air rata padanya

2.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan kebahagiaan akhirat?

a)

melaksanakan suruhan dan menjauhi larangan Allah

b)

sayang ibubapa

c)

melakukan kebaikan untuk di puji

d)

sentiasa melakukan amal kebaikan

3.

Berdasarkan Surah al-Baqarah ayat 201, apakah kebaikan dunia yang boleh dipohon oleh setiap muslim?


i) keluarga yang bahagia

ii) dijauhkan diri daripada azab api neraka

iii) mendapat syafaat Allah dan RasulNya

iv) kesihatan yang baik

a)

i,ii

b)

i,iv

c)

i,iii,iv

d)

semua di atas

4.

Maksud Fawatih as-Suwar ialah ...........

a)

kata hubung yang diambil daripada kalimah فاتح yang bermaksud pembuka.

b)

kata jamak yang diambil daripada kalimah فاتح yang bermaksud pembuka.

c)

kata jamak yang diambil daripada kalimah فاتح yang bermaksud pengakhir.

d)

kata hubung yang diambil daripada kalimah فاتح yang bermaksud pembuka.

5.

Antara berikut yang manakah BUKAN huruf hijaiyyah yang terletak dipermulaan sebahagian daripada surah-surah di dalam al-Quran ?

a)

يس

b)

الم

c)

ن

d)

قل

6.

Berdasarkan Surah al-Baqarah ayat 1-5, apakah keistimewaan al-Quran?

a)

hati menjadi tenang

b)

menjadi penawar atau syifa'

c)

menjadi petunjuk kepada orang bertakwa

d)

dapat memberi syafaat kepada pembacanya

7.

Berikut merupakan makhraj huruf ketika membaca al-Quran KECUALI ................

a)

al-Khaisyum

b)

al-Halqu

c)

as_Syamsu

d)

al-Jaufu

8.

Apakah maksud ayat ini وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ....

a)

menjadi petunjuk bagi orang bertakwa

b)

kitab ini, tidak ada sebarang syak padanya

c)

merekalah orang-orang yang berjaya

d)

orang-orang yang beriman kepada perkara ghaib

9.

Susun semula potongan ayat al-Quran mengikut tertib :


i) وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ

ii) ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ

iii) وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ

a)

i,ii,iii

b)

ii,i,iii

c)

ii,iii,i

d)

iii,ii,i

10.

Istilah "muttafaqun 'alaih" ialah merujuk kepada hadis yang disepakati oleh .........................................

a)

Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie

b)

Imam Bukhari dan Imam Muslim

c)

Imam Maliki dan Imam Muslim

d)

Imam Bukhari dan Imaam Syafie

11.

Maksud sanad dari segi bahasa ialah ..................................

a)

penyampai

b)

rangkaian perawi

c)

sandaran

d)

sesuatu yang jelas dan zahir

12.

Maksud ikhlas dari segi bahasa ialah ..................

a)

semua amalan yang mendekatkan diri kepada Allah

b)

setiap amalan baik yang dilakukan dalam kehidupan

c)

semua amalan zahir dan batin yang diredhai Allah

d)

bersih dan suci daripada kotoran yang mencemarkan

13.

Apakah maksud Ikhlas dari segi Istilah?

a)

Mengakui kebenaran tauhid dan Nabi Muhammad SAW adalah rasulNya

b)

Keyakinan dan keimanan yang mantap dalam hati terhadap rukun iman dan perkara ghaib

c)

Membenarkan dengan hati, mengaku dengan lisan dan beramal dengan anggota badan.

d)

Semua amalan zahir dan batin yang dilakukan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah tanpa menyekutukannya dengan yang lain.

14.

Berikut adalah ciri-ciri orang yang ikhlas KECUALI .......

a)

Istiqamah melakukan kebaikan

b)

Tidak menghiraukan kejian manusia

c)

Sentiasa bersabar dalam kesulitan

d)

Berkira dalam setiap bantuan yang diberikan

15.

"Bangga dengan amalan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri".


Penyataan diatas merujuk kepada sifat ....................

a)

Sum'ah

b)

Riak

c)

Ujub

d)

Takabbur

16.

Hadith terdiri daripada dua bahagian yang penting iaitu sanad dan matan.

Apakah maksud matan dari segi bahasa ?

a)

sesuatu yang jelas dan tepat

b)

sesuatu yang jelas dan betul

c)

sesuatu yang jelas dan pasti

d)

sesuatu yang jelas dan zahir

17.

Petikan hadis ( صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي...

) merujuk peranan hadis sebagai ..........

a)

mempericikan isi kandungan al-Quran

b)

menjelaskan hukum yang tiada dalam al-Quran

c)

mentafsirkan hukum yang tiada dalam al-Quran

d)

menguatkan hukum yang terdapat dalam al-Quran

18.

Maksud hadis Qudsi ialah .........

a)

makna dan lafaz daripada Allah

b)

makna dan lafaz daripada Rasulullah SAW

c)

makna daripada Allah dan lafaz daripada Rasulullah SAW

d)

makna daripada Rasulullah SAW dan lafaz daripada Allah

19.

"Mengeluarkan produk yang halal dan berkualiti".

Pernyataan di atas merujuk kepada ..........

a)

Jihad ilmu

b)

Jihad ekonomi

c)

Jihad melawan nafsu

d)

Jihad melakukan kebaikan

20.

Berdasarkan hadis 12: Jihad Dalam Islam,

Apa maksud أي العمل أحب الى الله ?

a)

Amalan apakah selepas itu?

b)

Amalan manakah yang paling mulia di sisi Allah?

c)

Amalan manakah yang paling disukai Allah?

d)

Amalan manakah yang paling dibenci Allah?

21.

Berikut adalah ciri-ciri akidah yang benar KECUALI ……………

a)

Mentauhidkan Allah SWT

b)

Percaya terhadap kewujudan Allah SWT

c)

Melakukan amalan dan adat yang bertentangan dengan akidah Islam

d)

Mengamalkan kepercayaan berlandaskan al-quran dan hadis

22.

Al-Khaliq merupakan salah satu nama Allah yang terdapat di dalam Asma al-Husna.

Apakah maksud al-Khaliq ?

a)

Allah Maha Berkuasa

b)

Allah Maha Pengampun

c)

Allah Maha Mencipta Makhluk

d)

Allah Maha Pembentuk Pelbagai Rupa

23.

Maksud al-Musawwir ialah ...............

a)

Allah SWT Maha Mencipta makhluk daripada tiada kepada ada

b)

Allah SWT Maha Mencipta makhluk dengan pelbagai rupa dan identiti tersendiri

c)

Allah SWT Maha Mencipta makhluk dengan serba kekurangan

d)

Allah SWT Maha Mencipta makhluk dengan pelbagai peringkat dan usia

24.

Maksud aqidah dari segi istilah ialah .........

a)

keyakinan terhadap rukun iman dan rukun islam

b)

keyakinan terhadap rukun iman dan perkara ghaib

c)

keyakinan terhadap rukun islam dan perkara ghaib

d)

keyakinan terhadap rukun iman dan perkara nyata

25.

Berikut adalah kepentingan akidah dalam kehidupan muslim KECUALI ........

a)

Menjadi sebab dan tujuan manusia diciptakan

b)

Benteng kepada perkara khurafat dan syirik

c)

Syarat amalan untuk tidak diterima Allah

d)

Tunjang kekuatan umat dan negara Islam

26.

Berikut merupakan ciri-ciri Islam sebagai agama fitrah KECUALI ........

a)

Alamiyyah

b)

Ilmiyyah

c)

Ukhrawiyyah

d)

Rabbaniyyah

27.

Mengapakah hanya Islam agama yang diredai Allah?

a)

Islam sesuai diamalkan oleh semua manusia pada semua tempat dan zaman.

b)

Islam sesuai diamalkan oleh semua manusia pada tempat tertentu sahaja.

c)

Islam sesuai diamalkan oleh semua manusia pada zaman tertentu sahaja

d)

Islam sesuai diamalkan oleh semua manusia pada zaman Rasulullah s.a.w sahaja.

28.

Alamiyyah ialah agama yang sesuai diamalkan oleh semua bangsa dan budaya.

Apakah maksud "Alamiyyah"?

a)

Lengkap

b)

Sejagat

c)

Realistik

d)

Akhirat

29.

Berikut merupakan bukti Allah Bersifat al-Musawwir KECUALI ........

a)

wajah yang pelbagai

b)

semua makhluk akan musnah

c)

jantina dan bangsa yang berbeza

d)

cap jari yang berlainan antara satu sama lain

30.

................................ ialah agama yang sesuai diamalkan dari semua tempat dan sepanjang zaman.

a)

Ukhrawiyyah

b)

Rabbaniyyah

c)

Waqiiyyah

d)

Alamiyyah

31.

Maksud toharah dari segi istilah ialah ........

a)

Bersih dan berseri

b)

Suci, bersih dan kelihatan menawan

c)

Suci dan bersih daripada hadas dan najis

d)

Bersih dan suci daripada sebarang kekotoran

32.

Apakah maksud samak ?

a)

proses menghilangkan segala lendir, daging dan kelembapan yang melekat pada kulit

b)

proses menghilangkan najis mughallazah yang terdapat pada anjing dan khinzir

c)

proses menghilangkan segala kotoran yang terdapat pada pakaian seseorang seperti darah

d)

proses menghilangkan najis mughallazah dengan tujuh kali basuhan

33.

Suci daripada hadas kecil dan besar merupakan ...............

a)

syarat sah solat

b)

syarat wajib solat

c)

perkara harus ketika solat

d)

perkara membatalkan solat

34.

perbuatan sujud merupakan rukun solat yang ke

a)

6

b)

7

c)

8

d)

9

35.

Berikut merupakan mandi sunat yang berkaitan dengan ibadah haji KECUALI ......

a)

sebelum wukuf

b)

sebelum tawaf

c)

sebeluim melontar jamrah

d)

sebelum memakai ihram

36.

Rasulullah SAW pernah mengambil wuduk dengan kadar satu cupak air.


Berapakah kadar sukatan air tersebut dalam mililiter?

a)

560 ml

b)

565 ml

c)

570 ml

d)

575 ml

37.

Streptococcus pneumonia merupakan sejenis penyakit yang menyerang ..............

a)

paru-paru melalui rongga pernafasan

b)

hidung seseorang sehingga menyebabkan selsema

c)

kulit badan seseorang sehingga menjadi gatal-gatal

d)

hidung dan paru-paru seseorang

38.

Berikut merupakan benda-benda kesat yang boleh digunakan untuk beristinjak KECUALI ........

a)

tisu basah

b)

kertas

c)

kulit kayu

d)

daun kering

39.

Apakah maksud rukun fi'li dalam solat?

a)

Wajib dilafazkan dengan suara ketika solat

b)

Wajib dilafazkan dengan suara yang jelas ketika solat

c)

Wajib dilakukan dengan sempurna ketika dalam solat

d)

Sunat dilakukan ketika dalam solat

40.

Salah satu syarat beristinjak dengan benda kesat ialah ............

a)

alat mesti berbentuk leper

b)

alat perlu tumpul dan bujur

c)

alat perlu suci dan lembap

d)

alat mesti suci, bersih dan kering

41.

Berikut merupakan anggota sujud ketika solat KECUALI ...........

a)

2 siku

b)

2 lutut

c)

2 tapak tangan

d)

2 hujung jari kaki

42.

Amin berwuduk sambil bercakap.

Manakah antara pernyataan berikut adalah betul?

a)

Wuduk Amin tidak sah

b)

Hukumnya makruh

c)

Wuduk Amin terbatal

d)

Amin perlu mengulangi wuduknya

43.

Apakah cara yang dianjurkan dalam Islam untuk mengangkat hadas kecil?

a)

Mandi sahaja

b)

Tayammum sahaja

c)

Mandi dan tayammum

d)

Berwuduk dan tayammum

44.

Pilih kenyataan yang betul tentang perkara sunat ab'ad.

a)

Membaca doa iftitah

b)

Melihat tempat sujud

c)

Memberi salam kedua

d)

Berdiri ketika membaca doa qunut

45.

Apakah maksud hukum "HARAM"?

a)

Mendapat pahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan

b)

Mendapat pahala jika ditinggalkan dan berdosa jika dilakukan

c)

Mendapat pahala jika dilakukan dan berdosa jika ditinggalkan

d)

Mendapat pahala jika ditinggalkan dan tidak berdosa jika dilakukan

46.

Berikut merupakan bahan yang boleh digunakan untuk menyamak KECUALI .............

a)

daun akasia

b)

tahi merpati

c)

buah delima

d)

buah manjakani

47.

Agama .................. merupakan agama samawi yang diubah suai daripada ajaran Nabi Isa as mengikut keinginan penganutnya.

a)

Majusi

b)

Nasrani

c)

Yahudi

d)

Animisme

48.

Pilih jawapan yang betul tentang akhlak buruk arab jahiliah.

a)

mengamalkan monogami

b)

mengamalkan bigami

c)

mengamalkan poligami

d)

memungkiri janji

49.

Antara berikut merupakan isteri baginda Rasulullah SAW KECUALI ...........

a)

Saudah

b)

Nafisah

c)

Hafsah

d)

Juwairiah

50.

'Beliau sangat pandai berpidato dan handal menunggang kuda"


Pernyataan di atas merujuk kepada kelebihan yang ada pada seorang Khulafa' ar-Rasyidin yang bernama ...............

a)

Abu Bakar as-Siddiq

b)

Ali bin Abu Talib

c)

Uthman bin Affan

d)

Umar al-Khatab

51.

Pilih kenyataan yang betul tentang peristiwa Isra' Mi'raj.

a)

Baginda rasulullah SAW menerima kefardhuan solat lima waktu

b)

Baginda rasulullah SAW turun ke Mekah selepas subuh

c)

Baginda rasulullah SAW dibawa Mi'raj merentas lapan lapisan langit

d)

Baginda rasulullah SAW dibawa pada waktu malam dari Maslidil Aqsa ke Masjidil Haram

52.

· Beliau dilahirkan di Mekah.

· Nama ibu ialah Hantamah binti Hasyim.

· Beliau meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun.


Pernyataan diatas merujuk kepada khalifah ________________.

a)

Ali bin Abi Thalib

b)

Abu Bakar al-Siddiq

c)

Umar bin Al-Khattab

d)

Uthman bin Affan

53.

Apakah nama sebenar Saidina Abu Bakar as-Siddiq?

a)

Abdullah

Bin Ubaid Bin Kaab

b)

Abdullah

Bin Uthman Bin Amir

c)

Abdullah

Bin Kaab Bin Amru

d)

Abdullah

Bin Abdul Muthalib Bin Hashim

54.

Siapakah yang telah membunuh Saidina Ali bin Abu Talib?

a)

al-Mughirah bin Syu'bah

b)

Abu Luk Luah Fairuz

c)

Abdul Rahman bin Talhah

d)

Abdul Rahman bin Maljam

55.

Siapakah yang pernah mengasuh Nabi Muhammad SAW sewaktu baginda masih kecil?

a)

Syaima’ dan Ummu Aiman

b)

Zinnirah dan Syaima’

c)

Ummu Aiman dan Tsuwaibah

d)

Syaima’ dan Halimah

56.

Pilih kenyataan yang salah tentang panduan tingkah laku bermaruah.

a)

Menjaga kebersihan diri dan alam sekitar

b)

Sentiasa bermanis muka apabila bercakap

c)

Berjabat tangan dengan sesiapa sahaja yang ditemui

d)

Menggunakan media sosial dengan bijak dan berhemah

57.

Berikut merupakan adab-adab yang perlu diamalkan ketika menuntut ilmu KECUALI ........

a)

malu bertanya

b)

memohon doa dan keredhaan ibu bapa

c)

niat menuntut ilmu ikhlas kerana Allah

d)

menjauhi maksiat dan kemungkaran

58.

Maksud amanah dari segi istilah ialah ................

a)

sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang yang melahirkan perbuatan secara luaran

b)

setiap sesuatu yang dipertanggungjawabkan dalam urusan harta benda, kehormatan dan kerahsiaan

c)

sifat dan tingkah laku mulia yang menjadi amalan baginda Rasulullah SAW dan perlu diikuti oleh umat Islam

d)

usaha memelihara diri daripada melakukan larangan Allah SWT dan perbuatan-perbuatan yang boleh mencemarkan kehormatan diri, keluarga dan masyarakat

59.

Berikut ialah contoh amanah terhadap diri KECUALI .................

a)

memelihara penampilan diri

b)

menyayangi ibu bapa dan ahli keluarga

c)

belajar bersungguh-sungguh dan rajin berusaha

d)

mematuhi suruhan dan larangan Allah SWT

60.

Maksud akhlak mahmudah ialah .......

a)

Sifat dan tingkah laku terpuji yang terdapat pada diri seseorang yang bertepatan dengan nilai dan perakuan syarak

b)

Sifat dan tingkah laku keji yang terdapat pada diri seseorang yang berlawanan dengan nilai dan perkakuan syarak.

c)

Sifat dan tingkah laku yang terdapat pada diri seseorang mengikut apa yang dilakukannya

d)

Sifat dan tingkah laku yang dilakukan oleh seseorang mengikut hawa nafsu dan kehendak sendiri