Font size
WorksheetsSEJARAH TAHUN 5 - Bahasa Kebangsaan
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Bahasa kebangsaan negara kita ialah bahasa _______________.
Tamil
Kantonis
Melayu
Inggeris
Lingua franca bermaksud ___________________.
bahasa perundangan
bahasa perantaraan
bahasa kemahiran
bahasa pendidikan
Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan (lingua franca) sejak zaman kegemilangan _______________________.
Kesultanan Melayu Melaka
Kesultanan Melayu Patani
Kesultanan Brunei
Kesultanan Siam
Pada zaman penjajahan British, pegawai-pegawai British yang bertugas di Negeri-negeri Melayu dikehendaki _____________________________.
mengajar penduduk berbahasa Inggeris
bertutur dalam bahasa Inggeris
mempelajari bahasa Melayu
lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu
Pilih golongan yang telah berjuang memartabatkan bahasa Melayu semasa zaman sebelum merdeka.
Budayawan
Nasionalis
Pemimpin
Guru
Wartawan
Apakah tujuan penubuhan Pejabat Karang Mengarang pada tahun 1942?
Mencetak buku bahasa Melayu
Mengedar buku-buku bahasa Melayu
Menulis buku-buku ilmiah
Menerbitkan buku terjemahan bahasa Melayu untuk kegunaan sekolah
Pilih usaha-usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebelum merdeka.
Penyata Razak 1956
Peranan tulisan Jawi
Penubuhan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)
Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia
Penubuhan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) bertujuan untuk ___________________________.
mengajar bahasa Melayu di sekolah
memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya bahasa Melayu
mengembangkan bahasa dan kesusasteraan bahasa Melayu
menulis surat khabar bahasa Melayu
Perlembagaan Persekutuan merupakan _________________________.
undang-undang negara
undang-undang tertinggi negara
undang-undang persekutuan
undang-undang negeri
Dalam ______________ Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan.
Perkara 151
Perkara 152
Perkara 153
Perkara 154
Kepentingan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ialah dapat memupuk ________________________.
semangat patriotisme
nilai murni
adab sopan
jati diri bangsa
Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah ____________ dan berasa _____________ dengan menggunakan bahasa kebangsaan dalam pertuturan dan penulisan.
yakin ... bangga
malu ... takut
berani ... segan
sedih ... takut
Bahasa Melayu menjadi ___________________ kerana ia mudah difahami.
bahasa perhubungan
bahasa ekonomi
bahasa pendidikan
bahasa undang-undang
Bahasa kebangsaan mesti digunakan dalam _______________ seperti mesyuarat dan taklimat.
urusan negara
urusan tidak rasmi
urusan peribadi
urusan rasmi
Pada tahun 1990, bahasa kebangsaan mula digunakan di ________________.
sekolah
universiti
mahkamah
pejabat kerajaan
Bulan Bahasa Kebangsaan disambut pada bulan ______________ setiap tahun.
Oktober
November
Disember
Januari
Bahasa Melayu terbukti menjadi _________________ dengan penubuhan _________________________.
bahasa pendidikan ... Unversiti Malaya
bahasa ekonomi ... Bank Negara Malaysia
bahasa ilmu ... Mahkamah Syariah
bahasa ilmu ... Universiti Kebangsaan Malaysia
___________________ menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Penyata Razak 1956
Tulisan Jawi
Penggunaan bahasa kebangsaan tidak dapat menyatukan masyarakat berbilang kaum.
Betul
Salah
Nyatakan nilai-nilai yang boleh anda pelajari daripada lagu "Bahasa Jiwa Bangsa".
Anda boleh memilih lebih dari 1 jawapan.
Perpaduan
Kesetiaan
Keangkuhan
Kebanggaan
