wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Bab 7

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Istilah berikut berkaitan dengan kerajaan Tamadun India.


"Mahajanapada"


Istilah tersebut merujuk kepada kerajaan .....

a)

Lama

b)

Kecil

c)

Besar

d)

Baharu

2.

Apakah faktor yang mempengaruhi sesebuah kerajaan menjalankan dasar perluasan kuasa?


I Kewangan

II Dasar ekonomi

III Kehendak rakyat

IV Dasar pemerintahan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Apabila berakhirnya Tamadun Indus, berlaku perubahan dalam perkembangan Tamadun India.


Dimanakah pusat perkembangan Tamadun India beralih?

a)

Lembah Indus

b)

Lembah Ganges

c)

Sungai Godaveri

d)

Sungai Mahanadi

4.

Perluasan fizikal dilakukan oleh sesebuah kerajaan dengan menguasai wilayah-wilayah lain.


Faktor manakah paling penting membolehkan perluasan kuasa tersebut tercapai?

a)

Diplomasi

b)

Tolak ansur

c)

Kekuatan tentera

d)

Sokongan penduduk

5.

Siapakah yang memulakan perluasan keagamaan dalam Tamadun India?

a)

Asoka

b)

Samudragupta

c)

Chandragupta I

d)

Chandragupta Maurya

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan infantri?

a)

Tentera berkuda

b)

Tentera bergajah

c)

Tentera berjalan kaki

d)

Tentera memanah

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan kavalri?

a)

Tentera berjalan kaki

b)

Tentera bergajah

c)

Tentera berkuda

d)

Tentera memanah

8.

Namakan pemerintah Dinasti Maurya yang meluaskan kuasa secara diplomasi keagamaan.

a)

Asoka

b)

Chandragupta Maurya

c)

Chandragupta 1

d)

Samudragupta

9.

Apakah peristiwa yang menyebabkan Asoka mengubah dasar perluasan kuasa daripada perluasan fizikal kepada perluasan keagamaan?

a)

Perang Kalinga

b)

Perebutan takhta

c)

Serangan orang Aryan

d)

Tuntutan penduduk tempatan

10.

Pada zaman pemerintahan Dinasti Gupta, penekanan diberikan kepada agama .....

a)

Islam

b)

Hindu

c)

Buddha

d)

Kristian

11.

Apakah yang tertulis di Tiang Asoka?

a)

Peraturan dan undang-undang

b)

Hasil kesenian

c)

Sejarah Dinasti Maurya

d)

Syair dan puisi

12.

Dalam Tamadun China, bagaimanakah status golongan petani boleh berubah kepada kelas yang lebih tinggi?

a)

Membayar cukai

b)

Mengumpul harta

c)

Memberikan taat setia

d)

Meningkatkan tahap pendidikan

13.

Konfusius merupakan seorang ahli falsafah yang terkemuka di China.


Apakah karya beliau yang terkenal?

a)

Lun Yu

b)

Da Xue

c)

Tao Te Jing

d)

Zhong Yong

14.

Mengikut Han Fei Zi, tingkah laku manusia boleh dikawal melalui ....m

a)

Ajaran agama

b)

Sistem pendidikan

c)

Ketegasan undang-undang

d)

Didikan institusi kekeluargaan

15.

Apakah ciri-ciri sistem peperiksaan perkhidmatan awam China?


I Berasaskan falsafah legalisme

II Terbuka kepada calon lelaki sahaja

III Mengekalkan tradisi dan budaya China

IV Berubah mengikut kesesuaian masa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Sebelum peperiksaan berlangsung, calon-calon peperiksaan akan dikurung.


Mengapakah tindakan tersebut perlu diambil?

a)

Mencegah penipuan

b)

Menenangkan penipuan

c)

Menjamin kualiti peperiksaan

d)

Mengelakkan ketidakhadiran calon

17.

Peperiksaan perkhidmatan awam merupakan komponen paling penting dalam sistem pendidikan masyarakat China. Peperiksaan tersebut adalah berkisarkan .....

a)

Salasilah kerabat diraja

b)

Sejarah negara China

c)

Sembilan Buku Suci

d)

Sistem perundangan

18.

Setiap calon yang lulus dalam peperiksaan perkhidmatan awam akan memperoleh pelbagai keistimewaan berdasarkan tahap kelulusan mereka.


Apakah keistimewaan yang diterima oleh calon yang lulus peperiksaan tahap kedua (Juren)?

a)

Menjadi pengiring maharaja

b)

Pangkat tinggi dalam kerajaan

c)

Mempunyai kakitangan pengiring

d)

Kakitangan kerajaan peringkat rendah

19.

Berikut ialah langkah-langkah yang telah dilakukan oleh pemerintah Tamadun China bagi mengelakkan penipuan dalam peperiksaan kecuali..

a)

Calon akan dikurung sebelum mengambil peperiksaan

b)

Calon dibenarkan untuk bertanya calon lain semasa

c)

Calon akan dikenakan hukuman jika didapati meniru.

20.

Apakah ganjaran bakal diperolehi jika pelajar di Tamadun China lulus peperiksaan?

a)

Dapat wang yang banyak

b)

Dipilih sebagai pegawai kerajaan

c)

Mendapat biasiswa ke luar negara

d)

Tercalon menjadi pengganti Raja.

21.

Apakah perkara yang dipelajari oleh pelajar di Tamadun China dalam sistem pendidikan pada tahap rendah?

a)

Menulis sajak

b)

Menghafal kitab suci tanpa memahami maksud

c)

Menterjemah kitab suci

d)

Mengintepretasikan kitab suci

22.

Siapakah yang mengasaskan aliran Confisiusme?

a)

Han Fei Zu

b)

Cai Lun

c)

Confisius

d)

Shih Huang Di

23.

Apakah ciri-ciri yang paling tepat berkenaan peperiksaan di Tamadun China?

a)

Hanya 50 tahun ke atas sahaja boleh menyertai peperiksaan.

b)

Terbuka kepada semua jantina.

c)

Hanya lelaki dibenarkan menyertai peperiksaan.

d)

Peperiksaan terbuka untuk orang atasan sahaja.

24.

Berapakah tahap peperiksaan yang terdapat di Tamadun China?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

25.

Namakan pencipta kertas di Tamadun China?

a)

Cai Lun

b)

Shih Huang Di

c)

Confucius

d)

Dowager Cixi