WorksheetsTatabahasa
Total questions: 30
Worksheet time: 20mins
Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali dalam masa setengah jam sahaja.
Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali setengah jam yang lepas telah disiapkan oleh Diana.
Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yang diarahkan oleh Cikgu Ali.
Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Ali dapat disiapkan oleh Diana.
Kerja yang diberi oleh Cikgu Ali telah setengah jam yang lalu disiapkan oleh Diana.
Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya.
Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.
Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.
Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.
Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal
Perpustakaan awam perlu dimanfaatkan untuk melahirkan generasi yang berilmu.
Perpustakaan awam tidak perlu dimanfaatkan untuk melahirkan generasi yang berilmu
Perpustakaan awam ialah gedung ilmu terkini.
Perpustakaan awam perlu dibina untuk dimanfaatkan.
Bagi melahirkan generasi yang berilmu, perpustakaan awam perlu dimanfaatkan.
Oleh sebab cuaca panas, mereka menangguhkan kerja menyiapkan jambatan itu.
Mereka menangguhkan kerja menyiapkan jambatan tersebut jikalau cuaca panas.
Kerja menyiapkan jambatan itu ditangguhkan berikutan cuaca panas.
Dalam keadaan yang panas itu, mereka memberhentikan kerja menyiapkan jambatan.
Kerja menyiapkan jambatan itu ditunda dalam keadaan cuaca panas.
Danial dan Luqman akan singgah di rumah Ikram dalam perjalanan pulang dari sekolah nanti.
"Saya akan singgah di rumah kamu dalam perjalanan pulang dari sekolah nanti," kata Danial kepada Luqman dan Ikram.
"Dalam perjalanan pulang dari rumah Ikram, kami akan singgah di rumah kamu, Luqman," kata Danial.
"Singgahlah di rumah saya semasa kamu pulang dari sekolah nanti," kata Ikram kepada Danial dan Luqman.
"Kami akan singgah di rumah Ikram semasa pulang dari sekolah nanti," kata Danial dan Luqman.
"Saya berharap agar murid-murid sentiasa menjaga nama baik sekolah ini dan belajar bersungguh-sungguh," kata Encik Sulaiman dalam ucapannya.
Encik Sulaiman yang menyampaikan ucapan berharap agar murid-murid dapat mengharumkan nama sekolah melalui kesungguhan belajar.
Semasa berucap, Encik Sulaiman mendesak murid-murid supaya dapat memelihara nama baik sekolah ini dan belajar bersungguh-sungguh.
Dalam ucapannya, Encik Sulaiman mengharapkan murid-murid agar sentiasa menjaga nama baik sekolah itu dan belajar bersungguh-sungguh.
Encik Sulaiman berharap agar murid-murid yang menjaga nama baik sekolah itu dapat belajar bersungguh-sungguh.
Cerita rakyat merupakan satu cabang sastera tradisional yang perlu diketahui dan dihayati oleh kanak-kanak.
Satu cabang cerita rakyat daripada sastera tradisional perlu diketahui dan dihayati oleh kanak-kanak.
Kanak-kanak perlu menghayati dan mengetahui sastera tradisional sebagai satu cabang cerita rakyat.
Sastera tradisional dan cerita rakyat perlu diketahui dan dihayati oleh kanak-kanak daripada satu cabang.
Kanak-kanak perlu mengetahui dan menghayati cerita rakyat sebagai satu daripada cabang sastera tradisional.
Pesawat itu akan berlepas ke Australia sebaik-baik sahaja menerima arahan daripada pengawal trafik udara.
Pengawal trafik udara akan menerima arahan daripada pesawat sebelum berlepas ke Australia.
Pengawal trafik udara akan memberikan arahan kepada pesawat yang akan bertolak ke Australia.
Sebaik-baik sahaja arahan diberikan oleh pengawal trafik udara, pesawat itu akan berlepas ke Australia.
Pengawal trafik udara akan berlepas ke Australia sebaik-baik sahaja mendapat arahan daripada pesawat itu.
Pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan akan disaman oleh pihak berkuasa.
Pihak berkuasa akan disaman oleh pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan.
Pengguna jalan raya akan disaman oleh pihak berkuasa yang tidak mematuhi peraturan.
Pihak berkuasa akan menyaman pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan.
Pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan pihak berkuasa akan disaman.
Pemain-pemain itu giat menjalani latihan untuk membina kecergasan.
Kecergasan untuk pemain-pemain perlu dijalankan secara giat.
Latihan yang giat dapat menjamin pemain-pemain membina kecergasan.
Pemain-pemain perlu giat membina kecergasan melalui latihan.
Untuk membina kecergasan, pemain-pemain itu giat melakukan latihan.
Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.
bagai ayam disambar helang
bagai anjing dengan kucing
bagai katak di bawah tempurung
bagai melepaskan batuk di tangga
Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ________________________ kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.
bagai bulan jatuh ke riba
bagai kaca jatuh ke batu
bagai duri dalam daging
bagai ayam disambar helang
Oii Sik Lee dianggap ________________________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
seperti lipas kudung
seperti ayam berak kapur
seperti bulan penuh purnama
seperti kera sumbang
Kehidupan Sazniwati ___________________________ semenjak tinggal bersama keluarga angkatnya yang kaya tetapi tidak membenarkannya keluar seorang diri.
umpama burung di dalam sangkar, mata terlepas, badan terkurung
umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga
umpama bunga mekar dipakai, layu dibuang
Balasenan seperti ____________________________ kerana telah berjaya menjadi pemenang dalam peraduan menulis cerpen sempena Hari Kebangsaan yang lalu.
katak disimbah air
gagak pulang ke benua
melukut di tepi gantang
harimau menyembunyikan kukunya
Zulfa dan Hasnah tercengang-cengang apabila tiba di Bandaraya Kaherah ___________________________________ .
seperti rusa masuk kampung
seperti kerbau dicucuk hidung
seperti kera mendapat bunga
seperti si buta kehilangan tongkat
Perbuatan Imran menceritakan keburukan keluarganya itu _____________________________ kepada jiran tetangganya.
seperti hujan jatuh ke pasir
seperti menanam tebu di bibir
seperti membuka pekung di dada
seperti musuh dalam selimut
Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja ____________________.
bagai gergaji dua mata
bagai pahat dengan penukul
bagai kucing kehilangan anak
bagai telur di hujung tanduk
Persembahan Nabil dalam rancangan Raja Lawak sungguh _______________ para penonton.
mengambil berat
mengambil tahu
menarik hati
mencuit hati
Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin _________________________________ .
lain di mulut lain di hati
tepuk dada tanya selera
indah khabar daripada rupa
belakang parang diasah lagikan tajam
Encik Dahlan tegas dan tidak suka bercakap banyak. __________, dia sabar melayan kerenah anak-anaknya.
Walau bagaimanapun
Sebelum itu
Seterusnya
Oleh itu
Alia mendapati dompetnya hilang. ______ dompetnya tercicir atau tersalah letak.
Justeru
Mungkin
Akhirnya
Kemudian
Zikah tidak pernah melupai jasa ibu bapanya. __________, dia berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa mereka.
Sungguhpun demikian
Seterusnya
Oleh itu
Lagipun
Nampaknya masalah yang kamu hadapi telah dapat diselesaikan. ______, tidak perlulah saya membantu.
Walaupun demikian
Lebih-lebih lagi
Kalau begitu
Dengan itu
Para peserta tidak mahu mengikut laluan itu. ______, itulah satu-satunya jalan untuk sampai ke tempat tersebut.
Walau bagaimanapun
Kalau begitu
Tambahan lagi
Lebih-lebih lagi
Nyatakan pola ayat bagi soalan berikut
Aishah anak sulung guru Matematik sekolah kami
FN+FN
FN+FK
FN+FA
FN+FS
saya yakin bahawa rakan-rakan sekelas saya sangat rajin
FN+FN
FN+FK
FN+FA
FN+FS
Beberapa ekor burung merpati sedang makan padi di jemuran Mak Teh.
FN+FN
FN+FK
FN+FA
FN+FS
Pelajar itu daripada Kelab Harimau Muda
FN+FN
FN+FK
FN+FA
FN+FS
Pelumba basikal yang sedang kami tunggu itu amat gigih.
FN+FN
FN+FK
FN+FA
FN+FS
