NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU TAHUN 6 (KATA KERJA)
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Pemburu itu cuba ________________kera dengan menggunakan perangkap yang diperbuat daripada buluh.
menangkap
menangkapi
memerangkap
memerangkapi
Biola itu ________________ oleh Pak Dollah untuk menghiburkan tetamu yang menghadiri majlis persaraan guru besar sekolah itu.
digesek
digesel
dipetik
dipalu
Pihak polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk __________________ para penunjuk perasaan itu.
meredakan
menamatkan
menyuraikan
menghalau
Jamil __________________ Pak Alang kerana kakinya cedera setelah terjatuh di dalam longkang.
memimpin
mendukung
memapah
memaut
Baginda Sultan sedang ____________________ pingat kebesaran ke dada ayah.
melabelkan
menampalkan
menyematkan
menggantungkan
Nek Piah _____________________ daun pisang di atas bara api untuk dijadikan pembungkus kuih koci.
melayur
menjemur
membakar
memanggang
Cikgu Aina sempat _________________ senyuman kepada murid-muridnya sebelum meninggalkan kelas.
melepaskan
meluahkan
menghalakan
melemparkan
Sebelum menumis, ibu __________________ dua biji bawang untuk dimasukkan ke dalam masakannya.
mencincang
memotong
merincih
mengerat
Puan Jamilah __________________ anak perempuan kesayangannya.
melambung
menggalas
menimang
mengelek
Seorang lelaki warga emas telah _______________ terapung di sungai itu.
ditemui
bertemu
menemui
ditemukan
Wak Seman _________________dua bakul sayur dari kebunnya dengan sebatang kayu.
memikul
mejinjing
mengandar
megangkat
Budak-budak itu sangat gembira __________________ layang-layang mereka di padang,
menaiki
menaikkan
kenaikan
naikkan
Kakak ___________________ baju sekolah yang dibasuhnya sebelum menjemurnya di ampaian.
merendam
membilas
mencelup
memerah
Aiman ____________________ api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih.
mengipas
menyembar
menghembus
menyedut
Budin __________________ anak ikan di dalam parit di belakang rumahnya.
menyauk
mencedok
mengambil
menangkap
