wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TAHUN 4 (KATA KERJA)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Amir ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.

a)

merintih

b)

mengeluh

c)

mengenang

d)

mengerang

2.

Badan Nabilah__________kerana ketakutan.

a)

menggeliat

b)

menggeletar

c)

menggelupur

d)

menggelepar

3.

Pengemis itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.

a)

dihalang

b)

dibuang

c)

dihalau

d)

ditindas

4.

Mak Cik Hasnah sedang ___________bawang di dapur.

a)

menumbuk

b)

mengetuk

c)

memukul

d)

memalu

5.

Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.

a)

memicit

b)

melenyek

c)

memerah

d)

menindih

6.

Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.

a)

merenggut

b)

menyambar

c)

merampas

d)

mengambil

7.

Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan ______pameran lukisan.

a)

melaksanakan

b)

menjalankan

c)

mengadakan

d)

melahirkan

8.

Kampung Berlian dan Kampung Permata _________oleh sebatang sungai.

a)

terbelah

b)

terpisah

c)

terpecah

d)

terbahagi

9.

Ular sawa itu __________ seekor kambing.

a)

melulur

b)

meneguk

c)

mengunyah

d)

menghisap

10.

Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.

a)

merancang

b)

menimbang

c)

melaksana

d)

melihat

11.

Peniaga itu___________keuntungan dengan mengenakan harga jualan yang tinggi kepada pelanggan-pelanggannya.

a)

meraih

b)

mencapai

c)

mengumpul

d)

mengais

12.

Mulut adik _____________semasa mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek

a)

tertutup

b)

tersengih

c)

terlopong

d)

terkatup

13.

Banduan itu terpaksa ____________di penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.

a)

menetap

b)

menginap

c)

meringkuk

d)

menumpang

14.

Syarikat Tonggak Maju mampu____________projek kerajaan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit.

a)

menganjurkan

b)

melaksanakan

c)

meningkatkan

d)

mengadakan

15.

Elina ______________perca-perca kain itu pada selimut yang koyak.

a)

melekatkan

b)

menampalkan

c)

mencantumkan

d)

meletakkan