WorksheetsKata Nama Khas
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pemenang program realiti TV 10 telah menerima sebuah kereta ________ .
Sony
Nokia
Inspira
Dell
Kes pembunuhan berprofil tinggi itu telah diketuai oleh ________ .
Mejar Amran
Hakim Saljit Singh
Inspektor Haris
Peguam Bala
Jam tangan berjenama ________ telah dihadiahi oleh Datuk Kamal kepada anak kesayangannya.
Pilot
Rolex
Darlie
Satria
Pada hari minggu ayah membawa kami ke ________ untuk membeli belah.
Pasar Raya Tesco
Stesen KLIA
Hotel Perdana
Bangunan Petronas
Khazanah purba negara banyak tersimpan di ________ .
Masjid Negara
Zoo Negara
Taman Negara
Muzium Negara
Murid-murid menghadiahi guru-guru mereka pelbagai hadiah sempena sambutan ________ peringkat sekolah setiap tahun.
Hari Ibu
Hari Bapa
Hari Guru
Hari Pekerja
Tunku Abdul Rahman telah dianugerahi gelaran ________ .
Bapa Keamanan
Bapa Kemerdekaan
Bapa Pemodenan
Bapa Perpaduan
Negeri ________ juga dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi Malaysia.
Johor
Pahang
Kelantan
Kedah
Orang ramai telah berkunjung ke ________ untuk melihat gerhana matahari.
Bangunan KLCC
Menara Kuala Lumpur
Planetarium Negara
Pusat Dagangan Dunia
Ramai pembesar negara hadir ke ________ untuk meraikan istiadat pertabalan Yang Dipertuan Agong.
Istana Negeri
Istana Negara
Dewan Merdeka
Bangunan Parlimen
Hukuman gantung sampai mati telah dijatuhi oleh ________ kepada pengedar dadah itu.
Peguam Kamal
Ketua Polis
Perdana Menteri
Hakim Gopal Singam
Pameran Pertunjukkan Akrobatik Maritim Antarabangsa ( LIMA ) telah diadakan di ________.
Pulau Pinang
Pulau Langkawi
Pulau Pangkor
Pulau Redang
Pesakit yang malang itu merayu orang ramai untuk mendapatkan derma bagi menjalani rawatan di ________ .
Institut Aminuddin Baki
Institut Jantung Negara
Institut Pengajian Tinggi
Institut Perguruan
Seekor lembu peliharaan Pak Samad telah mati dibaham oleh ________ ketika meragut rumput di hujung kampung.
Sang Kancil
Pak Belang
Sang Rangkak
Pak Bedal
Abang membawa kami ke ________ untuk menyaksikan tayangan filem hindustan.
Pusat Sivik
Pawagam Odeon
Dewan Pleno
Taman Tasik
________ merupakan seorang pahlawan Melayu Melaka yang tersohor pada zaman dahulu.
Tok Dalang
Tok Selampit
Hang Li Po
Hang Tuah
Banyak rumah yang telah musnah akibat dilanda bencana ________ beberapa tahun yang lepas.
Chikungunya
Malaria
Tsunami
Gerhana
Negeri Sarawak menjadi tuan rumah ________ peringkat kebangsaan.
Pesta Ria
Pesta Air
Pesta Tani
Pesta Heboh
Pasukan Brazil telah memenangi Kejohanan Bola Sepak ________ yang berlangsung di Jerman.
Piala Emas
Piala Agung
Piala Dunia
Piala Thomas
Kempen ________ sedang giat dijalankan untuk membentuk masyarakat penyayang.
Bahasa Jiwa Bangsa
Budi Bahasa Budaya Kita
Cintai Bahasa
Sayangi Budi Bahasa Kita
